Thursday, June 2, 2011

Pengalaman.

Assalamualaikum.
Mood : Relax~
Music : Lee DeWyze - Beatiful Like You :)

Pengalaman ? Wah, kalau zaman bangku sekolah, ini dikira skop BESARR :D Tak delah, aku nak cerita sedikit pasal pengalaman aku temuduga ( interview ) Felda Global Group Scholarship Awards bagi tahun 2011. Aku nak tulis sikit pengalaman aku memandangkan aku dahulu cuba cari pengalaman pelajar tahun lepas, tak jumpa langsung kat internet. Puas carian google aku bodek -,- Naik berpinar jea mata aku,hehe Secara ringkas, pemohon kena print borangnya dan hantar dokumen - dokumen yang diperlukan ke HQ Felda, memohon secara atas talian / ONLINE tiada :) So, posto laa jawabnye,hehe



Tadaaaaaa ! Holiday Villa Alor Setar. Bukan nak ajak korang bercuti kat sane -.- Sebenarnya, dalam biasiswa Felda Global, ada dua saringan. Saringan pertama kat beberapa lokasi memandangkan daripada beribu yang memohon, cuma 300 sahaja yang layak ke saringan pertama. Oleh sebab ramai, tu laa pasal interview dia kat merata - rata tempat. Ada yang kat Alor Setar ( tmpt aku leee tu..kat Holiday Villa Alor Setar ), Terengganu, Johor dan yang paling banyak Kuala Lumpur. Bermula pukul 8.30 sehingga 1 pagi. Kalau rasa tak sarapan pagi lagi masa pagi sebelum temuduga, datang awal ke lokasi temuduga korang. Makanan diberikan ! Ehem, kalau tempat temuduga hotel, makanan sedap - sedap laa yang korang dapat kan ? Tak gitu ? Hehehe, aku melahap sandwich bebanyak, dengan tea'O. Dapat tea'O panas tue, perghh.. rasa lega, tenang sikit fikiran.

Dalam saringan pertama, terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama, ada dua ujian. 

  • Ujian pertama, streessssssss =,=        Soalan english and maths, both involves critical thinking. Nama ujian inggeris tu, kalau tak silap critical verbal thinking kowt. Ada dalam 35 soalan kena jawab dalam masa 45 minit. Lebih kurang soalan EST, kena kuat pemahaman selain variasi ayat bahasa inggeris. Jawabnya mudah, nak faham laa susah. Berbelit gila soalan dia, in fact, aku tak suka sangat sebab setiap soalan ada jawapan = all above are true. Naye -.-
  • Ujian kedua, matematik.. tajuk dia, tak ingat,hehe Yang aku tahu, ada ayat " critical " kat tajuk dia, psycho habis =.= Ada dalam 35 soalan kena jawab dalam 38 minit, amekaw ! Soalan tersebut, masyaAllah, advance, memang kalkulator amat diperlukan, tambahan pula pemohon kena pakar dalam interpret data kerana semua soalan berdasarkan variasi statistik, gambar rajah atau data yang diberikan. Pandai - pandai leee kome hidup.

Bahagian kedua aku suka, temuduga secara berkumpulan :D 

No need to worry, the interviewers were nice and kind. Best best. Masa mula - mula masuk, macam biasa. Kena perkenalkan diri. Owh yea, lupa nak beritahu, ada 5 orang sekali dalam kumpulan korang. Masa perkenalkan diri, cuma perlu beritahu pasal butiran keluarga sahaja. Dah selesai, korang akan diberikan tugasan secara berkumpulan. Ada satu senarai dalam sehelai kertas, ada dalam 8 tajuk. Dalam 8 tajuk, ( for sure english ), kena pilih satu. Hey, capub laa sikit masa nak pilih tajuk nie. Jangan diam dan ikut sahaja kata sepakat orang lain. Kata, " nak jual " diri~ Dah pilih, bincang - bincang dalam 10 minit tajuk korang sebab akan buat persembahan tajuk korang tu kat depan para penemuduga tadi. Dan masa ini jugalah korang akan dinilai, capub laa sikit masa bentangkan tajuk korang. Nak kata cuak, masa tue pun aku cuak jugak. Pasal pollution aku boleh pulak tiba - tiba tersebut " colgate " =_= Tak ke gila macam tu -,- Dah selesai, pembentangan, panel suruh duduk, dan cakap kat korang terima kasih sebab datang dan korang dah selesai, boleh balik :D Aku suka la, sebab dapat jalan - jalan kat Pekan Alor Setar.. pegi Pekan Rabu, makan makanan orang utara, paling best dapat cakap loghat utara, memang keluaq habih :P Awek kedah pakai tudung bawal kena baju kurung mengancam wooooooooo O.O

Saringan kedua.

Kalau dalam Mentor, ini kira penghabisan laa temuduganya, memang kena buat yang terbaik lah gua cakap. Korang akan dapat panggilan, beserta email sekali. Tempatnya hanya satu, HQ Felda kat Jalan Semarak tu :)


Make sure laa korang stay kat hotel berdekatan sebab aku yang selalu pergi sana pun boleh terlepas pandang jalan. Kat KL, sekali terlepas, berkilometer lah korang kena cari jalan nak patah balik, dahlaa hujan lebat pagi tue, dengan jam lagi, haihhh.. Sabor jeleee~ Saringan kedua ini, ada dua sesi. Sesi pagi dan sesi petang. Ikut lah apa yang tulis kat email korang. Kalau kata pagi, sesi pagi lah korang dan sebaliknya. Macam biasa, kalau lapar, relax, Felda D'Saji support sarapan korang pagi tu,hehehe Nak teh'O boleh, tea boleh, kopi tiada,haha. Air mineral ada :) Asyik sebut pasal makanan jea aku nih -.- Okay okay, aku kalau dalam senarai temuduga, orang kedua yang tersenarai. Oleh sebab orang pertama tak datang, atau mungkin belum sampai lagi, aku lah orang pertama yang merasmikan temuduga Felda Global Scholarship Award 2011 :/ Siapa tak kecut perut, dah laa orang - orang besar yang bakal korang kena tanya. 

Tapi thanks to..err.. lupa lah nama kak tuh. Sebenarnya, orang yang telefon korang suruh datang temuduga pada hari itu pun ada sekali pagi itu. Dia akan membantu korang, cuba me " relax " kan korang, jemput - jemput makan, hehe. Puan Hanna pun ade, Kak Wati..dan ada lagi sorang, tapi lupa. Senang cerita, panel temuduga saringan pertama korang tu adalaa masa pagi tu. Like I said, they are nice and kind :) Aku lega sikit sebab mereka beritahu, panel datang ke bilik temuduga tu.. Dan tiba - tiba diorang cakap nak tukar konsep, nak temuduga secara firm and friendly, maksudnya, korang akan duduk semeja dengan interviewers :) Lagi best laa kalau nak banding temuduga MARA haritu, paling aku takut, temuduga YTN, cuak gila ! :s 

So, sebagai orang pertama yang ditemuduga..dalam 45 minit jugak laa aku duduk dalam tu, orang lain dalam 20 -30 minit -.- Tapi aku respect gila panel tu, ( ada 5 orang panel - semua pangkat besar dalam Felda ) sebab mereka yang hulur salam dahulu kepada aku ! Ya Allah ! Aku pula yang jadi segan. Ikutkan temuduga sebelum ini, tiada pula yang macam tue, malah korang duduk jauh pula dengan panel. Salute lah beb Felda ! Soalan dia random, so nasihat aku, be honest to yourself :) Masa aku kena temuduga, macam - macam laa aku cerita...cerita...cerita dan cerita.. dan jadi anak k/tangan Felda ada advantage juga laa sebab aku tahu sikit - sikit pasal Felda tapi ingat, biasiswa bawah Felda Global tiada qouta langsung untuk anak Felda ! Memang terbuka kepada semua kaum, sebab biasiswa Felda Global lain dengan biasiswa Felda Dana Khas. 

Soalan yang mungkin  / common ditanya kat semua orang ( termasuk aku haritu ) :

  • Apa yang korang tahu pasal Felda ?
  • Kalau dihantar ke outstation ke HULU, sanggup tak korang ?
  • Korang dah apply biasiswa apa ? Biasiswa apa yang korang dapat ?
  • Prospect pekerjaan korang dalam Felda selepas graduate macam mana ?
  • Kenapa minat bidang yang korang mohon ?
Lastly,
  • KENAPA MINAT BIASISWA FELDA ?

Aku ada kawan, soalan pertama dia kena tanya.... " asal pokok kelapa sawit datang daripada mana ? " Hahahaha, aku pun terkejut dengan soalan yang kawan aku kena. Jawapannya aku tahu, yang aku terkejut sebabnya masa aku kena temuduga, takde lah sampai nak tanya soalan yang memang fakta habis macam tue. Nak cakap kat sini, soalan memang random, ikut nasib, ikut mood temuduga juga. Macam biasa, sebelum habis sesi temuduga, korang diberikan ruang untuk bertanya satu soalan. Macam En. Ramli cakap " any question ", so tanye jelah apa yang terlintas kat minda korang :D. So, good luck :)







P/s : Tahun 2011, daripada 30 orang yang dapat ke saringan kedua, hanya  5 sahaja yang Felda akan pilih. Kalau dapat, korang akan ke KYUEM ambil A-Level dan prep ke UK. Bagi aku, temuduga Felda ini memang best, friendly, siap kasi duit tambang kowt. Aku enjoy temuduga, siap sempat lagi gelak - gelak dengan panel, nampak laa walaupun jawatan mereka besar, tapi mereka tetap tak pandang remeh kat kita, dan yang paling penting, mereka tak buat korang stress, rasa tenang dan relax dalam bilik tu :) Tapi, kalau sebut Felda. Memang ramailaa yang taknak, katanya tak se " vague " biasiswa syarikat - syarikat lain. Aku nak sebut pergi temuduga Felda pun aku segan :/ Dah diberi peluang, kenalah aku buat yang terbaik, kan ? 

8 comments:

  1. best gila interview felda kau. x macam khazanah. nak menangis rasa.

    ReplyDelete
  2. haha, cool haziq.. at least ko dpat gak 2nd stage,hoho bkn sng tuh =_=

    ReplyDelete
  3. wah.. syoknye.. all da besh..:)

    p/S: psl xde on9 la intan x isi yg felda nie..

    ReplyDelete
  4. oyoo patutlah kau dpt anak pegawai felda...

    ReplyDelete
  5. as-salam...
    tumpang lalu n tanya~
    i got the 'penilaian n tmudga' felda 4 this year; 2012..
    emm nk tnye mse ujian pnilaian tu, dia lbih kpd IQ test k?? then, mse intrview yg ade kne diskus tu, tjuk yg dberi biasenye current issue @ psl felda @ bdang yg kita nk??

    kirenye klu kta lulus pringkt zon, brulh intrview 4 the 2nd kt HQ felda plak?

    * i really need ur help!!

    ReplyDelete
  6. @anon : bukannya...kn dah mention, jadi anak k.tgn felda atau x, xde effect kat quota pun.

    @aimi : waalaikumsalam. Mula dengan english, Verbal test. Kaw - kaw punya english. IQ test tu, more to math kowt. Sebab diorg guna math out of spm syllabus.. raseny math utk marketing/business jea tu. engineering atau biotech x effect kowt.

    tajuk ? Semua ada. kalau dulu ambil subjek EST, kacang jelah nak jawab diskus pny tu sbb apa2 pun kena berlandaskan fakta

    yeap, lepas zon baru HQ. dalam beribu, berdoalah agar dapat dalam 30 pula then the chosen 5. usaha berdoa dan bertawakal kepada Allah yea :)

    ReplyDelete
  7. ohh..mcm tu..btw is it the objective @ subjective ques??k mix?

    kirenye most ques out of spm syllabus la ni?
    hurm...nway, syukran jazilan ya akh!!
    jazakallah khaira jaza'
    please make dua 4 me too!! :)

    ReplyDelete