Wednesday, March 23, 2011

Tarikh keramat 23 Mac 2011.

Assalamualaikum.

Mood : Euphoria :D
Muzik : Santai kat rumah Boy, dengar bunyik angin sepoi - sepoi dan cengkerik, tenang~

Pergh, pelik gila hari ini. Bangun pukul 6.28 kowt tanpa penggera bunyi. Sebelum ini, kalau tak pakai mesin tersebut, mau pukul 7 pagi aku bangun -.- Termenung jauh aku pagi itu, memikirkan mana hendak pergi kalau gagal, dan juga kalau lulus, but its more to fail ==' Aku riak muka tak laa cuak sangat, dalam hati macam ribut. Fifa10 laa jadi mangsa aku sejak semalam lagi, sampai 10-2 lah aku bantai Inter Milan pakai AC Milan dengan level Legendary :P
Dalam pukul 9 baru kami bertolak dari rumah, sempat jugak lah aku merakam video HD ' suasana pagi keputusan SPM ' kat rumah Boy nih, huhuhuhu. Pukul 9 pagi baru bertolak ke...

Sekolah Berprestasi Tinggi SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR ! :D Makin dekat perjalanan ke sekolah, makin terasa nak berak kowt -.- Sakit perut gile, masa dah sampai, kecut pulak perut, lupa hajat dalam kereta tadih =='


Sebenarnya, aku tak ambil langsung gambar sebelum aku dapat keputusan, overall pointer sekolah turun kowt :( Still, ASiS masih No.1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ada 6 orang dapat 10A+, SPM 2009 hanya 2 orang, dan daripada 45 orang 10 A dalam SPM 2009, kini naik kepada 95 orang dapat A, tak termasuk yang dapat A - . Tapi aku bangga dapat kelas 5 Bestari tahun 2010 sebab 3 daripada 6 orang yang dapat A+ dari kelas aku ! :D Hydeer, Hizri Hatta dan paling aku tak percaya, Arman Syukri ! :D Memang dasar gifted punya budak !!! 5B mostly dapat 10 A !!! :D

Nie adalah sedikit gambar selepas aku ambil keputusan aku. ( aku menangis call mak aku T.T )


Nie member baik aku, 10 A+ kowt~

Dari dulu lagi aku nak ambil gambar pokok bermusim bunganya tue, sejak form 4, aku simpan hajat nak ambil gambar pokok tue pakai DSLR. Ingat nak ambil dekat gambar pokok tersebut, memandangkan ada perlawanan bola keranjang peringkat wilayah kat sini, tak peeee laaahhh ;'(



Last kowt pakai tie batch :P

Simply I'm OASIS VII :) . kantoi tie kotor :s




Ada gaya budak masuk U tak ? :P


P/s : semua orang ada niat kan nak buat apa kalau hajat tercapai, well niat aku.. nak pergi complete medical check - up. Aku nak sihatttttt ~

4 comments: