Wednesday, April 1, 2015

Bye Mac 2015




السلام عليكم و رحمة الله و بركات




Bila April tiba 
Hati mula berkata 
Setahun lamanya. . . .



Saja hati senang mendendang kan lagu Dr Fazley, seingat aku tahun lepas bila dah masuk bulan 5, baru teringat lagu Bila April haha Entry kali ini bersahaja dengan tema baharu (yeke?) Aku perasan sejak semester terakhir bermula dari September 2014 lepas hingga lah sekarang, hidup aku busy bebenor. Penat memang penat, tapi aku anggap ini rahmat tuhan. Oleh sebab itu bila aku tak busy macam hari ini, mula melenggut kat rumah tak tahu nak buat apa. Kata orang aku ni jenis manusia berdarah tekanan rendah, jenis tak boleh duduk diam, cepat tertekan atau pening kepala bila tiada apa yang nak dibuat.

Betul lah kot -.-'

Mulakan tema baharu dengan;



Perkenalkan Safiyya, anak sulung Kak Acu :3 
Pipi dia macam pau, bulat mata kalau tengok aku. 
Jarang berjumpa kot, kalau dengan Angah ok je.

6:3:2015



Perhentian Petronas depan sedikit Hentian Rekreasi Lentang, Pahang.
Nostalgia tempat ini bila dahulu selalu guna dari tempat ini semak samun berbukit,
sehingga terjadi salah satu tempat perhentian femes sebelum Karak.

7:3:2015



Sahaja rehatkan diri sebentar di Temerloh. 
Destinasi pertama, Masjid Sultan Abu Bakar ! 
Kebetulan tiba daerah Temerloh, azan baru sahaja berkumandang. 
Haaa bila bermusafir, niat kena jaga kerana ada mustajab.
Seterusnya langsung ke tebing sungai, lihat kesan bajir tempoh hari.
Benarlah, kesan dia ada dan tak boleh bayang macam mana nak lalui banjir itu.
Sungai pun jadi surut sangat, sampai pasir je banyak tertinggal.

7:3:2015



Mentakab ? 
Mentakab macam tu je kot, old school haha
Kenapa Temerloh dan Mentakab ?
Hmm cuma teringat tempat mana waktu kami sekeluarga suka singgah waktu itu.
Tempat ini dikira jauh ikut relatif, tapi ini sahajalah pilihan yang ada saat itu.
Pengalaman itu mahal~ 

7:3:2015



Lepas ambil kawan, makan makan terus lepak di Teluk Chempedak, TC.
TC dahulu mana ada apa, kera je yang banyak.
Bermula dari McD, terus naik satu satu sampai jadi tempat hipster.
Katanya, orang dari Kemaman pun datang turun tempat ini di hujung minggu ?
Waktu aku pergi, memang sesak kepala dek ramai orang.
Dapat jugaklah cari ruang nak baring baring layan jiwang tenung bulan.

7:3:2015



Wishlist dari kecil aku tercapai, solat subuh di masjid negeri !
Kagum kot orang Kuantan, susunan selipar waktu pagi itu cantik je tersusun.
Dah macam pergi daurah/usrah rumah ikhwah pulak lol

8:3:2015



Tunggu matahari terbit, silap tak bawak thermos flask, 
kalau tak dah boleh layan sunrise dengan teh panas.

8:3:2015



Beautiful like you~

8:3:2015



Pertama kali jejak sendiri bersama kawan ke Rompin.
View jalan tepi laut memang lawa, tapi panas dia. . . . 

8:3:2015



Singgah sekejap ambil gambar artis eh.
Kalau tak silap, tempat ini di Pekan Nenasi, separuh jalan dari 
Pekan ke Rompin.
Entah macam mana boleh rajin singgah tempat itu, mungkin disebabkan dilihat luar macam untouched town kot, macam pekan Bota~

8:3:2015



Aku tak tahu apa nama pokok ini sampai terkinja kinja penduduk UNMC
ambil gambar, terutamanya perempuanlah. Lawaknya waktu aku ambil gambar ini,
ada 4-5 orang perempuan tengah piknik bawah pokok ni hahaha
Anyoyoyo, aku pulak segan nak ambil gambar pokok ni. 
Spring lah katakan~ 

10:3:2015



Serabut kepala 
buat final year project
Keluar bangunan, 
lihat 'golden hour' 
hadiah dari Tuhan.

13:3:2015





Good morning from UNMC!

12:3:2015



Abu Musab & Dr Bilal Philips are in the house!
Event ran by  UNMC ISOC, minggu ini tiap tiap hari ada ceramah
lebih kepada untuk menarik pendengar non-muslim,
ceramah minggu hadapan baru lebihkan kepada muslim.
Sempat salam Abu Musab je. . 

12:3:2015




Macam aku sebut dalam tumblr, lagi besar modal niaga, lagi serabut kepala.
Jauh merantau ke Shah Alam pula tu tetengah malam, nasib dibelanja cheese naan :B
Baguslah jugak walau tension nego bila harga mahal berpuluh riban at least boleh asah soft skills.
Semoga menjadilah bisnes kali ini, cepat sikit kumpul duit kahwin haa insyaAllah

13:3:2015




Buang tebiat tiba tiba rasa nak pergi Pasar Tani Semenyih.
Pergi sebab bosan tak tahu nak buat apa pagi tu haha
Rasanya ini kali kedua sampai ke sini.

14:3:2015



Mencatat sejarah, pertama kali D-SIM bancuh kopi dengan serbuk kopi.
Selama ini pakai 3-in-1 je haha
Hadiah dari mak waktu dia pergi Acheh

16:3:2015



Late for class, can't find nearest red-box parking near the faculty, 
parked here at 1120 hour, clamped at noon, unclamped at 2300.
Sedih jugak baby aku kena clamp masa nak ambil kereta dalam jam 1320. Idea aku, tengah hari panas, pak guard susah kot nak toleransi. So, tunggu malam sikit, kena pulak tadi hujan haa. Tuhan kasi pak guard sejuk hati gamaknya, takdelah kena bayar saman hehehe
Hmm teringat pesan Lukman, perihal fiqh muamalat.

18:3:2015



Dating dengan mak abah :3
Mencuba Casaheliconia Restaurant, selalu datang situ sebab hal kerja je 
tak sempat singgah restauran tu lol

19:3:2015



Allah know how much I love bread pudding !
Cuma pelik sikit di Vistana Hotel, KL bread pudding dia dah potong siap siap.
Small pieces pulak tu, nak ambil banyak segan orang tengok pulak -,-

20:3:2015



Tengah tunggu transaksi, terlihat ada novel ini di ruangan membaca.
Pergh layan cakap kau. Sumpah aku cari bila dapat BB1M hehe

20:3:2015



Rumah sewa aku takde bela kucing pun, entah mana datang seekor jantan ni.
Badan je katang, bila ada jantan lain datang perkarangan rumah, terus dia
berlari masuk rumah menyorok takut.
Haaa tu tengok lah tu, menyorok tepi aku -.-'

22:3:2015



Tiba tiba Sapek ajak berjalan sebulan bila habis sahaja degree.
Pergh, tercabar nafsu aku haha
Kita lihat nanti~

23:3:2015



One step closer to you~
An evening with the University of Sheffield at Hilton Petaling Jaya Hotel.
Berhabuk English aku bila jumpa British -.-'

23:3:2015



Buat farewell party untuk senior PhD si Afif dan Faiz :'(

26:3:2015



Merenung ke luar jendela,
assingments aku banyak berjelaaaaa~

27:3:2015 



Mak long bela tiket The Straight Path 2015 untuk aku dan 3 rakan!
Alhamdulillah, syok habaq hang, 3000++ orang join kot !

28:3:2015



How do we spent a gap between morning and evening talks ?
We went jalan jalan and perform solat at state mosque ! B)

28:3:2015



Habis convention pukul 6, lama mencari tempat dinner, 10.30 baru jumpa. 
Tuhan je tahu bertapa laparnya aku. Lama mencari sebab mulanya 
nak pergi kedai Tommy Baker Jalan Ipoh beli roti alas perut sikit lepas talk.
Sekali tutup daaa melepas -.-'

28:3:2015



Aku yang request makan dekat The Curve 
lepas hasut semua muka muka dalam gambar ni join sekali
muahahaha
Hakim chose The Apartment.
Menu aku, garlic bread with mushroom soup, creamy calms pasta, 
white dark chocolate triffle and ice cappuccino yummy!

28:3:2015



Last talk by Mufti Menk. Awal mana aku cari tempat, dapat 2nd row je yang paling hampir dengan beliau. 1st row ? Khas untuk VIP. Heh, untung betul VIP ni. Kalau dapat jadi VIP akhirat macam mana lah agaknya kan ?

Love one accident happened in one of his talks, Building Blocks to Jannah session by Mufti Menk.
His voice was getting slow to be heard over time due to mic problem and it was weird to see him giving talks at full spirit on the stage with a small voice from the speaker. 
He seemed uncomfortable with the problem and severely asked favors from the technicians.
Came a humble technician after 5 minutes with a new mic and Mufti Menk was so happy, his smile, his body language, then he said "May Allah grant him Jannah!" at loud. Upon hearing the doa', all the audiences said "Amin!" instantly!

Masih jelas dalam ingatan, aku dan rakan bertukar pandangan tika waktu itu. Siapa taknak seorang yang alim berdoa khusus untuk kita dan lebih 3000 orang aminkan?
‪#‎thestraightpath‬

29:3:2015




Nak cakap aku dah terima BR1M,
tapi dapat juga BB1M
oh yeah, boleh berjimba beli alat tulis dengan anak buah 
beli buku bukuan dengan mak B)

30:3:2015



Guess it would be my first job interview.
Cepat betul masa berlalu, rasa baru semalam bina jambatan spaghetti time interview MARA lol

"takkan berlakunya kiamat hingga masa dirasakan terlalu singkat."

31:3:2015





Mencuba tema baharu, setiap bulan ada entry sebegini, gambar dan sedikit nukilan berkenaannya biar tak terang tang tang berhabuk blog ni haaa Kena lah pun bila aku pun dah mula malas menulis (moga rasa malas ini dijauhkan Amin!

Rasanya dah tahu sekarang kan, kenapa jarang aku update blog ? Too many life events which I can 't keep it up on blog. Akhirnya banyak yang tersadai di Facebook, tumblr atau instagram. Nak menulis blog ni, hmm payah sikit hehe. Apa apa pun aku jangkakan April - May adalah bulan yang sedikit tertekan dalam mengejar dateline juga bulan peperiksaan. Mohon doa kalian buat kebaikan hamba kerdil ini :')


Tschuss~

P/s: Salah satu event nak highlight, event malam tadi bila rasa rindu sangat dekat Habib Ali Zaenal, minggu ke-3 baru dapat bersama dalam majlis ilmunya. Sebelum tu beliau pergi ke Yaman, kira macam 'daurah' juga lah. Dan semalam sedih sedikit, bila pertama kali pergi majlis ilmu seorang diri. Selalunya ada kawan ikut sama, tapi dah makin busy kan hmm aku pun kira 'curi-curi' pergi dek rindu sangat dekat guru haa Nanti qada' lah mana mana slot kosong buat assignments lol

2 comments:

  1. intan pn dpt both br1m ngn bb1m... n skrg rasa mcm bersalah nk guna bb1m.. tp sbb dh spt dh kannn, rezeki la tuh kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak berani nak komen takut jadi fatwa lol

      Delete