Monday, May 9, 2011

White & Aoron :)

Assalamualaikum.

Muzik : Asher Book - Try 

AMARAN : gambar diedit dengan 100% kecerahan LCD.

Hari ini, entah kenapa sejurus sahaja abang aku pulang ke kolejnya, aku rasa bersemangat nak kemas rumah, apa abang aku jampi kat aku nih -.-' Dengan rajinya aku mula mengemas tingkat atas, bersihkan kawasan balkoni, turun bawah kejap nak ambil mesin penghampas gas kat setor. Nampak pulak makhluk ganjil dua ekor sedang bertarung dengan ganasnya di ruang tamu. Ewah - ewah, seronoknya main kat sini, pijak kang =_= Tunggu sebentar, nak kenal makhluk asing lagi ganas dan bermuka seram ???? 

Jeng jeng jeng !


Itu dia, Cik White ! Muka garang beliau ditafsirkan oleh pengkaji penyayang binatang sebagai comel, hehehe. Jauh betul tersasar ==' Tapi jangan main - main, beliau sangat dikehendaki polis interpol kes tajaan emak aku sebab selalu gigit kaki orang bila lalu sebelah dia, haha. Oleh sebab terlalu ganas, hanya Encik. D-SIM yakini si penjaga White secara sah yang layak dipegang beliau, huhu. Dengan orang lain dia terkam kowtttt :P Jom lihat suspek seterusnya.


Dengan tempat lahir di Ipoh, suspek masih berusia 4 bulan dan dikategorikan suspek bawah umur, boleh disumbatkan ke Rumah Wira Bakti, layak berlakon dalam cerita Juvana, pukul 9.00 malam di TV9,hohoho. Inilah dia Encik.Aoron si gemuk :PP Kuat makan kowttt.. Masa awal - awal dulu, lepas aku baru sampai Ipoh, melihatkan keadaan dia, macam tak lama jea. Badan pun kurus semacam malah tak seaktif White yang liar lompat - lompat macam tak cukup tanah -,- Kesian kat beliau, aku angkut laa ke klinik kerajaan, takat nak habiskan 5 hinggit tu okaylaa nak lihat dia sembuh, tak lalu laa nak rawat kat klinik swasta =='. Alhamdulillah, dah sehat, makin besarrr dari segi saiz dan perut sekali ! :DD 


Gambar ini mungkin diambil sejurus sahaja aku panggil " White " dihadapannya. Tengok mata macam kesian jea, takut aku mandikan dia lagi gayanya, hahahahaha. Sebenarnya aku baru jea mandikan dia dengan syampu Rejoice Rich *wink wink. Ternyata bulunya lembut, seharum seperti yang dikatakan, hahaha. Aku paling sayang White sebenarnya sebab....banyak sebab :PP Paling utama, dia dengan aku dengar cakap, dengan orang lain dia terkam takpun lari menyorok muka, huuhu.


Ini malam haaa, waa banyak untung wooo. Sebekas kotak alat tulis aku berjaya ' berkas ' ! HAHA. Aishhh, lepas magrib, aku sambung kemas rumah. Fuhhh, banyak gila alat tulis aku jumpa, aku kutip letakkan dalam bekas khas. Kiranya, kalau bekalan alat tulis habis, keluarga aku boleh laa ambil kat situ, KITAR SEMULA bebeh ( aku punya alat tulis peribadi pun daa sekotak -.-' )..tapi tu tak termasuk duit syiling, hehe Masuk tabung aku laa jawabnya :PP

Macam aku cakap tadi, abang aku dah balik kolej. Secara hormatnya aku dapat kemas bilik beliau :DD Tapi, aku jumpa benda yang bakal menghayalkan aku selama beberapa hari iaitu......


The Kite Runner ! Ingat lagi, masa aku menengah rendah. Aku siap temankan abang aku beli buku ini, masa itu buku ini baru tiba kowtttt.. Dari dulu aku nak pinjam, tak dapat - dapat. Tapi, ehem - ehem, memandangkan beliau pergi kolej..........XP 



Edisi NASA 50 tahun tu ! :O Aku ingatkan abang aku tak layan Discovery Channel, tengok dalam bilik bertingkat - tingkat buku GEMPAK dengan UTOPIA, entah macam mana aku ditakdirkan jumpa buku nie. Kalau pasal NASA, mesti pasal AEROSPACE. Tak boleh jadi, tak boleh jadi. Sampai hati abang aku tak beritahu tahu ada edisi nih :'( Tak apalah, memandangkan lambat lagi keputusan MARA, jadi aku boleh bersenang lenang dengan penemuan - penemuan relik nih, hehe


P/s : Ya Allah, aku berharap sangat agar aku dapat biasiswa MARA ! Sedang diri dalam kegelisahan, hanya padaMu kumemohon.

No comments:

Post a Comment