السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera semua! Asif, tempoh hari menjanjikan sebuah entry perihal Infaq Ramadan yang dilakukan saban tahun (masuk tahun ke - 5 sudah rasanya?) dan asif-nya lambat update entry! Busy menguruskan hal walimah gamaknya, itulah terjadi bila nyatakan hasrat bulan Februari dan expect bulan Julai walimahnya haha! Alhamdulillah atas segala kesempatan Allah berikan, termasuklah tahun ini, sempat jua menjalankan Infaq Ramadan biarpun tiap tiap weekend busy bahkan tahun ini 300% kuantiti berbanding tahun sebelumnya.
Apabila ia mendekatkan dirinya kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya se-hasta, dan apabila ia mendekat kepada-Ku se-hasta maka Aku akan mendekat kepadanya se-depa. Dan apabila ia mendatangi-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari-lari kecil
HR. Bukhari, Ahmad, Tirmidzi
Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Official Picture of Infaq Ramadan 2016 (cewah)
Tak tahu mana nak mula, jadi aku lebarkan penjelasan Infaq Ramadan dengan soalan - soalan yang biasanya dikemukan oleh pemberi dan penerima sumbangan luar sana. Frequenly Asked Questions, FAQ. Lumrah manusia punyai sikap ingin tahu, curiosity, terhadap suatu penemuan atau persoalan yang bermain dalam minda bila cuba mengetahui fakta atau auta sesuatu perkara. Jadi tidak hairan bila kami terima berbagai pertanyaan terkadang berbaur sinis mahupun lucu perihal Infaq Ramadan. Lagi lagi mereka ingin tahu kemana dana yang mereka salurkan. Aku secara peribadi, antara manusia yang sangat memilih kepada apa dan siapa aku dermakan, tebal juga muka dan hati menahan diri apabila ada sebarang orang, stranger, datang meminta sedekah. Be it pakcik/makcik buta, dana anak yatim atau sekolah tahfiz, kumpul dana secara viral etc etc. Bukan sebaik baik tangan yang menerima adalah tangan yang beramal soleh? Kena kenal tuan empunya tangan soleh itu, baru senang hati menderma.
FAQ 1 : Bila mula kerja Infaq Ramadan? Apa sejarahnya?
Hmm lupa sebenarnya tarikh mula, seingat aku dalam tahun 2012-2013. Al - kisahnya ibu aku ditempatkan di salah sebuah sekolah di Gerik, Perak dan beliau mendapati terdapat ramai pelajar yang susah. Jadi, bermulalah kerja sedekah atau infaq cuma dinamakan Infaq Ramadan apabila kami sekeluarga bersetuju melakukan infaq besar besaran khusus bulan Ramadan. Bukan bulan tersebut Allah melipat gandakan amalan amalan orang beriman? Cuma masalah utama, bila disebut besar besaran, bermaksud dana yang besar perlu dikumpul. Tercetuslah idea mem'viral'kan kerja kerja tersebut di media sosial bagi mengumpul dana yang lebih besar, bermula dari twitter, instagram, Facebook, Tumblr termasuk juga Blogger!
Ouh, takde lah besar mana dana terkumpul, cumanya semakin tahun semakin giat tularkan buah fikiran berkenaan Infaq Ramadan ini dan secara tidak langsung, dana terkumpul semakin bertambah tahun demi tahun, alhamdulillah :)
my lovely dad |
mak orang yang paling bersemangat menjayakan program ini |
Ouh, takde lah besar mana dana terkumpul, cumanya semakin tahun semakin giat tularkan buah fikiran berkenaan Infaq Ramadan ini dan secara tidak langsung, dana terkumpul semakin bertambah tahun demi tahun, alhamdulillah :)
FAQ 2 : Mana dapat tahu siapa susah/layak terima infaq?
Haaa, dalam tularan mengumpul dana tersebut, kiteria penerima yang kami beritahu adalah golongan asnaf. Majlis Agama Negeri Pahang mentafsirkan golongan asnaf mengikut dalil Quran ayat 60 Surah At-Taubah;
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Instead of zakat, kami kumpul bersedekah beramai - ramai kepada penerima berkonsepkan golongan asnaf yang tertulis di atas. Setakat ini yang menerima cuma golongan fakir, miskin, amil (logistics) dan fisabilillah sahaja. Dan disebabkan ibuku seorang guru kaunseling, jadi mudah beliau access data pelajar, cari mana yang memerlukan. Yes, asalnya bantuan kepada keluarga si murid sahaja and thanks to you, berkembang kepada golongan asnaf pula mengikut dana yang semakin besar juga. Dari sini kami belajar, lagi banyak kami beri sumbangan, lagi ramai yang kami ketahui memerlukan bantuan sebegini, biarpun one-off setiap tahun dalam bulan Ramadan. Contoh ada tempat asalnya beri 5 pek makanan, bertambah jadi 20 pek kini. Tetapi kami teliti juga dengan siapa yang membantu kami salurkan bantuan tersebut. Tak mahu pemberian ini dianggap sebagai agenda politik ataupun kepentingan peribadi. Risau juga songlap dana orang awam, fuhhh
FAQ 3 : Kenapa saban tahun kadar infaq minimum bertambah? Contoh 2016 cuma RM 35 manakala 2017 RM 40 pula?
GST!!! Hahaha disebabkan perjalan ini bermula dari zaman sebelum GST lagi, kami dapati perbelanjaan sedikit terkesan apabila GST diamalkan di negara kita ini. Hatta awal lama dahulu, kadar infaq kami pohon dari orang ramai tak sampai RM 20 pun! GST is a factor, inflation of goods and foods is another factor. Tetapi faktor utama adalah pertambahan kuantiti dan kualiti pemberian kepada mereka yang memerlukan. Andai kami yang membeli barang asas dapur ini terasa, apatah lagi mereka yang memerlukan ini. Sekurang - kurangnya dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka dibulan Ramadan dalam menghadapi bulan Syawal pula.
Terkini tahun 2017, sumbangan adalah berbentuk;
- 40 uncang teh Lipton
- 5KG kampit beras
- 2KG minyak masak Buruh
- RM 10 ikan bilis
- 2KG gula kasar
- 2KG tepung gandum
- 375g garam
- Dua tin susu
Jika dikira semula, kesemua barangan di atas melebihi jumlah dana minimum RM 40 tersebut. Baki tak cukup itu kami tampung semula dengan dana orang yang memberikan sumbangan lebih. Ada juga waktu kami buat join-venture, dana dari sekolah, pusat zakat atau majlis yang dikelola oleh individu tertentu (bukan bertujuan politik for sure). Terkadang ada individu tidak berinfaq duit, tetapi digantikan dengan beras, minyak masak ataupun gula. Jagung pun ada tempoh hari, beri sumbang bentuk duit raya kepada anak kecil bahkan beri pinjam 4x4 untuk tujuan logistik. Mereka juga mahu terlibat sama dalam pemberian barangan tersebut.
Untuk tahun 2020; harga barang per pack ranging dari serendah RM43 kepada RM52. Terkadang kami sampaikan ikut kapasiti serta menerima idea AJK terlibat sama.
Untuk tahun 2020; harga barang per pack ranging dari serendah RM43 kepada RM52. Terkadang kami sampaikan ikut kapasiti serta menerima idea AJK terlibat sama.
Untuk tahun 2021; harga barang per pack masih lagi sekitar RM50.
Untuk tahun 2022 pun; harga barang per pack masih lagi sekitar RM50 tanpa telur sepapan.
Untuk tahun 2023 pun; harga barang per pack sekitar RM56.52 tanpa telur sepapan dah huhu.
Untuk tahun 2024; harga barang per pack boleh dapat bawah harga RM50 bagi sesetengah kedai! Tapi high side ada kedai ambil RM51.05 per pack
Boleh juga kerna kami akan kumpulkan dana dari orang lain jadi cukup satu pek barangan infaq. Bezanya yang beri lebih, beribadah lebih (ikhlas tidak, itu bergantung hal individu). Apa yang nak kami harapkan para penderma faham, kami tidak menyertakan nama atau siapa pun yang menderma kepada si penerima. Kecuali kalau diminta oleh para penderma. Sebagai contoh, disertakan nama arwah sekian untuk didoakan. Ataupun bersedekah berniat melepaskan diri dari penyakit, boleh rujuk semula dalil sahih dari hadis.
Cuma sebaiknya, kami simpulkan sebagai dana awam dalam mendidik diri sendiri dan kalian erti ikhlas dan sudah tentu tiada 'kredit' pun kepada kami melainkan rasa seronok ramai yang menderma kerna ramai yang akan dapat menerima nanti. Akhir kata, usah malu atau segan walau infaq RM1 atau RM5 pun kalau tak mampu sertai target minimum per pek setiap tahun, it's not about the amount, it's the sincerity Allah count.
FAQ 5 : Setiap tahun ada target pemberian?
Target utama, sekurang - kurangnya 1 keluarga terima pemberian bagi setiap hari dalam bulan Ramadan. Erti kata lain, sebelum bulan Ramdan bermula, kami akan berusaha habis confirmkan dana untuk 30 buah keluarga tersebut. Manakala, dana - dana lain yang kami terima selepas itu akan kami teruskan mencari siapa yang layak menerima. Seperti FAQ 2 sebelum ini, kami punyai data data penerima mencecah ratusan buah keluarga dan sudah tentu kami mengetahui siapa yang lebih utama menerima andai dana terkumpul cuma 30 buah keluarga sahaja. Alhamdulillah, tahun 2017 merupakan dana terbesar kami dapat kumpul dan mampu berinfaq kepada 120 buah keluarga. Itupun masih ada lagi yang memerlukan bantuan. Akan kami susun semula data, ambil kira kawasan lain dalam membentuk target tahun hadapan pula. InsyaAllah, tahun hadapan lebih banyak lagi!
FAQ 6 : Kutipan dana tahun 2018 melebihi tahun 2017 tetapi kenapa jumlah penerima sedikit sangat bezanya?
Perkara sebegini perlu dilihat pada kos perbelanjaan bukannya pada jumlah kutipan dana orang awam. Sebagai contoh terdekat, pada tahun 2017 kami berjaya mengumpul dana RM 4,770 sedangkan jumlah perbelanjaan pada tahun tersebut adalah RM 5,201.05. Tahun 2018 pula, RM 5,800 dana awam berjaya dikumpul dan jumlah perbelanjaan pula adalah RM 6,114.29. Jumlah per bungkusan pada tahun 2017 adalah RM 43.34 sedangkan tahun 2018 pula RM 47.03, hampir RM4 peningkatan. Kos expediture tersebut tidak termasuk kos operasi tenaga, logistik & masa 'pekerja' program ini, tidak diambil dari dana awam, tidak juga diambil kira dalam kos perbelanjaan seperti di atas.
Untuk tahun 2019, sebanyak 100 buah keluarga penerima barangan infaq kalian dengan jumlah terkumpul RM4590. Makanya, jumlah purata harga per pek jatuh RM45.90.
"Antara penerima sumbangan kalian. Bila tengok keadaan macam ni, terkadang insaf juga hawa nafsu untuk berbuka serba mewah walaupun kita mampu berbuka serba mewah. Allah tak ciptakan orang yang memerlukan untuk dihina oleh orang yang serba cukup sedangkan Allah lah yang beri rezeki kepada semua, baik kepada si miskin mahupun si kaya."
- sumber : INSTAGRAM
InsyaAllah, entry ini akan senantiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, terkadang ada soalan yang tak terlintas di kepala orang bertanya, soalan macam itulah yang aku akan kongsikan dalam ruangan ini. Akhir kalam, moga Allah permudahkan urusan buat muslimin muslimah yang bersungguh - sungguh meningkatkan amal & perbaiki akhlak diri melalui jalan - jalan yang diredhai Allah.
D-SIM
Update 1 - 06/09/2017
Update 2 - 14/06/2018
Update 3 - 22/04/2020
Update 4 - 9/05/2020
Update 5 - 17/04/2022
Update 5 - 17/04/2022
Update 6 - 29/03/2024
No comments:
Post a Comment