Monday, June 27, 2011

Hari mengeluh sedunia.

Assalamualaikum.
Mood : Kebosanan tahap Mega (╭ ̄3 ̄)╭
Muzik : Kotak Hati - Hujan

Wazzzuupppp ! Oleh sebab aku dapat tarik kabel internet dari laptop abang aku, maka tersambunglah aku ke dunia maya dari laptop aku sendiri !!! Yeah ! Bukan senang kowt nak buat macam ini, lagi - lagi part mintak permission =.= Bangga dengan pencapaian aku malam ini ‎( ̄ー ̄)  Ahhh, back to main topic. Kena post cepat - cepat, mak aku dah sedia nak buat roti canai nih, sedap owh air tangan mak aku daripada air tangan mamak ! .(⌒⌣⌒) Mengeluh ? Kalau dalam bahasa arab, ANANAH kalau tak silap. Apa reaksi pertama korang apabila musibah menimpa atau perancangan tiba - tiba tergendala atau terpaksa dibatalkan, mungkin jugak apa yang dinanti tidak tiba,apa yang dihajati tak diturun keriba ???


Okay, itu mungkin reaksi kucing kalau tuan empunya tak nak kasi makan atau bukan on-time, HAHA. Tajam owh gigi beliau -,- Aku ? Aku selalu sebut " aduiii ", takpun " ish " automatically. Jarang aku beristigfar kepadaNya automatically. Humph, jeles gila kalau jumpa orang ter-sebut " Allahuakbar " atau beristigfar automatically kalau ditimpa apa jenis musibah sekalipun. Jeles disitu, kenapa aku tak macam mereka ? Hah, secara tak sengaja aku dah mengeluh disitu. Senang jea nak tahu korang mengeluh atau tak. Biasanya dalam fikiran akan korang akan berkali - kali memikirkan tentang sesuatu perkara dengan perkataan " KENAPA ", " KALAULAH ", takpun " KAN BAGUS BILA . . . . " dan juga mengeluh " ahhh " . Tapi biasanya..



inilah yang paling common. Bila reflek pasal topik nie dalam kehidupan aku, jarang aku mengeluh. Biasanya aku akan mengeluh kalau harapan besar aku letakkan, tak dapat. its like OMG. Mengeluh aku biasanya akan jatuh kat sesuatu yang nampak sukar untuk diubah. Contohnya, kalau perangai kawan korang macam TETTTTTT. Persoalan pertama dalam kepala otak aku, " camne nak ubah die tu " HAHA. Sebagai kawan dah tanggungjawab lnak ubah seseorang. Sayangnya aku nie tak reti sangat nak slowtalk. Aku kasi COMBO HIT terus (╭ ̄3 ̄)╭ I'm bad in this case. Kalau exam aku teruk ? Aku renung keputusan markah aku macam nak tembus kertas tuh O.O Sebab aku tahu, silap hanya pada kurang usaha atau cuai. Kira dah sedia maklum mengeluh itu tiada gunanya kalau exam teruk. Jadi buat apa nak mengeluh ? Cuma. . Ada sekali aku terkantoi termenung pasal markah Add.Math dalam Bilik Akademik kat ASiS dulu. Aku tak dapat nak reach A-, ikutkan masa SPM dah dekat. Tiba - tiba, Cikgu Add.Math tu datang tegur aku, ish aku tak perasan langsung dia datang ! Oleh sebab kawan semua dah keluar makan, mula lah aku mengeluh macam - macam kat cikgu. -..- Itu lah, ini lah, kenapa itu, kenapa ini. apa silap saya. saya dah buat itu. saya dah buat ini. Masa itu harapan aku nak A sangatlah besar, SPM dah nak dekat satu hal. Aku dah banyak habiskan masa cuti sekolah kat Add.Math, Pulang Bermalam biasa pun aku jejak kaki ke pusat tuisyen kowt. Mana pernah dibuat aku camtu. Then she calm me down, " Takpa lah, exam lagi satu buat yang terbaik, I know you can do it. ". Yeah, aku tersentap. Cuba fikir balik, daripada kita nak mengomplain tak tentu pasal, panjang - panjang kan lagi baik korang cakap ayat yang membina macam cikgu aku cakap hari itu. Fikir balik secara mendalam, cari kesilapan yang kita lakukan. Mungkin ada kesilapan kecil memberi kesan yang besar pada masa akan datang. Kan practice make perfect ? Lagipun, mengeluh ini serupa menyalahkan diri. This somehow demoralize yourself. Dah tak pasal - pasal tahap keyakinan diri menurun ¯\_(ツ)_/¯ Kalau meleret, boleh jadi kes berat kowt, bunuh diri. jadi gila, yang tak tahan kalau menganjing orang lain pulak =.=

Kalau rasa diri dah sempurna sangat, tak dapat apa yang kita hendaki . . . 

Ingatlah kawan - kawan, mungkin tiba suatu masa nanti apa yang kita hendaki tak dapat. La Tahzan. Jangan bersedih. Allah tahu apa yang baik buruk bagi kita. Mungkin Allah simpan yang lagi baik untuk kita. Kalau bukan esok, lusa, kalau bukan lusa, minggu depan. Bulan depan, tahun depan sehinggalah tiba masa yang sesuai tuhan turunkan rezeki tersebut. Jangan berhenti berharap dan berdoa, sesungguhnya tuhan suka hambaNya yang memujiNya.

Lebih kurang camtu lah kowt Boy cakap kat dalam Surau ASiS tahun lepas. Jadikan sesuatu kegagalan sebagai suatu langkah kehadapan, suatu musibah sebagai tanda penguji kesabaran kita. Jangan sampai suatu masa kita blame tuhan atas sebab tak beri rezeki. astaghfirullah. 

“Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”Surah Ar-Araf 168.

Haaaaaaaa, jangan ingat kebaikan atau kenikmatan tuhan beri untuk kita bersenang lenang. Nikmat pun suatu ujian daripada Allah wooooo, sama sahaja taraf dengan keburukan sebagai ujianNya. Hentikanlah mengeluh, jauh sekali nak bersangka buruk kepada Allah. Kena tanam konsep Husnul Dzon ( bersangka baik padaNya ).

Sabda Rasulullah, 

“Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi)


Tuhan itu maha kaya, lagi maha mengetahui. Kita tahu perkara yang lepas, tetapi masih mencari - cari bayang kita sendiri pada masa akan datang. Sedangkan semua perkara sudah tersusun cantik di Lauh Mahfuz. Daripada mengeluh, anggaplah sesuatu yang buruk sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita. Kalau adik kita meninggal, bersyukurlah Allah ingatkan kita mati itu pasti dan tak mengenal usia. Kalau kita hidup besederhana, bersyukurlah Allah beri kesempatan untuk kita merasai pakaian, tempat tinggal dan kesihatan secukupnya. Kalau ditakdirkan kawan baik khianat kawan, bersyukurlah kita mengetahuinya dengan awal sebelum perkara lain dia khiati kita. Kalau ditakdirkan ditinggalkan spouse, bersyukurlah Allah nak beri tahu bahawasanya meletakkan harapan ( cinta ) pada manusia adalah sia-sia.


Aku tak tahu apa function ruangan kosong bawah orang lidi tuh,HAHA, mungkin nie boleh print untuk buat esei kowt ¯\_(ツ)_/¯ Korang bising mengeluh pun kawan korang sakit telinga lah wei, lagi - lagi bagi yang hati batu, tak terbuka langsung nak dengar nasihat orang. -.-' Akhir kata, jangan dikejau dunia, masuk kubur asing - asing gak nanti ! hidup kena cool ヽ(´▽`)/ 

P/s : Aku bawa pesanan mendalam, harap terasa !




14 comments:

  1. aku pun x dapat A- do waktu exam tu. C+ lagi.. cikgu rohaiza belanja makan KFC aku rasa bersalah gila tapi aku ngap jugak.

    ReplyDelete
  2. wakakaka, ko memang ! aku rembat coke 1.5L to sowg2 :3

    ReplyDelete
  3. aku ngan hakim rembat sebotol. pastu ayam 3 ketul kitorang sorok. semua dia sumbat dalam beg aku. haram betul

    ReplyDelete
  4. wakaka, aku rase aku taw. last2 kita makan sorok2 kat 5G kan ? haha

    ReplyDelete
  5. ha'ah. ada lagi gambar aku simpan. rindo do :'(

    ReplyDelete
  6. mau tak rindu :(, dah la orang lain pegi study kat dewan plak, kite ngap senyap2 dlm gelap.

    ReplyDelete
  7. lepastu tinggalkan tulang je. pastu lap tangan kat langsir kelas dia. sumpah macam haram...

    ReplyDelete
  8. alah, langsir kelas kite pun senasib jea.haha. Rindu otak gile hakim weh

    ReplyDelete
  9. nanti aku jumpa dia lagi kat INTEC :)

    ReplyDelete
  10. eh ? bergegar ar intec ngan die, dah laa warden xde,hahaha aq nk tgk camne die hdup kt tmpt ade pmpn

    ReplyDelete
  11. nanti aku update kat kau dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  12. :)
    nice post..
    berpesan - pesanlah kpd kebenaran, dn b'pesn - pesnlah kpd k'sbaran..

    ReplyDelete
  13. :D still aku pun tetap down and bangkit balik after that :D

    ReplyDelete
  14. @hana : tq :)

    @don : cool ja, HE knows the best :)

    ReplyDelete