Sunday, October 9, 2011

Aku mimpi kau.

Aku tanya kat Bomoh Google :


  " Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya. "


Ini aku sedia maklum. Cuma aku terfikir. . . kalau roh tersesat masa nak ' balik ' ke jasad camne ? O.o 


Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space). "


Rasanya, tak pernah lagi berhadapan situasi camni. Kan best kalau tidur dalam exam, roh keluar jenguk kertas jawapan sebenar kat bilik lecturer, hahahaha


" Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.  "


Wow ! Mimpi macam ini selalu jea berlaku !  Sedar - sedar rasa macam 'deja vu'
  

" Mimpi melihat seorang gadis : Akan datang jamuan yang menggembirakan. "


Wah, aku jumpa kau dan kawan - kawan perempuan kau yang lain. Kira, gadis-gadis lah kan ? Perghh.. akan datang BANYAK JAMUAN yang menggembirakan ! Untunglaaa perut aku  :D


" Mimpi melihat bibir yang merah, sedang tersenyum : Akan terjadi persahabatan yang hangat atau percintaan yang mesra. "


Bibir kau merah atau merah jambu ? Entah, tak ingat. Tapi, senyuman kau masih tak hilang dari ingatan aku, sweeeeeeeeeetttt gila kau senyum :) 


Kesimpulannya : 


 "  Rasulallah bersabda, “Mimpi ada 3 jenis. Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira dari Allah, mimpi yang merupakan dialog seseorang dengan dirinya sendiri, dan mimpi yang berasal dari setan untuk membuat sihamba bersedih”  "



P/s : Muungkin yang baik itu buruk, yang buruk itu baik. Mungkin mimpi terjadi, hanya sekadar imbasan memori, atau petanda-Nya.   والله أعلمُ 


  

6 comments: