Tuesday, May 17, 2011

Aku nak jadi NOBITA-san, boleh ?

Assalamualaikum.


Mood : Mengantuk
Muzik : fly fm online - currently , Jeremih ft. 50 cent - Down On me

Opssss ! Sebelum korang nak cakap apa - apa, tengok dulu komik nih.




Dah tengok bahagian Nobita masa kecil, bercakap ' seorang diri ' dihadapan Doraemon ? Tiba - tiba dia bangun, dan terus singkap ke zaman pengajian tingginya. Nobita dah berubah bukan ? Walaupun cuba dinafikan oleh Sizuka, akan tetapi Nobita telah menjadi rajin, tak macam dahulu lagi. Ayat Nobita yang betul - betul menyentap jiwa aku adalah -

But the score is not what I'm after. It's the knowledge. I still have to work harder.

Huhuhu, kalau korang tengok video tu sampai habis dan baca balik ayat nih, sumpah sedih ! :'( Pandangan aku, dia berubah kerana Doraemon. Masalah yang dihadapinya, menerokai dunia teknologi yang belum pernah manusia mencuba - maksud aku, teknologi untuk pulihkan Doraemon tanpa kehilangan data memorinya. Sebab itulah dia mengejar ilmu, bukannya markah dalam peperiksaan. Okay, sumpah aku terasa. Dulu, masa di zaman bangku sekolah, rata - rata pelajar termasuklah aku sendiri belajar untuk lulus dalam peperiksaan, tak kurang juga ingin cemerlang. Dan aku pula, dah tamat peperiksaan memang habis lupa semua ilmu yang aku cari, okay, aku hafal. Jadi, macam mana nak berjaya kalau sekadar untuk lulus ujian sahaja kalau tak mengaplikasikan ilmu di dada ? Mungkin mindset aku dididik dari kecil macam ini kowt  :-/

Kalau Nobita yang malas, selalu meletakkan harapan kat orang lain, sering dimarah emaknya akan markah rendah setiap kali ujiannya sanggup berubah demi rakan baiknya dan bersusah payah menimba ilmu yang tidak ketahuan, apatah lagi kita kan ? Bagi aku semua manusia sama akan tetapi

Orang yang berilmu akan diangkat darjatnya oleh ALLAH SWT

Lagi bagus dan sebaik - baik umat kalau berilmu dan BERIMAN serta mati dalam ISLAM  kan ? :) SubahanAllah, bestnya kalau dapat nikmat sebegitu rupa.

Allhamdulillah, aku dapat tajaan MARA. Tapi, PIDN ! Kiranya, matlamat aku tak tercapai -.-' Hampir 5 tahun aku simpan cita - cita akan kejuruteraan aeroangkasa tuh, dalam masa sehari jea - terkubur jea impian aku. Siapa tak sedih kalau harapan tunggal tak dapat, lagi - lagi 4/5 rakan sekelas dapat PILN ! T.T Aku manusia biasa kowt, cemburu tetap ada. Kiranya, sekarang ini aku blurr tentang masa hadapan aku. Apa nak jadi nanti ? Ultimate goal kau apa ? Yang jelas sekarang, kejuruteraan aeroangkasa hanya tinggal impian, bukan lagi sesuatu yang pasti. Pelan kehidupan aku kena rangka balik, matlamat dan cita - cita terpaksa aku ubah. Hey, D-SIM. kau kan kuat. Nobita yang tetttt pun boleh berubah, takat masalah macam ini takde hal lah, kan ? :)) Sendiri jatuh, sendiri bangun laaa, ini hanya deja-vu kau, cuma ulang jea balik macam mana dulu kau boleh bangun dari ' tidur ' . :D

2 comments:

  1. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

    p/s:InsyaAllah mungkin Allah ada sedia yg lagi baik utk awak..:)

    ReplyDelete
  2. sumpah sedih ending ni. teringat kenangan dengan doraemon. bukan nobita je ade memory ngn doraemon, kanak2 90an pun sama. hehe

    ReplyDelete