السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Seperti tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah tahun ini kami teruskan program infaq Ramadhan kepada golongan yang memerlukan, lebih - lebih lagi pada musim PKP akibat pandemik Covid-19. Hadis baginda, “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
Rujukan FAQ program kami boleh refer sini : http://setoutyourmindsethere.blogspot.com/2017/09/faq-infaq-ramadan.html?
Kutipan derma orang ramai akan bermula pada hari ini sehingga hari puasa ke 20. Boleh DM bagi sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan 😄
Edit:
Edit:
Mungkin malam Ramadhan ke-10, boleh jadi ke-11, aku mula ragu-ragu bila melihat penyata dana yang terkumpul. Mampu ke capai target tahun ini? Tambahan pula waktu PKP, lebih banyak suara rintihan dek terputus punca rezeki sementara. Dan siapa sangka esoknya ada lagi dana tambahan sehingga dapat capai target 💯% tahun ini bahkan jumlah terkumpul kali ini amat luar biasa bagi kami uruskan berbanding tahun tahun lalu. Terima kasih Allah permudahkan urusan kami & terima kasih kepada para penderma, semoga Allah redha dan balas jasa baik kalian 😄
Moga Allah beri peluang untuk kami usahakan program ini pada tahun hadapan pula insyaAllah!
No comments:
Post a Comment