Thursday, June 30, 2011

*sigh lagi.

Assalamualaikum.
Mood : *sigh
Music : Pokok - MUH ft. Hazama.

Lawa memang lawa, besar memang besar. Ada air-cond, speaker Bass kowt, ada beberapa buah tv plasma di dalamnya, tempat wuduk pun selesa. Tandas kelas gitu. Cuma tamannya belum naik, agas panas sejak mula menapak masuk kawasan masjid nih. Dah selesai berwuduk, aku melangkah cermat atas marmar sambil mulut memuji keindahan dan hasil seni ukiran binaan masjid hasil pengubahsuaian baru - baru ini. Katanya melibatkan projek jutaan ringgit. Aku berlalu dikoridor, dari jauh pandanganku menembusi kaca lut sinar, menampakkan karpet seakan lembut untuk dipijak. Ah ! Kakiku lekas bergerak pantas ke pintu, agar aku dapat menunaikan solat fardu ain secepat mungkin. Tanganku angkat,memegang dan memulas tombol pintu. Eh ? Berkunci ? Puas aku pulas berkali - kali, namun gagal untuk membuka pintu tersebut. Firasatku mengatakan supaya mencuba lagi pada pintu yang lain, kan banyak lagi D-SIM. Namun, semuanya gagal ! Ya Allah ! Panasnya hatiku ! Saat itu aku tersedar, dan teringat kembali hadith Nabi sodiqul masduq bahawasnya antara tanda akhir zaman adalah : 

Masjid hanya menjadi bangunan hiasan yang indah-indah, untuk ditonton, 
bukan untuk dijadikan tempat ibadah dan mengingati ALLAH SWT


Akhirnya aku solat dikoridor. Belum selesai al-fatihah pertama, peluh mula membasahi dahi, tiada sejadah dan dahi beralaskan habuk pada atas marmar yang kupijak selesa tadi. Huh, aku lebih suka masjid kayu dahulu daripada binaan batu-bata ini. Aku lebih suka carpet keras yang bersih daripada marmar yang berhabuk. Biarlah kipas dinding berbunyi menyejukkan badan aku kalau air-cond korang simpan buat hiasan ! Bagi aku, keselesaan amat penting bagi bersolat agar khusyuk mudah diperolehi. Masih teringat zaman berbasikal dahulu aku sanggup berkayuh jauh untuk menunaikan solat tarawih di sini. Tiada masalah, selesa sahaja  bersolat walaupun peluh keringat berbasikal sedang meruap dek angin dari kipas berdiri. Masih teringat pesanan mak aku, jangan bersila di bawah, walaupun karpet lembut. Duduklah selesa atas sofa, kena syukur nikmat. Kalau kes yang aku lalui ini macam mana ? Air-cond berbijik - bijik, karpet nampak lembut dipijak, Al-Quran pun bersusun - susun atas rak kayu jenis mahal, apa gunanya kalau semuanya sekadar santapan mata dari luar kaca ? Kalau dari luar, sumpah semua itu seperti hiasan kaca sahaja.Aku masih teringat, aku ada baca pelan pembangun masjid ini 4-5 tahun lalu, aku harapkan yang terbaik,  adalah sedikit sumbangan dari budak hingusan ini. Duit masa kecik - kecik kan boleh bilang pakai jari, tapi itulah yang termampu untuk melihat perubahan. Dah siap, lain pula jadinya =.=

P/s : Dulu semasa tinggal di Pahang nak pergi ke Kuala Kangsar, turun Genting Highland terpaksa menempuh kawasan kampung di Tg.Malim sebelum naik PLUS. Kebiasaannya perjalanan kami lewat malam dan tak heranlah sampai pagi tempat dituju. Cuma nak tekankan kat sini, ada sebuah masjid kecil dalam kawasan Tg.Malim, lewat malam pun boleh nak solat kat situ. Pasal kipas lampu tak payah risau, petik sahaja asalkan bertujuan baik untuk menunaikan solat. Walaupun binaannya tidak seberapa dan agar terpinggir, namun aku selesa sahaja solat kat situ. Tenang lagi dengan suasana dan kepekatan malam di kampung. You know how does it feels right ? :) Akhir kata, macam bazir duit juta-juta kalau sudahnya macam tue.

No comments:

Post a Comment