Sunday, May 15, 2011

MARA esok ?

Assalamualaikum.
Mood : Kenyang ~
Muzik : fly fm online - currently OMG - usher :)


Bumi Malaysia pada hari Jumaat lepas telah digemparkan dengan keputusan biasiswa Jabatan Pertahanan Awan ( JPA ) bagi Program Ijazah Luar Negara ( PILN ) mahupun Prgoram Ijazah Dalam Negara ( PIDN ). Sebelum keputusan keluar pukul 5.00 petang, macam - macam lah status kat Facebook aku jumpa pasal JPA. Doa macam - macam, keluarlah ayat berbaur tawakal - that's good isn't as we're just a humble creation to the creator, cakap tak percaya keputusan akan keluar hari tersebut memandangkan dah banyak kali tangguh,haha dan tak blah, sujud sambil skype kat masjid - credit to Haziq hawau :PP

Oleh sebab aku tahu serba sedikit cara nak godam ( okay, kalau aku cakap hack sedap sikit kowt bahasa :/ ), aku tawar laa diri nak tolong kawan kat luar sana untuk periksa status JPA mereka. Allhamdulillah, semua aku check dapat tajaan JPA :)) Tapi, pelik sikitlah. Ada yang minta luar negara tapi dapat dalam negara. Dah laa dalam negara, tajaannya pula sampai peringkat asasi, setahun sahaja biasiswa. Jujurnya, masa aku semak keputusan kawan aku tu, sedih jugak laaa.. TAK DAPAT PERGI LUAR NEGARA !!! Dapat tajaan asasi pula tu, kalau sampai habis buat dalam negara boleh laa diterima lagi, huhuhu sedih kowt :( Aku siap semak ulang - ulang kali, kut laa kalau tersilap baca data ke, tetapi tetap sama. Huh, aku bukan apa, cuma takut aku macam tu jugak T.T Aku nak sangat sangat sangat pergi FRANCE belajar AEROSPACE kat ISAE !!!

Terlebih emo lak -,- Apa - apa pun, aku nak ucapkan tahniah kat Patriot yang dapat tajaan JPA :D Dan, tak lupa juga kat kawan 5 Bestari, tak silap aku 5 Bestarian yang apply JPA semua dapat ! :DDDD Semua luar negara pula tuh !!! Kecuali epy - sebab memang dia minta PIDN, ikut cakap mak kowt. Okay, anak yang baik :)

Senarai kawan 5 Bestari yang aku dapat tahu - 

1. Syazwan Naseh aka Buncit :P  - Aussie
2. Fazru Naquib !  - Ireland eh ?
3. Zairul Anwar :) - Poland
4. Amirul Faiz aka KEDAH ! :D  - sama ada UK, US, NZ, Aussie atau Canada
5. Haziq Asyraf aka lahabau :PP - Dublin, Ireland
6. Fahmin aic :) - India mari !
7. Iqbal Roslim TKP ASiS - dia dapat, tapi pilih biasiswa PETRONAS :) - UTP
8. Afiq Sazlan  apekk!!! - Ireland
9. Nahar nahau !!!! :P - Jordan
10. Hanafi Shamsi - member baik nih :') - Universiti Malaya
11. Hyder Hamzah - 10A+ takkan tak dapat,haha - Ireland kowt ?
12. Hakim lembu :P - India


Lagi 18 orang, MARA kecuali Arman Shukri dapat biasiswa Bank Negara, :DD



Tak kesah laa korang dapat mana - mana universiti, asalkan kita bergerak sebagai PATRIOT, sebagai OASIS. Tak kesah laa korang tercampak kat mana - mana bahagian muka Bumi ni, hidupkan lah misi ASiS - menzahirkan pemimpin bertaraf dunia :) 

Go Patriot, make a remarkable move to the world. 

p/s : doakan MARA aku dan rakan - rakan aku :')

3 comments:

  1. hahahah gogo dak ASIS. kui3~ ko mesti cuak gaban nih HAHA. sume da dpt, ko tah mana kne campak. kui3~ all the best :3 moge2 ko dpt mana yg ko nak la ^^

    ReplyDelete
  2. JPA is jabatan perkhidmatan awam la.... bkn pertahanan

    ReplyDelete
  3. aku baru perasan ada nama aku gak dalam ni. haha

    ReplyDelete