Wednesday, May 11, 2011

Nak jadi juruterbang ( PILOT ) ?

Assalamualaikum.

Mood : Rungsing lepak dengan deme, McD Pengkalan nih -.-'
Muzik : Iklan kat TV,RADIO McD, haha



Okay, sejurus sahaja aku melawat satu - satunya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Ipoh ( nanti aku post entry pasal Lapangan Terbang Ipoh yea, tengah kumpul bahan lagi nih :))  ) , aku, Farid, Idzhar, Hazmi dan Faizal bergerak ke Integrated Aviation Academy yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Ipoh sahaja, tak jauh. Sebenarnya, tujuan aku bersahaja jea. Nak tahu cara - cara menjadi kadet / juruterbang / PILOT secara sah dan kalau boleh nak tolong laa si Faizal, dia beria sangat nak capai impian dia tue, cuma caranya aku tak tahu. Dah alang - alang sampai ke kawasan situ, ate.. bergerak lah kite ke akademik itu :) 



Memang tiada dalam peta lokasi akademik itu, jadi yang aku tanda MERAH kat peta tue merupakan lokasinya. Sebelum nak sampai lapangan terbang pun ada papan tanda BESARRR pasal akademik nih :DD


Setahu aku, Integrated Aviation Academy merupakan satu - satunya pusat institut latihan penerbangan kat Ipoh dan seterusnya negeri Perak. Pernah juga aku mencari bahan dan maklumat mengenai akademik penerbangan ini dalam internet, namun tak berhasil :( Kiranya, harapan entry aku kali ini dapat membantu siapa - siapa kat luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut pasal akademik ini,  :DD

Ehem, mula - mula teragak - agak juga nak masuk. Aku pun tak pasti mana pintu masuk utama sebab tiada papan tanda akademik kat pintu pagar berhampiran. Kebetulan pula ada beberapa kadet yang gayanya masih belajar di sini, masuk lalu pagar kecil di kiri pagar besar, lalui suatu lorong yang menuju ke sebuah bangunan. Aku dengan Faizal melangkah kehadapan, meninggalkan yang lain - segan kowt mereka. Biasalah, kalau orang luar datang, kena tahan dengan pengawal keselamatan. Jadi, terus - terang sahajalah apa tujuan korang datang ke tempat persendirian tue. Alasan aku,

" Kami nak tanya pasal kemasukan kadet baru kat orang pejabat boleh bang ? "

Bagi kad pengenalan, dah boleh masuk. Tak susah mana kalau ada usaha kan. Lepas sahaja pondok pengawal, aku bertukar pandangan dengan Faizal, mana nak pergi nih ? Tanpa arah yang pasti, kami jalan perlahan ke bangunan berdekatan, ternampak seakan pejabat tapi.. macam tiada orang. Haishhh, jalan lagi.. muka dah tercengang - cengang tak tahu apa - apa, alah lebih kurang bagai rusa masuk kampung lah katakan. Dan.. dari jauh makcik kontraktor kelas F datang kat kitaorang...

" Adek cari apa nie ? "

" Err, kami mencari pejabat, nak tanya pasal kemasukan kadet baru. Boleh tunjukkan jalan ? "

" Owh, mari sini.. Makcik tunjukkan orangnya terus "

Rupa - rupanya, makcik bawa kami jumpa terus dengan jurulatih akademik situ di kafeteria dia mana beliau sedang berbual dengan kadet yang kami baru jumpa di luar pagar tadi, macam berpangkat Kapten sahaja encik jurulatih ini, berusia, berbahu mantap dan perut sedikit hadapan - biasalah kalau dah berusia. Jangan main  - main pangkat Kapten nih, aku ada ikut PROGRES masa tahun 2007 di Melaka. Program itu bawa aku dan rakan - rakan ke Malaysia Flying Academic ( MFA ) di Batu Berendam, Melaka masa hari terakhir kem. Kata salah seorang jurulatih di situ, dapat pangkat kapten dah sah - sah gaji puluhan ribu. Kalau pencen berpangkat kapten tapi perkhidmatan diperlukan, gaji minimum RM 50 000 :O

Lalu, kami dibawa ke dalam pejabat dan diberi sedikit maklumat pasal cara nak masuk akademik. Meh aku cerita kelayakan, kebaikan dan keburukan nak jadi seorang juruterbang dalam bentuk isi, saja nak buat ringkas dan mudah difahami.

KELAYAKAN :
  • Sebenarnya, minima atau kelayakan nak jadi seorang juruterbang hanyalah lulus SPM dengan 5 kredit.
  • Kalau boleh, tekankan BAHASA INGGERIS, MATEMATIK dan SAINS masa SPM ( ini bagi pelajar yang masih di bangku sekolah bercita - cita jadi juruterbang yea.. )
  • Kena hantar surat ke.. Department of Civil Aviation, Malaysia
    No 27, Persiaran Perdana
    Level 1-4, Block Podium
    Precinct 4, 62618 Putrajaya, Malaysia
    Telephone: +603 – 8871 4000. Website: www.dca.gov.my

macam pelik kan ? Sebenarnya, surat kena hantar dahulu ke Jabatan Penerbangan Awan Malaysia. Beberapa butiran perlu di isi termasuklah pencapaian akademik ( SPM ) dan kita hanya perlu menunggu sahaja surat balasan daripada jabatan tersebut. Kiranya, dengan surat balasan itu, menjadi sebagai " surat besar " menandakan korang semua layak memasuki mana - mana akademik penerbangan di Malaysia ini. Macam kat gambar bawah warna biru ini, contoh surat yang hanya perlu isi sedikit maklumat peribadi dan terus boleh hantar ke jabatan yang disebut tadi.


  • Dah lepas semua pendaftaran, kena ambil medical check-up HANYA di beberapa hospital/klinik swasta yang disahkan oleh pihak akademik. Maknanya, tak sah laaa kalau buat medical check-up di hospital kerajaan.

KEBAIKAN :

  • CUMA mengambil masa 2 TAHUN nak dapatkan lesen penerbangan secara sah :)
  • Yuran boleh dibayar secara berperingkat mengikut fasa peperiksaan 
  • Belajar basic adalah pesawat one wing, nak advance helikopter, banyak pengalaman
  • Makin banyak belajar ( maksudnya, belajar one wing dan helikopter sekali gus ), lagi cerah peluang nak dapatkan pekerjaan
  • Ada simulator kat sini ( rasanya, mana - mana akademik ada simulator kan ? )
  • Mesti ada tenaga pengajar luar negara bakal mengajar korang nanti 
  • GAJI masyukk, bak kata jurulatih - biasalah 8 ke 9 ribu bagi yang baru habis belajar :DD
  • Kita bakal diajar cara berkomunikasi dalam BAHASA INGGERIS- kan nak roger sana roger sini masa nak mendarat dan berlepas kannnnn~

KEBURUKAN :

  • Err, bagi one wing - yuran paling murah adalah dalam RM 200 ribu -.-'
  • Nak belajar helikopter - yuran paling murah adalah dalam RM 400 ribu sebab nak belajar helikopter, kena belajar one wing dahulu
  • Kalau gagal exam ( satu paper setiap exam dan banyak exam sebenarnya ), satu paper RM600 sebab di import khas daripada United Kingdom - dia jaga kualiti nih
  • MARA dah tak bagi pinjaman / loan untuk course aviation / pilot.  FAMA laa jawabnya :(
  • Risiko tiada kerja ada ! Kalau pointer rendah laa.. JADI BUAT SUNGGUH - SUNGGUH !

Bagi aku, nak jadi juruterbang lebih kepada praktikal daripada teori dan sesiapa yang benar - benar minat, atau " dilahirkan untuk menjadi seorang juruterbang " tak susah laa pembelajaran ini, lagipun ia cuma memakan masa 2 Tahun ( macam ambil asasi jea ! O.o ) Tengok kan, muka - muka kadet yang aku jumpa, semuanya ceria - tak susah laa nanti kalau nak bergaul dengan kadet - kadet lain, jurulatih pula sedia membantu. Setiap kali kadet terserempak dengan jurulatih, mesti anak murid tue sebut " KAPTEN " dengan nada hormat. Secara mudahnya, aku buat konklusi adab hormat menghormati sesama satu sama lain itu ada laa.. Mungkin kewangan menjadi faktor penolak utama, tapi cuba lah usaha demi minat. Kan minat kita ini akan digunakan hampir 40 tahun, takkan nak buat sesuatu yang kita tak minat selama 40 tahun kan ? Bayar memang mahal, tapi cuba bayangkan bila dah kerja balik. Tak mustahil nak bayar balik kalau mula kerja dah nak masuk RM 10 ribu :))  Antara akademik yang terbaik pula, di Kota Bharu ada satu. MFA tidak kurangnya. Kalau beruntung, Air Asia dan MAS malah Singapore Airlines datang ke tempat akademik, cari kadet yang boleh mereka taja. Kita habis belajar terus kerja dengan syarikat besar ini ! Kata akhir aku, usaha tangga kejayaan :)

P/s : aku minat jadi pilot dulu, tapi nak lagi advance. tuu sekarang aku minat aerospace :)

92 comments:

  1. yayasan perak xde tawar biasiswa utk jd pilot ke?? sebab kalo yayasan terengganu ada..jadi, x perlu la b'gantung ngn fama..

    ReplyDelete
  2. Salam . Nak tanya bagi pelajar yang ingin jadi PILOT, kena masuk aliran Sains Tulen saja atau pilih mana mana asalkan ada subjek BI, MATH dan SAINS ??

    ReplyDelete
  3. @intan : terenggau kan kayooo.. boleh lah tanggung rm200 sorang -,-

    @chacha : W'salam, BI dan MATH tu wajib bagi mana-mana aliran kan ? Cuma..Sains di sini bermaksud subjek Fizik..Sebab Fizik tu digunakan dalam simulator.. dalam pembelajaran.. ada kira-kira mendarat berlepas keberangkalian pun ada.. jadi.. pilihlah Sains yang menjerusmus kepada Fizik

    Nak advance, ambil Add Math sekali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yew coz in physic got a topic related with aerodynamic which is bernoulli principle

      Delete
  4. oh macam tu . faham faham . terima kasih :D

    ReplyDelete
  5. bergelora hati ni ingin terbang diangkasa..!!

    ReplyDelete
  6. aku suka entry ni...aku pernah apply tahun 2008 dulu..masa tu aku dah habis SPM..aku dapat masuk..tapi sedih ye lah yuran dah lah cecah ratusan ribu..parents aku tak mampu..jadi ayah aku x bagi..sedih jugak lah..nak buat camner..kalau mampu boleh je masuk..bukan susah pun, janji lepas SPM..

    ReplyDelete
  7. @cha cha : sama sama :)

    @kay : amboi, haha

    @tehkopi : betul tu. tapi, macam biasa, penolak utama adalah faktor kewangan. Jangan risau, atau sedih. Kan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya ? :)

    ReplyDelete
  8. tumpang tanya, macam mana nak register untuk masuk, dengar2 aviation ni tak mengambil pelajar lagi?

    ReplyDelete
  9. cuba melawat dan jumpa terus pejabat tempat ini

    ReplyDelete
  10. Kalau saya dah ade ijazah Bisnes , ade peluang ke nak dapat PPL (private pilot license) atau CPL (commercial pilot license) ?

    ReplyDelete
  11. kalau saya jadi macam kak, saya gunakan ijazah Bisnes untuk kerja terus :P

    Rasanya, kelayakan kembali kepada orang umum. Minimun lulus SPM 5 kredit tu. .

    ReplyDelete
  12. SPM 7 KREDIT.tp x termasuk fizik,kimia.nak apply PPL...dah ada diploma tourism.tp rasa nk amek course PPL pulak.sbb da keja kat airport n timbul minat nk jadi pilot...cm ner nak apply ya..hihi.any comment?

    ReplyDelete
  13. ermm rasanya, kelayakan kembali kepada orang umum. Minimun lulus SPM 5 kredit tu. .

    ReplyDelete
  14. salam..nk tnye..ketinggian yg layak bp??

    ReplyDelete
    Replies
    1. minima 160 cm (5kaki 4 inci )

      Delete
  15. ketinggian ? aha, entah lah. ada jea kadet yang lebih rendah daripada aku masa melawat tempat itu. waktu itu, tinggi aku dalam 165cm

    ReplyDelete
  16. klw ketinggian 140???

    #ad hati pulak nk jd pilot ^^'

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. rasanya tak lepas kehendak fizikal

      Delete
  17. if saya ada rabun silau sikit macam mne???x bole jadi ke??

    ReplyDelete
  18. anon : err. . rasanya kena tinggi lagi

    @farhain : silau boleh lagi, kalau teruk sangat jea direkemenkan buat pemedahan mata

    ReplyDelete
  19. pilot wannabe hahahaNovember 19, 2012 at 10:45 PM

    Errr,tanye sikit bro,agak2 butiran ape nak kene hantar tu eh?

    ReplyDelete
  20. kalau nak apply pilot course luar negara , perlu kelulusan DCA malaysia lagi ?

    ReplyDelete
  21. @pilot wannabe : ambil dahulu borang tersebut, kat situ ada requirements

    @anon : err.. maaf, itu tak pasti. cuba tanya pada kapten pilot di akademik

    ReplyDelete
  22. tumpang tanya...kalau rabun masih boleh sertai ke..?

    ReplyDelete
  23. @muhd : maaf, rasanya fizik itu amat diperlukan.

    @faris : rabun tu ada had dia. Kalau teruk sangat rabun, atau rabun yang tak lepas requirement dia, boleh buat laser operation. Itu pesan kapten.

    @leyna : rasanya tiada haha cuba check

    ReplyDelete
  24. macam mana nak ambik borang tu??

    ReplyDelete
  25. bro, ada fb or twitter x? nak sembang sikit psal kejaya nihh.. anyway, kalau spm result dapat BI A-,MATH A+,FIZIK B,ADDMATH B+, boleh x?

    ReplyDelete
  26. Salam , Nak tanya peluang unutk perempuan jadi pilot cerah ke tak ? Sebab orang selalu kata perempuan susah nak jadi pilot sebab dia pentingkan lelaki dari perempuan .

    ReplyDelete
  27. @Teddy : kena ambil di pejabat rasanya

    @anon : result boleh lagi kowt, cuba tanya pada mana mana insitusi penerbangan

    @ habibah : w'salam. Ada quota perempuan lelaki diberitahu dahulu. Tapi, kalau nak belajar piloting, tiada masalah.

    ReplyDelete
  28. bestnye nk jd pilot gakkk....tp aku aku nh pompan bdn tough..HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  29. Hopefully 1 day i will and will...

    ReplyDelete
  30. kalau stpm saya ambik subject ekonomi,pengajian peniagaan and geografi dapat tak apply cadet pilot?

    ReplyDelete
  31. fatihah : tough pun bolehhh

    anon : insyaAllah

    anon : gunakan keputusan spm.

    ReplyDelete
  32. kn kt atas tlis klau pointer rndh,mybe ta dpt keja..klau nk amek blik exam tu,cmne?? bleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, asalkan cukup kredit insyaAllah boleh.

      kalau tak cukup kredit, kena resit SPM dulu sebab kelulusan SPM adalah requirement dia

      Delete
  33. Pas habis spm....terus ambik Borg n Tunggu jawapan Dari DCA ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik tunggu keputusan SPM dulu :)

      Delete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. kalau spm pas 5 kredit bi ok sbliknya math x mcm mana 2 blh join x academy 2? Please get me a feedback at supiangbinsamsudin@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Slm..sye bru form 4..tpi masuk klas akaun.. 1 masalh..sbb xde fizik..nk tanye.. fizik tu susah ke... sbb.. sye da hantar borang..nk tambah subject fizik even dlm klas akaun.. harap2 surat permohonan tu diterima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam

      fizik tu senang, sebab hanya perlu faham konsep sahaja.
      Lakukan latihan berkala, insyaAllah mampu kuasai subjek tersebut.

      Moga apa yang diusahakan tu dapat yea

      Delete
  37. sye cume nk tnye..mne satu yg kene ambik dlu ppl ke cpl ???saya tk fhm tlong trgkn...lgi satu skolh pnrbgn mne lgi yg kite boleh ambik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPL ? CPL ?

      Maaf, lupa sudah term tersebut. Mungkin carian google dapat membantu.

      Di Melaka ada sekolah penerbangan terkenal

      Delete
  38. Sya nak tanya, hari tu sya terbaca artikel pasal kelayakan menjadi kadet pilot utk mas tp artikel tu pd tahun 2011. Dlm artikel tu tertulis "lulus spm dgn kepujian dlm subjek bm, bi, maths, fizik or sains am di dalam satu peperiksaan". Sya dpt A dlm subjek bm and sains am, dan sya juga dpt B dlm maths and bi. Sekiranya seseorg yg repeat spm, adakah dia boleh menjadi pilot utk mas atau mana2 syarikat penerbangan yg lain? Sya bertanya soalan ni kerana sya keliru dgn ayat terakhir dlm artikel tersebut iaitu lulus kepujian di dalam satu exam.

    ReplyDelete
  39. lebih baik merujuk kepada kehendak semasa, entry ini pun sudah bertahun lamanya.


    Tanya dahulu sebab mana tahu dengan result sekarang boleh jadi kadet pilot tanpa perlu repeat spm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan sya. Sya bertanya soalan tersebut kerana kawan sya repeat spm dan ingin menjadi kadet pilot. Keputusan spm yg sya sebutkan di atas adalah keputusan spm sya. Pada pandangan awk, adakah sya layak utk menjadi kadet pilot dgn result spm yg sebegini --> bm dan general science A,maths and bi B, add maths dan ekonomi asas hanya pd peringkat lulus shj dan yg subjek selebihnya dpt B+.

      Delete
    2. kalau rasa betul betul mampu dari pelbagai aspek diri, jasmani, kewangan. . "follow your dreams, reach for the stars"

      Delete
    3. Terima kasih byk2 kerana membantu sya dan kawan sya. Semoga Allah merahmati awk.

      Delete
    4. Sama sama, semoga berjaya.

      Delete
  40. Nak jadi pilot kena ada basic fizik je ke or kena ada add math sekali

    ReplyDelete
  41. Kalau nak jadi pilot tapi lepas stpm boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, thanks, tapi nnti dia mnta result spm ke stpm ye

      Delete
    2. either way will do asalkan ada subjek yg pihak akedemik perlu

      Delete
  42. Dokumen tu kna hntr kt DCA ke atau tmpt yg kte nk mntk

    ReplyDelete
    Replies
    1. DCA terlebih dahulu, dapat reply baru hantar ke akademik pilot

      Delete
  43. kalau spm 2008 dulu tu kn fizik x krdt..bole ke reseat balik tuk paper tu tuk tahun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, boleh rujuk dekat sekolah and keep up to date

      Delete
    2. la ye kew?xtahu pulak..klu x da lme reseat..hahaha..brp byk paper yg leh reseat?

      Delete
    3. cuba tanya pihak sekolah

      Delete
    4. owh ok..thnks..tp kn..sekolah yg kita amik SPM dulu tu yer?bole x buat kt sekolah lain?

      Delete
  44. saya ada terbaca artikel tentang kadet pilot airasia pengambilan 2013.dia kata kalau dr sc stream,result at least fizik,math n bi A- tp utk art stream general sc,bi n math A-..jd apa mksud nya??adakah pljr bukan sc stream pun boleh join kadet pilot??thanx

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya dia mahukan pelajaran wajib adalah Math dan Bi adalah A-

      Kalau ambil Fizik, kena A-
      kalau ambil General Sc kena A-

      So, paling kurang kena ada 2 subjek wajib + 1 subjek pilihan (Fizik atau G Sc)

      Delete
    2. ohhh..begitu..terima kasih :)

      Delete
  45. Saya 14 thn..saya sgt ingin menjadi pilot..tapi..saya x phm ..sama ada saya kena kena ambil spm kelas ape..please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil kelas yang ada

      1. BI
      2. ADD MATH atau MATH
      3. Fizik atau general science

      belajar sungguh sungguh untuk dapatkan A

      Delete
  46. Salam..pembayaran boleh byr ansur2 ke ? Total byrn smpai dpt lesen atpl brpe ek?? Lgi satu betul ke rmai pilot skrg ni xde kje ?? Hope dpt mbntu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terpanggil untuk reply. Tunang sy pilot. Dia dapat loan mara untuk ambil CPL di flying school ipoh ni la (Cuma sekolah ni dah tutup sekarang). Pembayaran boleh secara ansur-ansur ikut stage yang kita tengah buat. Bab tak dpt kerja tu, very true. Dia dah 2tahun menganggur, kerja di Philipines pun pernah di sebuah airline company baru tapi balik ke Malaysia sebab dapat MAS. We have tried so hard untuk dapatkan dia kerja sebab kebanyakan flying school is a company so their aim is of course to get profit. Jadi ratio cadet pilot dan pilot employment tak seimbang dan memang masih ramai yang menganggur dan DCA sendiri tak kawal benda ni. Cuma if you have "orang dalam" in any airlines, that would be an advantage for you lah. Macam kami ni rakyat marhaen, memang nak dapat kerja sangat susah. Saya sendiri dah turun naik MAS/Airasia/Malindo/Firefly/Maswing dan hantar resume tunang dan buat muka kesian (sebab dia di kampung dan sy duduk di KL). Finally, he got a call from MAS. Alhamdulillah. Kalau ada cita-cita untuk jadi pilot tu, nasihat saya kalau boleh dapatkan lah degree dahulu, kemudian boleh apply utk amik CPL. First, because chances to get work if you have degree qualification is higher. Second, its as a back up for you in case tak dapat kerja.

      Delete
    2. maaf sebab tak perasan ada komen anon ni, dan terima kasih juga buat anon di atas sebabkan penjelasan terperinci berkenaan ini. May Allah bless you for your effort helping him :)

      Delete
  47. Can I know where can I start to be a pilot?
    Where can I have the form?
    Can you please explain to me how can I have the form without going to the academy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. From what I remember there was a pilot school came and gave talks to the students before giving away flyers and form regarding the academy plus registration.

      Maybe you can ask your school counselor to invite some pilot schools come over your place ?

      Delete
  48. Bro,,,,ada ke fly academy yang boleh bayar secara ansur2 ?
    lepastu kalau nak ambik ambil jurusan mana ye kalau dekat university nanti
    hehe just nak information je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilot ni tak payah ada degree atau diploma sebab basic dia spm atau stpm je

      loan daripada academy tu boleh dibayar setiap kali sem, maknanya tak payah bayar sekali gus terus.

      Delete
  49. Nak tanye.. klau rabun brape had rabun yg qualified? Blh ke pakai spectacles during flight session? Da lme mencari jwpn tpi xjmpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try search dkt sni --> http://www.wanxwan.com/2012/06/penglihatan-minimum-untuk-pilot.html

      Delete
    2. thanks anon tlg jawabkan :)

      Delete
  50. Hey bro. I'm 15 y/o. Thun dpn kena plih aliran kelas dah. Jadi sya nak tya, apa subjek2 yg dperlukan dan apa gred subjek yg dikehendaki utk join the course? I really need to know bcause sya btul2 nak jadi pilot. Klaulah sya trmasuk aliran sastera, can i still hope for it? sbb aliran sastera ni x da subjek Fizik. Ok. That's all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont think sastera will do for your pilot future. Put a small effort on your PMR so you can be in science stream class, which do have add math, math, english, fizik.

      Hope you can ace em all and all the best for PMR !

      Delete
  51. Can i be a pilot if i dont take physics subject ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha no you don't. Some appliance in the cabin requires both theory and practical calculation from physic classes.

      Delete
  52. Nak tanya , kalau takde ambik fizik mmg tak boleh jadi pilot ?

    ReplyDelete
  53. nak tanya, kalau ambil lesen ppl, brapa gaji?? peluang pekerjaan luas tak??

    ReplyDelete
  54. Jika saya cuma ada general scince , but no fizik subject . Did i still have a chance to be a pilot ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...