Assalamualaikum.
Mood : Mengantuk
Music : Fly Fm Online - No Doubt - Dont Speak
Huishhhh, Polo ada buat sale kat Sogo ! Act, selepas sahaja temuduga Felda, plan nak pergi beli sedikit barang pakaian untuk hari raya tahun ini. Kan raya tahun nie cepat~ Masa on the way ke Sogo tiba - tiba mak cakap " Jom pergi pejabat MARA terus, kan ibu pejabat MARA walking distance jea dengan Sogo ? " Hahahahahaha. Sumpah aku terkejut gila dengan ayat mak aku, sebab kalau mak cakap mesti buat -.- Kiranya, naik jugak lah ke bahagian yang berkenaan. Tapi aku blank, bukan nak tanya aku PIDN atau PILN, sebaliknya terus tanya pasal rayuan, sejujurnya aku ada hati lagi nak program kejuruteraan Perancis :/ Kata mak, mak dah tanya ustaz. Walaupun qada & qadar telah katakan aku Nottingham Malaysian Campus, tapi kalau ada usaha, boleh mintak / cuba lagi program kejuruteraan yang aku minat tuh. Katanya lagi, pakai orang dalam pun tidak mengapa asalkan memang layak untuk memilikinya. Mak pula cakap, something's gone wrong with me. SPM layak, kokurikulam ada, atas sebab itulah mak bawa aku juga ke sana.
Dah tanya macam - macam kat orang MARA, dia minta surat rayuan. ALAMAK ! Tapi nasib baik aku bawa lappy terchenta nih ! Kat situ juga kitaorang buat surat ! Hahaha -.- Slip keputusan SPM pun kebetulan ada bawa sekali, kiranya fotostat terus, biar orang tu nilai kata mak ! Haihh, hati aku sebenarnya sudah sedikit tawar, namun kagum gila dengan mak aku. Sanggup bersusah payah untuk aku :')
Alang - alang dah ada sale, satu family angkut kasut baru, hehehe. Memang padanlah, aku dah lama cari kasut. Tapi, huh, memang ramai gila laa orang -.-' Sesak kereta tak payah cakap. Nasib baik laa cuaca mendung, tu pun terasa lagi haba panas siang ! Then, pergi Alinas, dapat dah kain DarkMaroon aku. Awak bila lagi ? :)
P/s : aku pergi Jalan TAR dengan pakaian temuduga Felda, cuma neck-tie jea tak pakai. Aku terlupa bawa baju lebih -.-
insyaAllah..kalau ada rezeki, adalah..hehe
ReplyDeleteall the best.....
Allah tau yg terbaik untuk hambaNYA....
maroon saya nanti :P
ReplyDeleteglad to hear that :)
ReplyDeletesy baru trbaca blog ni.erm so camne rayuan tu dpt x?sori tny sb sy pn tgh nk bt rayuan mara jgk.harap awk bls.tqvm.asaalam.
ReplyDeletew'salam
Deletetak dapat sebab reply lambat. Mudah mudahan awak dapat :)