Saturday, February 14, 2015

Sekecil - kecil, klise



السلام عليكم و رحمة الله و بركات




Sekumpulan rakan 5 orang sedang memesan makanan di Murni Discovery usai pulang dari tempat rekreasi. Tiba - tiba datang seorang perempuan tua, letakkan sesuatu di atas meja. Tisu. Tipikal orang meminta sedekah, di mana mereka malu meminta sedikit rezeki kita, lalu dijual barang apa yang ada. Dan kita dalam keadaan sedar, mengerti apa yang golongan sebegini perlukan sebenarnya.


A
... (dalam hati berat nak beri, lagipun tiada duit kecil) 
Err. . eh pinjam duit kecil oi si B
(sambil membodek wallet)




B

Kejap. . 




C

Aku ada. 
(gaya tenang bersahaja takde gelabah mana)




A

Eh, rasanya takde duit kecil pun dalam wallet. 
Macam mana ada ni ? 




Daripada C sahaja menghulur duit beli, si A pun turut beli sekali. Beli ? Iya beli, bukankah makcik itu sedang menjual tisu ? Biar sangka baik atas nama 'penjual' melebihi sangka buruk atas nama 'peminta sedekah' kalau itu mampu menenangkan hati kami semua. 


Makcik :

Semoga Allah rahmati anak.
(lembut dia menutur meruntun jiwa)



A :
 . . . insyaAllah 
(disebut tanpa pandang makcik tersebut pun. Tersentap. Malu)



B

InsyaAllah.
(tenang, biasa sudah berbuat baik sebegini mungkin ?)





Beredar sahaja makcik tersebut. . 


D : Ingat tak apa ustaz pesan dalam radio kereta tadi ? Jangan perkecilkan amalan amalan kecil sampai kita tak buat endah. Saidatina Aisyah pernah menegur hambanya yang memperkecil sedekah sebiji kurma si Aisyah kepada orang yang meminta. Apa saidatina cakap ? Bukankah sebiji kurma terhasil daripada zarah - zarah yang tak mampu dihitung ? Bukankah Allah ada berpesan dalam Surah Al-Zalzalah ayat ke-7, kebaikan sebesar zarah akan dikira, diperlihat balasan apatah lagi sebiji kurma.


A, B, C, E cuba hadam apa yang si D katakan, cuba hadam kembali apa yang diperkatakan oleh ustaz dalam kereta sebelum tiba tempat ini, cuba cuba juga refleksi diri kot kot boleh terjentik sampai ke hati ?


E : Haaaaaa, tengok. Dalam ramai - ramai antara kita ni, kita boleh tahu siapa sebenarnya betul - betul dengar apa yang ustaz pesan dalam radio kereta tadi.


Semua sorok muka malu, 
malu sebab orang lihat kebaikan, 
malu sebab orang tak lihat kebaikan,
yang kita lakukan.

LOL





Jika difikir kembali, kita mengaku kita pegang pelbagai kejayaan yang cuma mampu diukur dari segi duniawi. Katakan dari zaman sekolah, UPSR PMR SPM dan nah sekolah tahap tinggi pula, degree sampai ke PhD sekalipun, masih belum mampu hadam betul - betul ilmu yang kita akui dan pelajari selama ini. Itu baru duniawi, bila diuji di dewan peperiksaan mampu berpeluh kita dibuatnya. Belum kira hal ehwal ilmu akhirat. Bagaimana kurang mengerti sesuatu ilmu ? Bila masa yang ada diisi dengan perkara yang melalaikan, melupakan ilmu yang asalnya perlu amalkan. Disinilah kita tersangkut, bila ilmu dikutip banyak mana sekalipun ia sekadar air bertakung dalam sebuah bekas, airnya tidak mengalir ke mana mana pun. Ilmu yang diperoleh tak disebar, tak berkembang pun. 

Senang faham, tak dipraktikkan langsung !


Dari Imam Nawawi RA, perumpamaan ilmu dengan hidayahNya adalah seperti hujan yang turun kepada tanah ketika manusia terima ilmu dan terdapat tiga jenis yang dimaksudkan disini ;

  • Tanah yang bersih yang juga menerima air serap, subur. Nabi sebut bukan satu tumbuhan yang mampu hidup dek tanah ini, tapi pelbagai. Orang itu faham dan mengajarkan orang lain. Kondisi yang terbaik. Allah janjikan ilmu yang dia tak tahu untuk dia belajar lagi untuk beri pemahaman yang lebih mendalam kepada Allah. 

  • Ada tanah tetapi sifat tanah itu keras boleh menampung air. Berikan manfaat kepada manusia. Tanah itu masih mendatangkan manfaat dengan menakung air. Orang yang dia tak sampai kepada peringkat pertama, ilmu agama dia faham tetapi dia tak amal. Dia boleh mengajar tetapi dia tak ambil manfaatnya.

  • Tanah yang tidak boleh serap air, tidak boleh menakung air apatah lagi tumbuh tumbuhan nak hidup dengan tanah ini. Orang yang sama sekali tidak ambil manfaat daripada ilmu agama. Tak ambil manfaat untuk faham agama apatah lagi yang mengajarkan nya.




Tanyalah diri, kita di tahap mana ? Pertama, kedua atau ketiga ?
Moga - moga, kita antara golongan pertama. Amin !





P/s : Went to Chiling Waterfall this morning, located about 5-10km Kuala Kubu Bharu town.


Just showing of my hiking sandal that I wore 
all the way long from the park entrance and back 
from river crossing to swimming lulz





Indeed a good place to lepak like this place 
must have family members to get along,
or friends 
or zaujah
or zaujataini?

Opss

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...