Friday, May 27, 2011

Cerita malam khamis

Assalamualaikum.
Mood : Mengantuk ? I always be~
Music : The Script - The Man Who Can't Be Move ( entah kenapa aku rasa nak menyingkap perkara lampau, dah tu sedih pula dengar muzik nih :'(     )

Kebosanan tahap melampau malam ini sehingga aku sangguh bazirkan 1/2 sen kredit Celcom aku agar dapat keluar " bermesyuarat " bersama teman bernama ganjil Si Kutak, Buncit, Abang Hensem dan. . The Rock --' Perbualan rancak dan komen amatur versi orang tua di hadapan televisyen kat Warung Ipin berlaku sejurus sahaja bintang hero WWE masuk gelanggang. Aku geleng kepala, angkat tangan mintak order - nasi pattaya dengan air sirap  limau satuuuu !  Mana tak nya kalau. . . 

  
No mercy ? Huh,  WTH -.-'' Yeah, aku tak suka sangat bab - bab belasah tak berdarah nih ( cuba menanamkan nilai penyayang kat jiwa ). Takat pukul main - main, ish.. tak kesiorr teman. Kalau gaduh betul, macam dalam blog www.chelaka.com/blog tak apa, aku tabik korang pakai kaki ! :D Aku teruskan sesi pengunyahan makanan agar senang perut nak proses nutrisi. Dah selesai, Alhamdullilah. Tetapi satu masalah pula mucul entah datang daripada mana, istilah rasminya adalah BOSAN -.- We called it MENDAP kat LA, it's a stage where you are dumbfounded after extremely knowing yourself are at boring state. Huh, lantas kunci motorsikal Wave 120 aku ragut, menyusur laju ke teratak Lot 17. Hati rasa lapang, yang fardhu sudah selesai, namun apa yang sesak dalam fikiran nih ?

Oh Tuhan, di saat aku kesempitan waktu, ku merintih mencari peluang melepaskan lelah. Di saat aku kelapangan masa, aku merengek pula tiada sebarang perkara berfaedah dapat aku lakukan. Aishehhh.. tak cukup bersyukur kah aku nih ? Macam biasa aku melewati page Misteri ( tekan jela, nanti terus direct ) bende entah kat fesbuk, keluar lah macam - macam komen pasal malam khamis, baik untuk pasangan utamanya @.@, ada yang masuk topin seram tahap bulu roma naik, tak nak mengalah komen pasal WWE kat fesbuk pulak, GRRRRR. Entah tetikus sibuk menyusuri komentar, jumpa pula link daripada iluvislam.com .  Ahh, moga diberi keterangan dalam hati aku nih.



Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.
Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasalforensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.
Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..
Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)

Papppp ! Bukan lagi tenang, lagi sayu sedih ada laa ! Betul jugak setiap ayat yang tersusun daripada artikel iluvislam.com nih ( sebab tu aku sayang sayang sayang sangat kat website tuh !! ) Betul la, dulu doreamon sekarang harakah ( siot jea majalah cleo, aku ingatkan majalah bende sekali google - ing macam haram gambar yang kuar =.= ) Kena MATANG at first, jaga emo paling tak tahan tanggungjawab dan masalah yang perlu ditanggung. Bila aku fikir dalam - dalam, kaitkan balik dengan kehidupan seharian, OMGeee, aku risaukan hal duniawi ? #.# Okay, memang aku pening sekarang ini pasal MARA dan Nottingham. PILN or PIDN ? Posto bila nak sampai ? Kalau dapat sana, macam mana kehidupan U yang orang cakap cambest ? Soalan yang gerun diutarakan Ezyana adalah - " rasa cuak memikirkan siapa yang bakal menjadi roommate aku " blank otak aku baca status dia -.- Kalau baik okaylaa, nie kalau tak sekepala ? Aku serius cerewet dalam banyak hallllllll~ Adoi, kena batang hidung sendiri laa jawabnya. Tak apalah, tuhan maha mengerit, mungkin ini caraNya berikan penjelasan, the rest aku sendiri selesaikan, once the bleeding starts, the cleansing can begin rite ? :) 


P/s : 

Interview last aku, temuduga Felda. Wish me luck peeps~

8 comments:

  1. pehhhhhhhhhhh,stylo bai.hbat hbat.

    ReplyDelete
  2. wah..anyway GoodLuck ya!!Klu de rezeki InsyaAllah dpt..Do your best ya!

    ReplyDelete
  3. All da besh.. moga rezeki awk nk gi oversea dtg dr felda..:D

    ReplyDelete
  4. dpt mara yer?sama2!!!
    tapi tak sma tempat:):D

    tahniah2!!!!
    tue pidn ke piln yer?

    ReplyDelete
  5. owh, entah..ade yg ckap pidn, ade yg ckap piln.. well, consider pidn jela,haha

    ReplyDelete
  6. Minta izin copypaste entry ni ye :) All the best. Semoga menjadi Ir. yg dihormati and always perjuangkan islam.
    Doakan sy for interview kejuruteraan perancis under jpa 17 april ni ye. Saya baru 18. thanks sebab share macam macam kat blog ni. Satu malam jadi stalker tak bertauliah. haha. ^_^

    ReplyDelete