Tuesday, April 12, 2011

Semoga berjaya kawan - kawan :)

Assalamualaikum.

Mood  : Mandi sebelum solat subuh menyegarkan badan, kepala tenang, badan ringan sampai sekarang :)
Music  : listening to the bird's chirping from nowhere, lovely morning  :D


Yeah ! Ramai yang dah dapat tawaran temuduga ke JPA ( jabatan pertahanan awam eh ? ke jabatan perkhidmatan awan ? Nvrmnd ) dan ramai juga yang tertunggu - tunggu MARA ( nie aku tahu, Majlis Amanah Rakyat :D ) dan aku pun tunggu jugak MARA nih :P Setahu aku, macam Amin Ali kena temuduga pada hari ini bawah JPA, dan berlanjutan ke hari Jumaat eh tempoh temuduga? Ada juga yang tertanya - tanya pasal keputusan temuduga UNITEN tempoh hari, macam Azmi Naquib dah confirm dapat Khazanah, Arman Shukri siap boleh pilih mana - mana course di mana - mana universiti yang dia nak, no.27 negara lah katakan. Hesyh, rezeki budak kuat tidur tepi aku dulu, haha.  Apa - apa pun semoga berjaya kehendaknya :) 


Basically, Educamp dan temuduga tue berbeza. Educamp ini macam kena menghadiri ke suatu tempat yang ditetapkan selama beberapa hari untuk dinilai dari hujung rambut ke hujung kaki, tingkah laku kita dan displin masa dan diri juga. Setahu aku, Educamp ini dianjurkan bawah biasiswa luar negara. Masuk akal juga kita sebagai pemohon dinilai selama beberapa hari berikutan hampir berjuta ringgit tajaan badan penaja yang akan dikeluarkan hanya untuk seorang jea ! -.- Temuduga just through a simple process, masuk bilik / dewan, kena cakap untuk tempoh yang ditetapkan, dan dinilai dari situ dan keluar dengan seyuman :) Tapi terpulanglah kalau badan penaja nak buat beberapa temuduga yang dia nak, kan kita ini pemohon jutaan ringgit, kenalah ikut cakap =='


Aku ? Tunggu MARA 14/4/2011, dan akan menghadiri ke Educamp Yayasan Tenaga Nasional kat Bangi untuk beberapa hari, tak risau sangat sebab Aizat Ghazali, Hariz KP, Fatria masing - masing rakan sekolah asramaku akan turut serta nanti. Oleh sebab aku ada mintak biasiswa Petronas, insyaAllah aku akan semak status aku petang ini selepas pukul 3 petang, kan keputusan dapat temuduga tue petang ini :) Felda ? Hurm, aku pun tak tahu cara nak semak status permohonan aku, dah laa kena mohon secara surat - menyurat, harapan laaa nak semak kat internet :(  Kata ayah aku, ada peluang besar kat Felda sebab ayah aku k/tangan Felda, ikutkan sejarah lepas, 7A dah boleh fly, and the best part is, Felda hantar ke Europe jea, mostly at UK ! Hohohoho  sape taknak camtu XD Sungguh aku siap tampal keputusan minimum yang Felda nak untuk ke luar negara kat locker aku masa awal tingkatan 4 lagi, semangat nak fly dari dulu tinggi gile.. Haihhhh, mane tak nye, tiap - tiap hari nak hias diri mesti terpandang cebisan kertas yang aku tampal tue. Apa - apa pun, aku berdoa agar dapat MARA, sebab dah buat pilihan kejuruteraan Perancis siap - siap dan atur cara perjalannya sampai ke Master bawah tajaan MARA lebih.....mudah, menyenangkan untuk adaptasi cara dan kehidupan orang sana ( maksud aku orang Perancis ) daripada JPA. Tapi bawah MARA, kena ambil 2 tahun belajar A-LEVEL di Malaysia bersama dengan kelas French, ayat INTENSIVELY ditekankan oleh  assistant director of Malaysia France University Centre  ( MFUC ) masa aku jumpa pada Khamis lepas bersama Amir Shah dan Thaufeq :s then, baru belajar 5 tahun di sana. Kalau siapa nak cepat pergi luar negara ( aku lebih suka kalau tukar ayat " nak cepat " kepada "sanggap" tadih, haha ) bawah JPA, setakat belajar bahasa 2 bulan di Malaysia dan terus fly ke sana, fuiyooooo.. Syok tuuuuu~ Pros and cons masing - masing, biasalah. Syukur jadi warga OASIS, ramai OASIS kat luar negara sejajar dengan misi ASiS untuk melahirkan pemimpin bertaraf dunia , huhu

Buat masa sekarang ini, aku sangatlah sibuk melengkapkan borang - borang yang perlu dibawa, barang - barang dan menjaga tahap kesihatan supaya temuduga nanti berjalan lancar, insyaAllah. Mintak juga agar jangan semua biasiswa yang aku mohon temuduganya atau Educamp berjalan serentak sudehhhhhh ==' Akhir sekali, semoga berjaya weiiiihhhhhh ! :DD

P/s : Oleh sebab barang tak lengkap, petang ini shopping lagi !!!! :D Moh basuh kete, uat segan jea bawak kehulu kehilir kete kotor -________________-

3 comments: