السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Mata melilau, melihat segenap ragam manusia dari mata kaca ini. Alhamdulillah, rata - rata para lelaki disini menjaga adab dengan memberi tumpuan penuh mendengar khutbah tanpa sebarang bicara. Kalau riuh pun, datangnya dari kawasan saf anak - anak kecil, menjadi refleks buat para bapa untuk mendidik adab mereka ketika berada di perkarangan masjid, lebih lebih lagi bila khatib memberi khutbah. Sedang menanti giliran buat mengambil wudhuk, aku terpandang para jemaah berteduh dibawah kanopi. Namun aku percaya, pasti panas dibawah sana, tambah pula tiada kipas. Kilas mata memerhatikan seorang pakcik, bermasam muka. "Kenapa pakcik ? Tak tahan panas ke ?", desis hati kecilku. Boleh jadi pakcik tersebut tempang dek penyakit bila dia terpaksa duduk di atas sebuah kerusi mudah alih dibarisan hadapan sekali. Tiba - tiba ada seorang budak lelaki berseragam sekolah meletakkan sesuatu di sebelah seorang pakcik. Eh, apa tu ? Eh, sejadah kecil ? Buat apa ? Bukannya ada tikar memberi alas kepada jemaah lain melainkan budak tadika berbuat lapik dengan sejadah itu tadi. Sedang kepala ligat mencari jawapan, ada seorang remaja bangun dari safnya, dan berbetulkan sejadah kecil itu tadi. Dia meletakkan sejadah tersebut, sebagai alas kaki bagi pakcik tersebut !
Patutlah tadi pakcik berkerusi itu bermasam muka, kakinya mungkin sakit menahan panas jalan tar yang tiada berlapik itu. Budak kecil tadi mungkin malu menyatakan hasrat sebenar dengan hanya meletakkan sejadah kecil itu disebelahnya dan persoalan terungkai bila remaja tadi membetulkan kedudukan sejadah kecil itu. Ah, nikmatnya terasa bila melihat unsur ihsan depan mata ! Jujur aku terharu dengan tindakan mereka berdua, masing masing punyai usaha dan niat yang baik. Kalau aku sendiri sudah rasa gembira dengan mata berkocak, apatah lagi pakcik tersebut yang mula berubah riak, dada naik turun menahan sebak.
Now everything makes sense !

Terpanggil kembali hadis pendek dalam ingatan;
"Allah akan senantiasa menolong hamba
selama sang hamba tersebut menolong saudaranya."
HR. Muslim : 2699
Aku mula terbayang bayang akan apa pertolongan menanti buat dua anak muda tersebut. Sedangkan aku yang bersimpati dari jauh sahaja, Allah sudah titipkan perasaan gembira dalam hati, pasti balasannya nanti melebihi akan apa yang aku rasa kini.
Seronok lihat orang berbuat kebaikan,
paling kurang aku sedar, masih ada 'harapan' buat ummah.
Semoga Allah berikan hidayah buat kita semua,
agar segala kebaikan dilakukan secara istiqamah.
Seronok lihat orang berbuat kebaikan,
paling kurang aku sedar, masih ada 'harapan' buat ummah.
Semoga Allah berikan hidayah buat kita semua,
agar segala kebaikan dilakukan secara istiqamah.
Amin.
P/s : Bangun bangun tidur, ada dapat posto berisi ini;
Thanks mate !
Dan siang tadi spend lagi BR1M, rasanya dah RM400 duit baucer habis. Yeap, RM400 duit baucer, dengan RM 350 balance. Untung jadi orang suka membaca ni, dapat lebih.
Jumpa ini kat MPH, Bangi Gateway. Tak sangka Rooftop Rant ada lagi dalam pasaran, buku lejen pengubah aku tu !

Ehhh, cemana dapat voucher banyak2? -__-"
ReplyDeleteBtw my 'turning point' was Versus, so lambat satu buku. Haha.
hehe adalah rahsia mana dapat lebih
Delete