Sunday, March 9, 2014

Bosan


Hidup,
makin lama makin bosan.

Sedikit input,
lagi sedikit output.

Terlalu banyak masa terluang,
sehingga hampir semuanya terbuang.

Mungkin kerna,
terasa hidup kini
seperti roda.

Repitisi secara berkala,
yang aku sendiri boleh jangka.

Dah tahu,
5 hari seminggu,
belajar sehingga tepu.

2 hari berbaki,
kuisi masa rehatkan diri.




Hmm. .


Masih mencari sesuatu,
sesuatu yang memberi makna dalam hidupku.


Katanya,
hidup ini buat mati.
Kalau hidup tiada terisi,
apa mati aku nanti,
termimpi mimpi hidup kembali ?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...