Sunday, April 3, 2011

HDR, sepetang berjalan ke Perak Tengah.

Assalamualaikum.

Mood : Makan - makan, dan lepaking di Mcd :D
Muzik : Di saat aku mencintaimu - Dadali Band ;(

Pembuka kata, cuma nak cakap, semua gambar dalam post kali ini semunya aku buat HDR. Aku ada gunakan HDR toning dalam CS5 , KUTAK baru ajar aku ! Huhu, Aku tak reti guna sangat CS5, tapi Lightroom bagi aku wajib laa, paling kurang pun nak gunakan dalam mengecilkan saiz gambar, kalau berat sangat, lembab gile nak upload -.- Sebenarnya Hazmi ada D40, tapi tak reti guna. Dari situ aku bawak Hazmi, tolong ajar yang asas dalam seni fotografi memandangkan itu jea yang aku tahu, Kutak, Khali dan CD ikut sekali.

Apa ini ? Haaa, kami dah sampai ke the last tin dredge in Malaysia, only at Tg. Tualang,Perak ! Mengikut sejarah yang aku tahu, Sultan Perak beli balik kapal penggorek bijih timah ini dengan nilai jutaan ringgit memandangkan terdapat nilai - nilai estetika dan sejarahnya tersendiri, disebalik suatu simbol,ikon akan jentera besar ini yang boleh dilihat dari jalan utama lagi. Aku tersangat lah teruja memandangkan cuaca baik, seronok kalau dapat buat HDR akan jentera ini dengan pantulan bayangan kapal pada permukaan air lombong tinggalan ! Arghhh ! Tapi perasaan hanya tinggal secubit cuma, err.. kenapa ?


RM5 laaa siaallll ! :O Aku tak bawak duit yang cukup ! Poket pun berhabuk ==' Mahal owh, padahal kapal besi buruk pown -..- Mak ayah aku cakap dulu tak ada langsung bayaran yang dikenakan kalau nak masuk, nak menggila kat kapal pun takpe ! Haisshhh ! Melepas camtu jela :s Jimbit Kutak cuba melembutkan hati aku dengan terus memandu, berharap agar jumpa tempat / pemandangan menarik tanpa dikenakan bayaran --'


( Loghat orang Perak ) Sedor - sedor teman doh terlajak ke Perak Tengah ? Terkejut Mak aku dengar bila aku angkat panggilan telefon Mak :P Aku main bawak jea kereta, tahu - tahu jea dah sampai Lambor Kanan, Bota, Perak. Mula nya nak carik cendol, Nasir CD kempunan, hahaha. Tup - tup, aku dah sampai ke kawasan bendang padi, fuishhoowww... Lawau !




Gambar kereta ini aku saja edit jadi retro sikit, kena dengan jenis keluaran lama dan latar belakang tempat kampung. Kena ke ?


Aku beria ambil gambar padi, tapi aku seumor hidup tak pernah pegang padi. Orang cakap main aci tangkap keli sawah seronok, belajar tanam padi sikit - sikit. Hmmmmmmm, aku ada terfikir nak pergi rumah Kedah jea, mana tahu dia boleh bawakan impian aku jadi realiti, nak jugak merasa berpeluh sebagaimana pesawah menanam padi demi isi perut rakyat Malaysia, ingat, dalam buku Sejarah orang macam ini penting dalam kemenjadian tamadun manusia !

Encik, Kutak :D

Dari jauh pakcik berdua ini tersengih - sengih tengok gelagat kami dari jauh, kenapa dan buat apa mereka di sini ? Aku setakat memerhati mereka dari jauh, rupa - rupanya nak bina balik parit lumpur yang runtuh ? Itula kowt ayat yang sesuai, tapi betul juga yea apa yang mereka buat. Kalau biarkan air terus mengalir keluar, habis kuranglaa air nak 'rendam' kan padi yang sedia suka berkeadaan berlumpur. Hmmm, ilmu baru hari ini. Sekurang - kurangnya hari ini lebih baik daripada hari semalam, kan ? :)

3 comments: