Tuesday, June 10, 2014

Concorde Hotel, Shah Alam



السلام عليكم و رحمة الله و بركات





"Hit two birds with one stone"

ataupun. .

"Cencang dua segeragai"


Haaa, ikutkan aku pun baru tahu peribahasa Melayu di atas haha Tidak mengapalah asalkan maksud yang hendak disampaikan adalah sama. Kenapa dengan Concorde Hotel, Shah Alam ? Sebenarnya pergi ke hotel tersebut sebab ada majlis perkahwinan sedara mara di Seksyen 7, Shah Alam dan tugas aku adalah menjaga anak anak buah aku sementara ibu dan bapa mereka pergi ke majlis tersebut. Hairan juga aku, kenapa dijemput ibu dan bapa sahaja, bukannya satu keluarga ? 

Jadi terperap lah kami bertiga dalam bilik 1123. Cuma kami bernasib baik kerna mak long sediakan bilik khas buat kami bertiga. Peh, berjimbalah kami semua sebab bilik itu kami yang punya ! 



Pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari bilik kami.




Silhoutte 




Sikit je lagi nak berkumandang azan Maghrib




Waktu malam (romantik pulak)



Apa menariknya hotel ini ? 

TIADA

Room service delivery lambat makan masa hampir 2 jam dan air-cond kurang sejuk. "Swimming pool lihat pun tiada 'selera' kami" , komen anak buah aku seorang. Laman pun tiada buat kami nak santai santai. Cuma pemandangan seperti gambar gambar di atas sahaja yang benar benar buat kami semua terpukau. Maaflah banyak komen, D-SIM memang cerewet orangnya. Tapi, macam aku sebut tadi, aku ada bersama dengan anak - anak buah aku. Jadi, itulah perkara yang menggembirakan aku disini dan aku bersyukur dengan itu. Sumpah gelak tak kering gusi aku bersama mereka. Betullah, dengan anak kecil, tenang sahaja rasa dada. Teringat kata kata seorang ustaz, kenapa mereka tenang bersahaja walaupun tiada duit simpanan yang perlu dikumpul, malah tiada kerja pun dibuat menyara hidup ? Walhal orang dewasa yang sudah punyai simpanan berjuta-juta pun belum jamin ada masa buat luangkan bersama, senantiasa terkejar-kejar dengan kerja sehingga tidur malam pun terganggu.

Jawapannya mudah sekali, mereka paling hampir kepada fitrah asal. Mereka sedang berada di peringkat paling hampir dengan kejadian bayi, dan bukankah bayi yang baru melihat dunia sedang berada dalam keadaan fitrah tiada pula berbuat dosa? Antara nikmat kembali kepada fitrah adalah ketenangan, ketenangan yang tidak mampu dijual beli. Sebab itu jika berkesempatan, aku akan luangkan masa bersama anak - anak kecil. Gelak tawa mereka tak pernah mengecewakan ! Kalau tengah marah ke menangis ke tengok diorang comel gila :3

Oh yea, kebetulan pula malam tersebut ada tiga perlawan menarik yang menjadi tumpuan pada malam minggu tersebut;


  • Roland Garros
  • World Cup Hockey
  • Malaysia FA Cup


Tiga - tiga perlawanan dilihat secara berselang seli ! Roland Garros sudah tentu aku sokong Maria Sharapova hehe Malaysia pula kalah dengan India 2-3 dalam perlawanan hoki dan epic battle berlaku antara Pahang FA dengan FELDA FC dimana tuan rumah buat comeback pada minit minit terakhir seterusnya menungguli Piala FA Cup dengan kemenangan 2-1. Ceh, dah macam pengacara sukan pulak aku.



Dekat tempat breakfast ni


Usai sahaja aku check out esoknya, aku mencari seat kosong sementara menanti maklong dan paklong turun dari bilik mereka. Jumpa seat kosong, duduk dengan selamba. Tak sampai seminit, aku rasakan aura 'tidak menarik', asal ada orang pandang aku semacam ? Tambahan pula, keadaan sekeliling semakin riuh. Lah, rupa-rupanya aku duduk disekeliling pemain-pemain Pahang ! Patutlah, bila awal melabuhkan punggung, rasa macam pernah lihat beberapa muka yang ada disini. Tak tahu pula mereka pun tidur di hotel ini. Dan makin lama, makin ramai pemain pemain Pahang check out termasuklah coach ternama, Zainal Abidin Hasan. 




Tu dah check out.



Sejujurnya, malam tadi aku sokong FELDA FC dan seorang pun aku tak kenal kecuali Faizul. Itu pun disebabkan gol dia yang padu malamnya tadi haha Cuma yang aku tetap rasa hairan, ada seorang pemain Pahang tenung je aku dari awal. Kau dah kenapa ? Boleh jadi, pemain itu bekas anak murid mak ? Di Pahang dahulu, rata-rata anak murid mak aku kenal aku dan abang aku. Mak pun pernah cakap, ada anak muridnya yang bermain untuk Pahang. Hmm, entahlah. Kalau encik ada hutang dengan saya sila tuntut yea. Saya manusia biasa terkadang lupa.




Rata - rata pemain disini tinggi lebih kurang aku je. 
Tu berani menyelit tengah tu haha 
Backlight, yesssssssssss



Paling aku suka mereka, pakaian mereka santai jea, tiada gaya 'kami menang malam tadi' pun ! Bahasa pun sopan je aku dengar walaupun mereka bersembang antara pemain. Dengan peminat mereka pun ramah. Kalau begini sikap mereka, baguslah. Kata orang, main nanti biar menang atau kalah, asal bukan adab dipertaruhkan. Ada satu agenda pada lobby hotel tumenarik. Seorang pemain import duduk keseorangan, sedang pemain lain sudah ada teman teman buat bicara, datang seorang pemain tempatan bersembang lama dengannya. Biarpun penggunaan English dengan bahasa mudah, aku tersentuh dengan perbuatan rakan yang datang tersebut buat menemani rakannya seorang itu. Buat sebuah pasukan yang berprestig tinggi, pentingnya ada chemistry sesama pemain. Andai seorang rapuh, boleh jadi masalah atas padang nanti. Nampak kecil sahaja bukan tindakan kawannya itu bersembang, tapi impak positifnya besar. Bila aku nak jadi sepertinya ? Seorang kawan yang awal awal lagi tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakan sekelilingnya dan cepat - cepat datang membantu.

Banyak lagi yang perlu aku belajar dalam dunia ini, buat kebaikan akhirat jua.



Kanan : Pak Long, Pahang FA coach dan aku.


Seronok gaya Pak Long aku bersembang dengan coach tersebut, bila dia dapat tahu asalnya coach tu orang Arab.



"It was an intense game last night, 
but congrats, you guys won"

"Yes, intense game. Luckily we won"

.


 . . guess I'm luckier than you, because I just hit two birds with one stone.




P/s : Alhamdulillah. Aku sekarang internship jadi consultant sekitar KL, insyaAllah aku update.





Nah untuk awak. Real roses ni, jaga baik baik.

4 comments: