Wednesday, May 25, 2011

Kongsi cerita # 1 : Perabut baru :X

Assalamualaikum.
Mood  : Energetic, :D
Music  : Panic At The Disco - The Ballad Of Mona Lisa


Hohohoho, aku rasa semua yang baca yang ini mesti pernah sekali / banyak kali ikot mak ayah beli perabut baru. Huhu, aku mengaku aku pun seronok ikot mereka masa beli perabut baru ! :D Okay, meh laa aku cerita sikit malam ini, bosan pun tak tahu nak buat apa -.-'' Rumah dah siap bina, cuma dalam kosong lagi, tiada perabut tiada perhiasan. Kalau jerit dalam rumah masa itu kompom bergema,hahaha. Tapi mak aku lain sikit, beliau tak nak perabut lama masuk kat rumah baru, nak biar jea kat rumah lagi satu. Maknanya, rumah baru perabut pun baru -.- 

Yeah, berpuluh ribu jugak lah duit hilang selepas satu per satu perabut datang ke rumah ==' Seronok memang seronok, baru, lawa, paling aku suka sebenarnya, tak ada habuk, tak kotor. Yela, perabut baruuuu~ Hehe. Satu jea masalah yang aku tak suka gila gila gila, BAU PERABUT BARU T.T  Tak tahan kowt tiap tiap hari nak bau bahan kimia kat perabut nih ! Bau itu kemungkinan besar datang daripada bau cat mahupun syelek yang dikenakan pada permukaan perabut itu. Biasalah kalau kekemasan dikenakan pada perabut, bau bahan kimia daripada cat ataupun syelek menjadi kesan buruknya. 

Aku sendiri rasa bermasalah nak tidur dengan bau perabut tersebut, memang tak suka habis lah aku cakap. Dah laa menusuk hidung baunya, rasa rimas gila berada bilik yang terperap dengan perabut baru. Lagi - lagi kalau perabut diletakkan di tempat yang kurang pengaliran udara yang baik, macam pfffff. Berbulan - bulan nak buang itu bau ! :O




Segala masalah ada penawarnya melainkan mati. Datang masalah, pandai - pandai lah kita selesaikan, kannnn ? Dah ada carian Google, taip jea apa rintihan hati korang *ecece, nanti pandailah Pak Google tolong korang,huhu. Aku baru taip, " NEW FURNITURE " terus keluar carian cadangan oleh Pak Google, NEW FURNITURE SMELL. --' Hebat gila teknologi sekarang sampai tahu apa masalah kita, haha. Aku dah baca sedikit artikel, cara nak buang bau perabut baru hampir sama jea cara aku buat dulu. Waktu siang, eloklah buka tingkap luas - luas supaya pengudaraan yang baik. Pengudaraan yang baik serba sedikit dapat mengurangkan bau walaupun memakan masa yang lama. Setidak tidaknya pun, tak lah korang lemas dengan bau itu. Seperti kita sedia maklum, pokok memaikan peranan dalam kitaran oksigen/udara di sekeliling kita. Jadi tak salah nak letakkan beberapa pasu bunga dalam kawasan hot spot bau tersebut, tapi tak logik lah kalau nak bercucuk tanam terus dalam rumah -.- Dah tension sangat, kowt banyak duit, belilah febreez *winkwink. Ejen penghapus bau ini langkah terakhir lah kalau dah tak tahan sangat nak bau bahan kimia tu. Tapi, aku tak pakai febreez, pakai jenama ape entah, cuma baunya mountain air. Terbaik and smells good :)

Fakta : Bau durian dikelaskan sebagai busuk -.-'

1 comment:

  1. tau x..kalau letak mangkuk berisi aku kat tgh2 bilik tu..boleh hilangkan bau...

    tp aku rse mcm terlambat komen je.. tah2 bau tu dah hilang dah pon..hehe

    ReplyDelete