السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Kata orang, lihat lautan tulip tu rasa macam lihat taman syurga, syurga dunia.
Kata orang, Alps ada dua benda yang terbaik, pemandangan dan snowboarding
walau noob macam mana sekali pun !
Kata orang, Yellowstone tu tempat menarik walaupun terpendam bom jangka !
Kata orang, skydiving di New Zealand tu best sangat walaupun terasa darah berderau thrill !
Kata orang, memang nampak seram, tapi bungee jumping kat Queenstown is a must !
Kata orang, Malaysia pun apa kurang ?
Pulau Manukan tempat diving paling menarik yang pernah aku dengar setakat ini.
Kata orang, Pulau Mabul sana dapat mengajar kita erti syukur.
Kata orang, kalau study kat Espana, memang tiap tiap minggu tengok match dekat Santiago Bernabéu.
. . . ataupun tengok sendiri Yaya Toure main di Etihad Stadium.
Dan kata orang, simpan sahaja segala benda idaman sebegini takut suatu hari nanti termakan diri. Kata orang, menarik mana sesuatu perkara, tiba saat kau sendiri tertanya - tanya akan perkara tersebut. Kata orang putih, first thing first, ada sahaja priority case datang di tengah jalan. Kata jalan takdir, aku terlalu jauh mencapai semua. Kata pengalaman lalu, biar terubat luka, parut masih ada.
Ah biarlah!
Hatiku kuat berkata, aku ingin kedua - duanya ! Kata orang arab, man jadda wajadda. Sebab kata mak, buat lah segala perkara, asal bukan bertentangan suruhanNya.
P/s : Kata baginda, manisnya iman terpancar dari muka. Kata janji tuhan, syurga itu indah belaka. Kata tujuan hidup, itulah yang paling utama !
yaaa.. pulau manukan best! :D
ReplyDelete