Wednesday, August 17, 2011

The early bird catches the worm, hu ?

Assalamualaikum.

Mood : Energetic
Music : Fly FM

Taklah se awal mana pun aku bangun pagi tadi, bangun pun sebab sahur -.-' Ingat lagi tak post aku dalam entry nih ;


Adeh, memang terasa kowt. Aku fikir balik, malam aku banyak bazirkan masa kat laptop, layan game, movie, drama takpun anime. Study ? Hehs, selalunya ratio study : main, main yang selalu 'menang' -,- Dah tuu, tidur tak betul, paksa mata bukak luasssss masa kelas siang. Aish, aku terlupa sesuatu prinsip penting dalam hidup aku " Tak bermakna pandai baca dapat faham semua isi bahan bacaan ". Sama kes lah dengan memaksa mata celik, hati dan minda celik tak belajar masa mengantuk ? 

Oleh sebab aku nak score for SPC ( wajib kowt kalau nak future senang~ ), aku nak cuba laa nak atur balik masa tidur aku. Apa guna berjaga sampai lewat malam kalau main game tak study ? Teringat pulak pesan mak aku, " orang berjaga malam nie beribadat, bukannya berpaling 180' " Ai, menyirap darah aku terasa masa tuh =.=' Dan efek tak tidur malam sangat sangat sangaaaaaaaaat menggangu masa siang korang. Berjaga tak buat apa-apa sampai subuh, bangun balik lepas bila zuhur dah nak habis waktu, shut. 


Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)

Haaaaa, siapa cakap bermalas - malasan jea rezeki disempitkan ? Tidur pagi pun ada efeknya. Menurut baginda kesayangan kita pula :

Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sesungguhnya keluar pada pagi hari di jalan Allah atau pada siang hari adalah lebih baik dari dunia serta isinya." (HR Muslim :3492) 


Dan aku teringat pesanan mak aku, " selain baca Ar-Rahman pada permulaan hari, baca Yassin sekali. InsyaAllah rezeki ada " Aku sebenarnya baru jumpa bukti hadith tentang apa yang mak aku cakap kan :


Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan." (Hadith rawayat Darimi)

 Andddd look what I found jusstttt now about get in bed just after subuh . . . 

 Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Amekaw ! :P Okay okay, hari ini aku tak bangun seawal 4.30 macam semalam, tidur lambat lah malam tadi. Pagi tadi aku pelan nak cuci bilik air. Kalau korang nak tahu, ada sejenis serangga akan hinggap kat sesuatu tempat kalau dah kotor - berdaki, dan dari semalam aku nampak serangga camtu. Terima kasih lah aku ucapkan kat serangga tu sebab " beritahu " aku supaya cuci bilik air. Kiranya, lepas jea subuh yasin quran semua, terus main air hahaha. Nasib laa sini ada water heater kat setiap rumah, senang sikit nak cuci kotoran dengan berbaldi air suam. Things get easier with it too, as well as to wash clothes. Kan certain detergent contains some biological enzymes, and one way to optimum their work on our dirt clothes is by solve it in warm water. Memandangkan sini cuaca sejuk, aku selalu mandi pakai water heater jea, lagi - lagi waktu subuh...eeeiiii, menggigil aku bangun dari tidur waktu subuh ! Berjaga awal pagi setakat nie okay jea, tadi dah main air jemur baju, satu rumah aku bersihkan, siap spray lagi AirWick,huhu

Just nak cakap, bangun lah pagi rakan - rakan, korang tidur lewat pun bukan dapat apa-apa kan ? Berjaga waktu subuh sehingga terbit matahari sahaja pun dah dapat pahala sebab ikut sunnah, insyaAllah :)

P/s :


Tompok kecil kat tengah tengah tuh sebenarnya campus aku. Nampak kabus kat area tu ? Korang boleh bayangkan lah bertapa chill nya kat sini waktu subuh ke matahari terbit, and I like :)

No comments:

Post a Comment