Monday, March 28, 2011

Kerana sayang atas apa ?

Mood : Penat pasal biasiswa !
Muzik : 2109 lagu dimainkan secara rawak :)


Hari ini, selepas sahaja solat subuh, aku terpaksa berjalan kaki ke sekolah bagi mendapatkan kereta sebagaimana aku memerlukannya dalam urusan untuk melengkapkan borang permohonan biasiswa yang sekian menghantuiku sejak keputusan SPM lagi -.- Sekejap masuk keluar sekolah mohon cop sana sini, bawak kereta seorang diri ke bank, mencari perkhidmatan pos laju pula. Nasiblaa aku dah berhenti kerja ikutkan kata mak aku dahulu, tak termampu aku jikalau kuteruskan juga kerja sampingan tersebut. Haihhh.. Perkara pertama kuhias diri sejurus sahaja mandi..



akanku sarung ibu jariku dengan cincin nih, copycat Hazim. Istimewakah cincin ini ? Entahlah, tapi yang pasti aku tak senang duduk saat aku lupa memakai cincin nih tika di luar rumah dan solat. Nak kata mahal, RM 17 aku beli, yaaa.. aku masih ingat. Saat aku keluar di Yik Fong bersama Faizal, Hazmi, Hafiz dan Farid, beberapa jam sebelum rakyat diam di Ipoh berbuka puasa, dan sudah beberapa jam aku menjejakkan kakiku di Bumi Ipoh bersempena Cuti Raya Puasa 1431 Hijrah, seminggu lamanya. Aku masih lagi mencari jawapan akan apa istimewanya sehinggakan cincin yang terjatuh dalam tong sampah Hospital Besar Ipoh sanggup aku buka penutupnya dan mencari bagai orang gila ? Malahku lakukan di hadapan khalayak ramai ? Hingga kini aku mencari sebab yang kukuh perbuatan aku tempoh hari, malu hilang, segan menyepi, malah hati pula kembang kecut amat takut akan kehilangannya. Ianya bukanlah pemberian seseorang, apatah lagi warisan jagaan. Kenapa aku tidak menghiraukan pandangan sinis orang sekeliling ? Senyuman sinis mereka langsung tak mematahkan ' semangat gila ' aku. Suatu kejayaan, terasa lega pabila dapat ketemuinya ! Perkara sama turut berlaku ketika cincinku tercampak keluar dari jariku ketika menaiki kereta Black, tenggelam dalam rumput hijau tebal. Persoalan nya kenapa sanggupku lakukan sedemikian rupa ??? Kalau sayang pun atas apa ???

1 comment: