السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Siapa dia baginda Rasulullah SAW?
Bayangkan suatu saat setelah tidur yang lama, segala tulang belulang bercantum semula. Bangkit kita di suatu kawasan lapang tetapi penuh segenap manusia sejak awal zaman. Dalam keramaian itu, harus pada siapa tempat kita bergantung sedang saat pembicaraan akan berlangsung? Sedang si suami lupakan si isteri, sedang si isteri lupakan anak? Harta & pangkat langsung tiada guna lagi mahu merasuah apa & siapa?
Lalu bertebaran kita mencari si pemberi syafaat dalam berbilion trillion manusia sekeliling kita. Berjumpa kepada bapak segala bapak nabi Adam, "Wahai nabi, berilah syafaat terhadap ku kepada Rabbmu!" "Sesungguhnya hari ini Rabbku marah dengan kemarahan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan marah semisal itu sesudahnya. Pergilah engkau mencari orang lain, sedang aku pun sibuk menghitung diriku!" Begitu juga dengan nabi sekian sekian, nabi Nuh, Ibrahim, Isa & Musa akan jawapan tetap sama, masing masing dengan perihal sendiri. Tidak gelisahkah andai kita di saat itu sedangkan nabi pun rasa takut?
Sehinggalah kita berjumpa dengan baginda Rasulullah SAW, meminta, lalu baginda mendoakan bersujud meminta pada yang Esa akan syafaat buat pengemis syafaat sebentar tadi! Itulah dia Rasul kita, begitu mulia sifatnya baginda meminta pertolongan Allah yang Maha Mulia buat seorang hamba hina walhal tak pernah berjumpa bertentang mata pun!
Dalam sebuah hadis lain, sedang baginda berkhutbah berdiri seorang Arab Badwi lalu bertanya, "bilakah berlakunya hari kiamat?" baginda diam, sehingga ditanya sehingga tiga kali. Usai khutbah, "Apakah yang engkau persiapkan buat menghadapi hari kiamat?". Dibalas si Arab Badwi,“Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Akhirnya Rasulullah SAW membalas, “Sesungguhnya seseorang itu akan berada di syurga kelak bersama dengan orang yang dicintainya.”
Kenali, dekati & cintai lah Rasulullah SAW, moga moga orang yang kita cintai sepenuh hati adalah Rasulullah SAW, orang yang sama juga yang kita hari hari berdoa agar dipertemukan di syurga sana, InsyaAllah.
URL : https://www.instagram.com/p/_qlOkpJgT9/?taken-by=mohdqhassimi
No comments:
Post a Comment