Thursday, February 12, 2015

TGNA







السلام عليكم و رحمة الله و بركات





"Daripada Allah kita dijadikan, kepada Allah kita dikembalikan". Malam ini kita terima berita salah satu ilmu diangkat oleh Allah SWT iaitu Tuan Guru Nik Aziz.

Antara isi majlis ilmu bimbingan Habib Ali Zaenal Abidin dua minggu lalu, salah satu tanda zaman menghampiri hari kiamat adalah akan diangkat ilmu oleh Allah. Tak sesuai sifat Allah bila ambil balik apa yang Allah beri tetapi yang dimaksudkan ilmu diangkat oleh Allah adalah wafatnya alim ulama disekeliling kita. Ilmu diangkat bukan maksudnya kitab diangkat atau isinya diangkat tetapi maksudnya ilmu si pengarang kitab yang diangkat wafat.

Kalau si penulis kitab meninggal, orang lain baca tanpa ilmu yang sama dengan si penulis kitab. Dikisahkan pada zaman sahabat, ada seorang sahabat tiap tiap kali solat, dibawanya pisau dan tikus. Kenapa? Kerana dia salah faham ayat sakkinah dalam 'menghadiri solat dengan sakkinah'. Hanya kerana satu titik tersalah tulis & disalah baca perkataan Arab itu, sahabat tersebut menghadiri solat dengan pisau & tikus, bukannya ketenangan yang dianjurkan baginda Rasulullah SAW.

Benarlah Allah tak cabut ilmu setelah Allah turunkan. Yang di maksudkan ilmu itu pergi setelah perginya para ulama kerana ilmu yang terkandung dalam dadanya. Oleh sebab itu dahulu turunnya baginda dan Quran untuk baginda jelaskan serta tafsirkan kitab Quran. Siapa lagi yang lebih memahami ayat Quran kalau bukan Rasulullah? Kenalilah serta pelajarilah ilmu daripada para ulama sebelum mereka meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment