Sunday, September 13, 2015

Pelan B




السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Instagram/Facebook/Tumblr : 18 Ogos 2015



Belum cukup sebulan lepas graduate, tetapi dah ke sana ke mari mencari peluang pekerjaan.
Terlalu awal? Aku kira usia mudalah perlu diasah potensi mereka. 'Darah muda' jika digunakan kena pada tempatnya, antara hasilnya Sultan M.al Fateh.
Sambung belajar tak mahu? KCL, Bristol, Durham, Leeds, York, Sussex, Surrey, Sheffield, Queen Mary, Belfast, Swansea etc etc semua dah dapat offer letter tetapi masih tak cukup tampung dana pembelajaran. Ada Uni beri biasiswa 30k, masih belum cukup. Dasar MARA baharu dengan 100% +- bayaran balik, aku kira sangat bebankan. Sedikit demi sedikit hilang hak kita, bumiputera.
Tengah melenggut masa ke Kemaman Supply Base tempoh hari, terkesan bicara rakan, "aku bukan tak mahu duduk rumah, tapi rasa lain macam bila kau bangun tidur tengok ibu bapa engkau keluar bekerja. Rasa anak yang useless."
Sekarang ni aku rasa nak marah, marah kat diri, asal lah tak bawak sweater sekali tadi. Short sleeve, 3 quat, menggigil aku dalam bas haaa "


Tudiaaa jarang nak jumpa aku membebel tak tentu pasal haha Entry kali ini lebih kepada diary kot, simpan kemas kemas dalam blogspot kalau nak rujuk semula senang. Tak larat kepala nak simpan macam macam informasi atau tarikh. Banyak benda kena fikir, tentukan seawal mungkin, sampai hari jadi adik aku sendiri pun terlupa tempoh hari -_- Nasib ada whatsapp group, mak aku wish dulu, baru teringat hahaha Serabut sebenarnya peralihan fasa hidup, dari seorang bekas pelajar kepada sang pencari rezeki (sort of). Cuma aku tak sangka pun dah mula kerja, ikut Pelan B, asal niat nak sambung belajar terlebih dahulu, buat master, ikut Pelan A.

Awal dahulu, uni yang beri offer letter;
1.  University of Bristol
2.  University of Durham
3.  University of Leeds
4.  King's College London
5.  University of Queen Mary
6.  University of Southampton
7.  University of Sheffield
8.  University of Queen Belfast
9.  University of Newcastle
10. University of Sussex
11. University of Surrey
12. University of Swansea
13. University of Kent


KCL


Hanya disebabkan MARA tiba tiba tukar dasar, langsung habis pelan sambung belajar. Berat aku turn-down semua offer letter. Kesian juga pada ejen yang dari awal tolong aku dapatkan surat tawaran, terpaksa tolak macam tu je. Ramai juga tanya, kenapa tunggu MARA sahaja ? Jawab aku, biasanya MARA beri pinjaman boleh ubah dan tidak terikat langsung! Tambahan pula, ratio elaun buat master di Malaysia oleh MARA mengarut sangat. Ada juga tanya, kenapa mesti di UK, bukannya universiti tempatan ? Lagi lagi pakcik aku, dia dahlah prof madya uni tempatan haha Aku kira, ramai tak tahu kot sistem pendidikan di UK lebih padat berbanding di Malaysia cumanya cuti banyak/panjang dan habis cepat. Kalau buat Msc, setahun cuma mengambil masa. Kalau di Malaysia, paling kurang dua tahun. Mungkin ikut logik akal bezanya setahun cuma, tetapi cuba bayangkan apa yang boleh dibuat dalam masa setahun ? Aku duduk rumah seminggu dua lepas habis belajar pun habis satu rumah aku kemas/cat/hias inikan satu tahun, fuh! Tiada beza kot Msc UK dengan Msc Malaysia, rugilah kalau benda boleh habis cepat, sengaja dilengahkan.



Hari Graduasi, 25 Julai 2015.






Aku rasa, hari tersebut aku mula terima hakikat MARA sebenarnya main tarik tali dari awal 'permainan' lagi. Kejap kata pinjam, kejap kata separuh, kejap kata full loan. Tup tup, keluar berita, ada interest pula dan pinjaman diberi cuma mencakupi yuran pengajian dan elaun bulanan sahaja. Tiket terbang beli sendiri, perkakas, baju musim sejuk, buku buku, perumahan, VISA & medical checkup etc etc sendiri sendiri. Marah pun ada sebenarnya, bila sengaja melewatkan beritahu berkenaan dasar baharu mereka, bazir masa ternanti - nanti harapan palsu (lol). Cuma syukur alhamdulillah aku tak buat VISA atau medical checkup serta perbaharui passport terlebih dahulu. Kalau tidak, paling kurang tiga ribu ringgit Malaysia melayang weh!




 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
2:216

Kita hanya merancang,
Allah tentukan, kan?




Sungguh, aku dah rancang baik punya apa yang aku perlu buat atau dapatkan jika aku sambung belajar. Aku dah tambah tolak darab bahagi dan mendapati kelebihan sambung belajar di UK adalah rancangan terbaik, mengatasi rancangan yang sudah aku rangka berkenaan alam pekerjaan pula. Again, Allah Maha Mengatahui. Sedikit terkilan bila perkara yang diidamkan melepas begitu sahaja dan hari hari memujuk hati sendiri, terima hakikat jika Allah tidak berikan sesuatu yang kita impikan, sebenarnya Allah simpan khazanah yang lebih besar, lebih hebat daripada itu. Mak aku pun ada doa juga, moga apa yang aku dapat, itulah perkara yang terbaik, mendekatkan aku kepadaNya. Benarlah, teliti mana usaha kita, salah satu perkara yang kita kena terima bahawa tiada siapa yang berani jamin, esok lusa matahari masih terbit atau tidak, Bumi berputar pada paksinya aku tidak, atau mungkin kita sendiri tertanya - tanya, hidup tidak kita pada suatu waktu itu. Beriman tidak waktu itu, meninggal cara baik atau tidak dan adakah waktu itu kita meninggalkan seisi Bumi ini dengan prasangka baik atau buruk ? Atas faktor inilah yang membuatkan kita bertakbir, tiada yang maha besar, hebat pengetahuan melainkan Allah SWT. Dan sudah tentu, bila tekak mula menelan pahitnya hakikat terpaksa batalkan niat sambung belajar luar negara, lidah cepat cepat menzahirkan  lafaz alhamdulillah, berterima kasih pada tuhan yang sebenarnya telah menolong aku menghindari pilihan yang buruk walau aku mula mula berkira kira pilihan tersebut adalah yang terbaik sekali yang dapat dicakna minda. Teringat ayat Quran;


 "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
12:12


Pengalaman cari kerja? Nak kata mudah, tak juga. Nak kata susah tak juga. Sebagai contoh, seminggu selepas graduasi aku dah dapat confidential email untuk isi borang permohonan kerja dengan Omega Intergration. Belum dua minggu selepas graduasi, Astro buat penggilan offer kerja walhal aku tak apply apa apa kerja dengan syarikat itu pun. Katanya, dia terbaca profil aku di Jobstreet yang aku kira baru dua hari buat profil tersebut. Sudah tentu, masa dan wang mengalir lebih pantas berbanding waktu bercuti dahulu. Kalau bercuti sudah tentu dapat kepuasan berjalan, berjalan cari kerja feel dia lain sikit dan belum tentu kau 'puas'. Contoh, masa pergi Kemaman tempoh hari.



TTS - KSB



Bangun awal pagi, pakai kemas kemas bertali leher, merantau dari Semenyih ke Kemaman hari itu juga. Sampai sampai sana, "Oh maaf, kami cari orang yang ada pengalaman bekerja bidang ini." Tak ke ternganga engkau waktu tu? Aku tak kecewa mana sebab aku tak expect apa apa sangat, kira cuba nasib, kesian 6 orang rakan aku yang lain yang ikut sama waktu tu! Sudahlah balik hari waktu tu.

Hmm terlihat jam 1.30 pagi dan terfikir,
kenapalah aku cerita benda benda macam ni dekat korang hahaha 
Ambillah iktibar sendiri, moga membantu sedikit sebanyak.

Perihal keputusan kita, serious jangan tertipu dengan kata kata orang, keputusan peperiksaan peringkat university tak penting. Syarikat syarikat besar terang tang tang taknak CGPA bawah 3.2! Kalau bahasa pula, hadaplah cermin hari hari biasakan diri ber'omputih'. Terkadang kesian juga dengan orang orang lain berhempas pulas melembutkan lidah bercakap bahasa asing demi mengejar cita cita masing masing. Komunikasi pula ? Kena ada gaya kerna gaya itu penting. Kalau bahasa 'tegap', tak pandai greet atau compliment, ermmm kena biasakan diri bersembang dengan orang tua tua kalau mahu mahir bab ini. Temuduga terbuka pun banyak je, Jobstreet setiap hari post peluang pekerjaan buat fresh graduate belum kira lagi kelas atau khursus khas yang mencerahkan lagi peluang pekerjaan, erti kata lagi, memahalkan lagi resume seperti INCEP, GEMS, ACE Training (Telco) atau SL1M. Hanya tuhan sahaja yang tahu, bertapa banyaknya aku email setiap syarikat yang betul betul aku berminat, kena dengan nature aku. Dalam berpuluh puluh email aku tulis, cuma dua tiga syarikat yang balas. Tebal muka tanya itu ini mencari peluang sedia ada, tu dah jadi perkara biasa. Jadi jika orang tanya susah ke cari kerja, aku akan balas, susah kalau berat tulang, pilih untuk menanti peluang bergolek datang. Jika orang tanya senang ke cari kerja, aku akan balas, peluang ada disekeliling kita, sama ada kita menjadi pekerja atau kita sendiri cipta peluang pekerjaan.  Temuduga UEM tempoh hari pun, terpaksa tunggu dari 9 pagi untuk interview 8 malam. Tak terfikir pun untuk bekerja dengan UEM, malah tak terfikir langsung nak pergi temuduga UEM! Cuma rakan - rakan ajak untuk test market katanya, alhamdulillah syarikat tersebut beri tawaran ikuti khursus terlebih dahulu sebelum mendapatkan pekerjaan tetap. Dalam diam diam aku ikuti latihan bersama UEM pun, aku masih menunggu respon YTL Telecommunication dan Siemens Malaysia pula sedang menunggu respon aku sama ada betul betul berminat untuk ikuti syarikat mereka atau tidak.



So... buat masa sekarang ini, aku enjoy dahulu Pelan B, alam pekerjaan.





Oh yea, sebelum jari - jemari aku berhenti berlari atas papan kekunci, meh aku cerita sikit jika memilih atau terpilih ikuti sistem pendidikan UK. Kalau pilih sistem UK, seawal 22 tahun kau dah grad dan orang orang yang pergi temuduga bersama engkau waktu itu rata - rata berusia 24 tahun. Macam dalam group aku, gambar di atas, aku paling muda kot dan paling tua berusia 27 tahun (sebab ikut diploma + degree). Bila beritahu usia berapa, mulalah ditanya soalan macam macam, penat eden explainkan -,-






P/s : Tadi Ridhuan, senior Notts datang melawat kami. Kebetulan pula dia sedang uruskan sewa rumah (sublet) disini. Mula tanya perihal alam pekerjaan dia, cara bekerja, gaji, benefits, alternate Saturday, hal PhD dia, auction tempoh hari termasuklah cara cara dia menguruskan ekonomi rumah tangga. 

Soalan cepumas aku kasi,

"Wan, antara gaji dengan cita-cita, mana engkau pilih?"

"Entahlah, sekarang ini apa - apa perlukan duit. 
Ni bini aku tengah mengandung, sekali scan anak RM60. 
Tengah bosan - bosan, dia excited nak tahu perkembangan anak, dah scan lagi."





Hmm, 
betullah tu.
Kepala aku sendiri pening fikir macam macam perkara,
perihal ekonomi salah satunya. 
Teringat pesan murabbi minggu lepas;


Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya. 
HR Bukhari




Moga - moga segala urusan kita dipermudahkan Allah, 
Amin.

4 comments:

  1. All the best.. InshaAllah mungkin nie yg terbaek utk awk buat masa skrg... Teruskan usaha!
    (Nasehat dr bdk yg x grad2..haha)

    ReplyDelete
  2. All the best !! Terima kasih kongsi pengalaman (nervous pula nak grad ni).

    ReplyDelete
  3. Nice sharing :) Moga Allah permudahkan urusan. All the best !

    ReplyDelete
  4. KPM ada scholarship MyMaster utk local and oversea. Try tengok yg tu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...