Thursday, February 3, 2011

Nasib orang bekerja :'(

Semalam :

ya Allah. Penat gila, aku pernah angkat beras 10kg sebelah tangan tapi sampah semalam dah lebih daripada itu, dua tangan pun dah rasa berat sangat! Sekali takpe jugak, nie berulang - kali, banyak gila sisa makanan. Al-maklumlah, seronoknya orang Cina nak sambut Tahun Baru Cina yeaaa ==' Apa - apa pun Selamat Tahun Baru Cina ! :D Sambung balik merungut, semalam, perghhh. Sakit pinggang pun ade ! Tak pernah eden raso sejak eden menagis lihat bumi ! Kerja memang dua kali lagi pantas laaa. Aku rasa kita orang dah okey, masalahnya budak part-time. Semua mereka buat tue betul tapi kurang efektif laa memandangkan full-house. Patut ke setiap kali angkat pinggang dalam 2-3 keping jea ? Sedangkan aku sekali pergi dua-dua belah tangan aku cipta gunung pinggan, kotor pulak tuuuu ( terpaksa aku pakai course soak 4 hours mesin basuh aku nak bersih balik )+.+ Aishhh, makan jea lebih diorang tuuuu.. Nayeeee teman nie haa, acap yang demam laa aku kesiankan die. Aizad ? Merah padam kowtt tahan sabarla kena jadi waiter kat bahagian hadapan dan bersihkan cutlery di belakang. Cutlery jangan cakap laaa.

Seorang pelanggan bersamaan : 1 Sudu, 1 garfu, 2 batang chopstik, 1 rice
spoon

Meh belajar matematik hari ini. 5 benda alah tue darab 205 orang ? Berapa ribu ???? Tak termasuk teaspoon, coffee cup, ice tong. Itu pasal laaa Aizad muka merah padam buat kerja semalam. Aku kesian juga kat die, tapi nak buat macam mana kan ? Kami jugak yang cari kerja ini. Aku tolong pun last-last minute apabila tugasan aku selesai. Tapi, ehem, Chef Peter angkut mari piza, hahahaha. Aku ambil terus bawak kat belakang, kasi Aizad. Yang tak blaaa nye, tengah rungsing dahi berkerut muka tertekan boleh cepat cair tersenyum melihatkan piza yang aku hulurkan ! Hahahahaha, eh, aku ? Aku kan happy - go - lucky :D Penat tue memanglaaa penat, tapi aku cepat cair bila ada makanan sebelum kami balik, termasuk juga dessert yang wajib. Memang lepas lelah dengan melahap laa aku nih :P Aku target full-house balik pukul 1-2 pagi, tapi semalam sebelum 5 minit shif petang tamat, kerja kami dah selesai ! Completely ! Wahhhhhhhh, good job D-SIM, good job Aizad.

Pagi tadi :

Dah naik berhabuk DLSR aku dalam almari, nasib orang bekerja, sibuk memanjang ! :'( Tapi tadi aku bernasib baik, mata aku masih segar untuk terus bangun ( biasanya lepas sahaja aku solat terus berlari naik atas katil tidur balik sampai laa dalam pukul 11.30, baru bangun ==' ) Hohoho, lepas solat terus naik atas, ingatkan nak jemur baju kerja aku sekejap, melihatkan awan Gunung Kledang tidaklah menarik yang kusangka, sekali terkalis awan Banjaran Titiwangsa. MasyaAllah ! Cantiknya ! Kena pula ayah aku balik Ipoh dari semalam,aperrr lagi, dengan kain pelekat aku keluarkan DLSR daripada mulut almari, mengambil kunci kereta ayah aku dan ditemaninya, menyusur laju aku mencari lokasi terbaik. Semua ini secara tidak langsung mengimbas kembali ingatan kepada alasan kenapa aku suka jalan ke SMKP setiap hari persekolahan :')


Album gambar pagi tadi, sikit sahaja walaupun beratus aku snap =='



Hari ini CNY = aku bekerja X(

4 comments: