Thursday, January 13, 2011

Kerja dan aku ;)

......Alangkah, indahnya dunia bila kita semua takkan membesar... Alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya~~~

Alahai, apasal laa brader chef praktikal nie pasang muzik Hujan - Muda masa-masa macam nie? Tengah tertekan, tambah lak perasaan hiba dengan lirik lagu tuu, aduiiiii.. KETANGGG! KETANGG! Aish, banyak laa pulak utensil kena basuh nie. Nie, baru basuh belum rendam dalam air panas lagi. Nak keringkan dulu, lap elok-elok nak susun lagi. Aihhhhhh.. Der, kalau kau mengeluh sekalipun itu kerja kau yang carik! Duuhh =='

Aku basuh peralatan sumua tu bersama perasaan geram berbaur marah. Basuh utensil pun dah macam tak ikhlas dahh! Dose jer bila dapat gaji nanti ==' Hati masih tak tenang walaupun tangan pantas basuh peralatan tue kerana stok kat bahagian kafe makin berkurang. Aku tak nak kena bising dengan senior -,- . Dah laa baru 3 hari kerja. Hishhhhh.. Tengah geram-geram marah punnn, kepala aku masih ligat memikirkan peristiwa sebentar tadi.

Hmm, waktu buffet sarapan pagi dah nak habis. Tak hairanlah aku kenapa pelanggan kafe nie makin surut. Mataku macam biasa, senantiasa meliar mencari mana-mana pinggan yang kotor untuk dibersihkan daripada meja pelanggan atau sedia membantu pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di kafe ini. Sekali ternampak mamat 3 orang pada satu meja yang tidak jauh daripada tempat makanan disediakan. Meja mereka, kotor ?

Mister, may i take your plate?,
WAJIB SENYUM SEKALI !

Brader berbaju belang tue takat buat isyarat tangan, tandanya " Yes, you may " . Dengan senang hatinya, aku menyusun satu per satu sudu-sudu kotor ke atas satu pinggan kecil bersama bekas jem yang telah digunakan dannn juga.. BB knife ( bahasa waiter kowtt, BB Knife stands for Bread & Butter knife ). Dalam hati aku, " Okehhh, dah boleh jalan nih! " Baru angkat pergi beberapa centimeter..

KEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETANNNNGGGGG!

" AstafirulAllahhalazim! " aku separuh menjerit dalam kafe tue! Mamat-mamat tadi semua pandang tepat pada riak muka aku. Si berbaju belang pula hanya setakat memandang pada BB Knife yang terjatuh padi hujang kasutnya, dan terus menyambung perbualan mereka bertiga tadi. Aku jerit tadi bukan sebab BB Knife terjatuh tapi pisau comel tadi dah tercalitkan mentega Anchor buatan Australia pada seluar jeans dia sebelum jatuh menyembah bumi! Ahhhhhhhhhhhhhhh! Baru 3 hari dah hadapi perkara macam nie! Aku rasa bersalah gilaaaaaa! Muka pucat gila, kalau ditorehpun dijamin tak keluar darah!

Ikutkan hati masa tue, cuma ada 3 pilihan yang akan menyelamatkan hidup dan kerjaya aku :
A) Mintak maaf kat dia dengan gaya - gaya tak bersalah dan berampus secepat mungkin.
B) Sembah cium kaki dia, pergi ambil tisu dan lapkan bersih-bersih pastue mintak maaf lagi!
C) Bodohnya kau! BB Knife tue kecil nak mampus! Tak kan tak reti nak angkat! Mintak maaf!

Entah kenapa, aku memilih untuk tidak menjawab. Terus angkat pisau tue, berjalan pantas ke bahagian belakang. Alex, Kak Aina ( kowtt ), Ah Ling dan Aizad yang sedang mengawasi kawasan masing-masing, melirik mata diorang melihat aku, bisu seribu bahasa! Tertekan gila laa weih masa tue! Nasib baik senior Abang Yoii dan En.Anuar ( Restaurant Manager kowtt! ) dapat RD ( tak tahulah maksud sebenarnya, yang aku faham itu CUTI ) Kalau tak,,,,, mampuihhh den! Tengah bawak barang-barang tadi ke belakang, tersempak pulak dengan kak Fazila. Dengan cun dan comelnya die sapa aku! Hehhhssss cair aku! Hilang sikit marah aku tadi! Hahaha, okey. Kak Fazila tue sebaya abang aku, kawan abang aku, bekas Ketua Pengawas SMK Pengkalan, kiranya aku EXCO dia dulu laaa. Sekarang, dia ambil praktikal chef kat situ. Makin lawa kowtt dia! Haha, mekasih kak atas sapaan cun anda !!! :D

Balik rumah, " Erm, kamu dah check hubungan kamu dengan Allah ? " dan mak aku terus berlalu ke biliknya dan menutup pintu. Terdiam aku dengan kata - kata mak aku, lantas aku masuk ke bilik, tutup pintu dan melepaskan lelah dengan merebahkan diri ke atas tilam.Hubungan? Apa die yeaa ??? Ya Allah ! Aku lupa baca Ar-Rahman dan Yassin pagi tadi! Sibukkan sangat nak cepat ke tempat kerja sampai terlupa kalam tuhan yang sedia setia menunggu aku. Patutlah gelabah jea tadi, hati tak tenang rupanya! Ampuniku tuhan, maafkan dosa aku Allah!

Pagi tadi,( 13/1/2011 ) aku bangun lambat. Sedang bersiap-siap, " Al-Quran ", terdetik hatiku apabila terpandangkan kitab itu di atas rak. Ikutkan masa, Aizad bila-bila masa sahaja akan menjemput aku. Ahh! Nak baca jugak! Ar-Rahman pun jadila! Dan alhamdulillah, pagi tadi semuanya sempurna ! Hati tenang, cuaca luar baik, Abang Yoii siap berjenaka lagi, En.Anuar pun. Kak Aina dah tahu sebut nama aku dengan betul, huhu syahdunya! Kerja waiter nih takde masalah kecuali pelanggan. Ada yang banyak ragam, ada yang berlagak sombong kaya, ada yang tanya macam-macam, isi kandungan lauk pun tanya, padahal sup kosong jea. Nak half-boil egg yang macam selalu diamakan kat tempat lain, tambah macam-macam dalam steamboat. Meletup kangg baru taw! =________________= Tapi pagi tadi semua pelanggan baik-baik sahaja. Siap hormat lagi pekerjaan kami! Siap ada pakcik sporting. Korang akan berasa bangga tak pun seronok sangat apabila pelanggan cuma menyebut dua patah perkataan ini, " Terima Kasih @ Thank You " . Senang jea nak tolong pelanggan lepas tue..Waktu lunch lak dari 12 noon sampai 3.00 pm,tak sampai 5 pelanggan yang datang! Tue pun sebab meeting and fast lunch. Aku boleh listkan siapa yang datang tadi. A Chinese man, owner hotel tue ==', a Malay Dato' with his client, a client and for last a women that have a place in this hotel. Lengang kowt! Aku, Alex dan Aizad siap belajar buat teh tarik gaya hotel yang bernilai RM 7,hahahaha.. tapi Aizad failed! 1st try, tawar. Aku lihat warna teh tarik tadi pun dah tahu tawar ke tak. Alex monyok jer telan air Aizad,haha 2nd, pekat sgt! Tona warna dah macam nescafe,haha Last-last dia ambil lagi satu cawan dan bahagikan. Settle,hahahaha Ya Allah! Besarnya nikmat Ar-RahmanMu yang cuma 5 minit bacaan!


Nie gambar teh tarik diambil semasa tengah lunch :) Bagi aku, gaji RM700 permulaan okeylaa kowt, sebabnya makan ditanggung. Chef masak lagi tue, aku dahlaaa suka makan! :D Tapi, tak suka lah kalau shif pagi. Makanan special tak boleh sentuh langsung! >.< Tak kesah, esok aku, Aizad dan Farid dapat shif malam. Dapat gak kerja bersama! Shif malam boleh sentuh semua masakan chef! Hahahahaha! Yes! Yes! :P

5 comments:

  1. comel doo mak kau .
    tu ahh pengajaraan . lain kali jangan nak rushhh je .
    *macam aku* "-.-

    ReplyDelete
  2. jgn perkara mcm nie berulng esk suadah. .
    mlm esk 150 org, lg malu dbuatnye nt. .huhe

    ReplyDelete
  3. kau mmg,haha..
    erm, sebaek laa xde pape jdi mlm smlm..cume penat arrr..

    ReplyDelete
  4. urmm WAITER!!!
    aisshh buat pekak pulak..
    WAITERRRR!!!!
    tgk tu wat donno je.
    ish.
    blah la..
    hahha!

    ReplyDelete