Friday, June 3, 2011

Bila 2 budak UiTM berjumpa :D

Assalamualikum.
Mood : Roda roda roda roda roda roda
Music : Fly fm - ( Bruno Mars - Lazy Song )

Haihh, baru jea bangun tidur, dapat mesej daripada Acap Bote. Dah kat Ipoh katanya. Aikkk, pelik -.- Oh well, aku pun lepas Solat Jumaat siap - siap pergi ke Masjid Negeri ambil dia kat sana. Rupa - rupanya, dia baru balik dari UiTM Tapah, Perak dan ambil bas ke Medan Kit dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke rumah dia kat Bota. Tak apalah, alang - alang aku tak buat apa - apa kat rumah, ajak dia keluar teruslah kan ? :) Pick - up dia dari masjid negeri pergi Restaurant Kicap Tamin. Siapa - siapa orang Ipoh tak tahu lokasi kedai tu memang pelik ahhh -.-' Then terus ke... UiTM Seri Iskandar :D Jumpah budak hingus kat sane :P


 Tu dia, KR Temenggung aku dulu. Tak tahu pula dia ambil Diploma Pengurusan Hartanah kat sini.


Nie lah Acap Bote, bekas dormmate aku dulu. Dialah yang bagitahu Faris ambil kos tu kat Seri Iskandar. Acap nie ambil Diploma Science Actuary kat UiTM Tapah, Perak. Sembang - sembang dengan deme, baru aku tahu yang both UiTM Tapah dan Seri Iskandar di bawah satu " payung " UiTM, iaitu UiTM PERAK.

Acap cakap UiTM Tapah lagi kecil kawasannya daripada ASiS erk =,= Baru ditubuhkan pada Disember 2009. Belum apa - apa lagi, aku menyelit " Mesti panas kan ? " Muahahahha :P Okay, that's the fact. Dia cakap kawasan kat sana lapang lagi. Sport facility ? Sebuah meja ping-pong SAHAJA ! HAHAHAHA Bapak sedih. Sebut jea Tapah, semua orang boleh agak, bandar kecil, kiranya harapan laa nak jumpa Jaya Jusco ke Tecso ke Giant ke Penjara Tapah adalaa XD Tapi yang bestnya kat sana sebab sana relax, tak payah nak ikut protocol sangat. Biliknya luas, lagi besar daripada 1D3, Blok D. Aishhh, rindu dorm pulak aku X( Lagipun kat sana tak ramai orang, dalam 200 lebih budak baru, kat UiTM Puncak Alam seramai 2500 budak baru =.='' . Aku fikir seronok juga, sebab ada ruang privasi dan tak banyak IPTA yang tawarkan kediaman kolej dari awal sehingga grade macam UiTM Tapah. UiTM Shah Alam ? Harapanlaa, dah laa ramai gila orang kat sana. Cukuplah seminggu aku " bertapa SPM " kat sana dulu #.# Pasal diploma science actuary, kata Acap ramai kawan dia yang dapat khursus yang sama, sama - sama SBP dahulu. Siap ada yang A lurus. Kenapa ? Sebabnya mintak JPA / MARA  TAK DAPAT ! Dapat pun khursus yang merepek - same case like Aizat Ghazali. Kerana minat, diorang ambil juga diploma science actuary kat sana. World's cold isnt ? :-/

Aku tertarik sebenarnya dengan cerita Faris, dia cakap bebanyakkan orang yang ambil diploma sama khursus macam dia, tak ambil ijazah pun. Sekadar diploma. What The Heck -.- Asal ? Katanya, sebab ramai yang dapat kerja lumayan, siap ada yang kerja kat UK, dengan gaji 35K 24 tahun dah kahwin dan ada rumah kereta. Oh My Gucci =___= Sebab itu Faris nak cuba target dekan, supaya dipermudahkan urusan kelak, Amin :) Life kat UiTM Seri Iskandar ? Katanya, ada satu hot spo yang malam bertukar jadi macam Bintang Walk ! Hahaha, Bintang Walk kat Perak ? Ape kau merepek nie ? =________=  Katanya, ada satu kolej - Kolej Darma rasanya - ditempatkan budak - budak dekan kat situ. Bila malam, macam boleh tahu mana Heaven mana Hell. Dan kat Kolej Darma jea Heaven sebab budak dekan dok belajar ! Hahaha, lawak pun ade. Katanya, tiap - tiap malam " Bintang Walk " beroperasi, jadi tak perlu risaulah pasal makanan. Tambahan pula, kat sana dah tiada Dewan Makan, yang ada konsep Kafeteria, which means $$$ will flow out everyday from your pocket :D Sekali makan, dalam RM 4 kat Faris termasuk air ! Uihhh, murah gila ! :O Aku tak tahu konsep kelas kat sana, tapi dalam kelas dia ada 12 lelaki dan 26 perempuan. Its twice bebeh !!!   Aku usha masa bawa kereta tadi, macam lengkap jea sport facility kat sana, padang ada, luas pula tuu.. Kampus bukan main besar cuma, bertingkat laa.. Tak advance nak ada lif macam kat UiTM Shah Alam dan takde " tangga kejayaan " macam kat UiTM Puncak Alam :P  


P/s : Yang aku tahu, Isnin hari wajib bagi warga UiTM pakai pakaian formal. No wonder ada blog perempuan cakap kenapa tiba - tiba hari Isnin lelaki nampak segak tampan, hahaha. Yang pasti, tahun pertama tak boleh bawa kenderaan kan ? Kecuali basikal, go GREEN brader ! Ehem, aku nak pakai selipar laa tiap - tiap hari time kuliah kat Nott, pakai singlet hari Isnin, ronggeng kereta kat sana. lalalalalalalala~

5 comments:

  1. bek ko pkai kain pelikat je g class. huahua

    ReplyDelete
  2. Klu pakai selipar ngn singlet..mmg lai hot la ko kn!!hahaha

    ReplyDelete
  3. aku da fikir nak pakai bju melayu siap songkok sampin seminggu masa hari raya nnt kowt kat sane.. hot ? xlaa hot, takat hot stuff je~ lalala~

    ReplyDelete
  4. faris tuh sepupu saya, btw bex x tapah?

    ReplyDelete
  5. eh ? orang ganu la ni ? :p
    tapah kawan cakap ok je, cuma facility kurang sebab masih baru

    ReplyDelete