Saturday, October 8, 2011

4.15 pagi.

Aku terjaga. Tekak terasa kasar. Dahi terasa panas, aku demam. Kepala dah pening pusing-pusing ( mana datang tenaga nak blogging nih ? Mata sembam jari terus berlari atas keyboard. ) Aku ingat-ingat lupa apa aku buat malam sebelumnya, rasanya lepas Magrib sahaja aku terus manjakan diri di atas katil, melepas lelah penat. Penat ? Kalau tak silap, pagi sahaja aku dah keluar pergi Pekan. Tiba-tiba seorang kakak menerpa fikiran aku, owh yea, masa aku nak beli tiket ETS, datang seorang pelajar UiTM buat survey pasal  Pekan Lama Ipoh. ETS . . . esok, eh, tiket aku pukul 2 petang ini. Kena bersiap cepat. Tapi, badan terasa berat. 'Tet' Bunyi ringtone miscall / sms handset Motorola. Laju tanganku mendapatkan handset disebelah ku. Buka mata, air mata hampir sahaja keluar, panas nya mata nih ! 

1 missed call from : Faizal
2 missed call fom  : +60172. . . 

Faizal. . Ya Allah ! Kata nak jumpa malam tadi ! Alamak, 'melepas' roti milo kat sanjung. Min, Farid, Faizal. . bukan senang nak jumpa mereka lagi -lagi dalam bulan belajar. Nie semua gara-gara terlelap tak sedar diri. Semuanya sebab. . demam ! Unknown num nie siapa ? Sedang mata meliar mencari idea, nampak beg Yonex. Yeah, aku teringat sedikit apa aku buat petang semalam. Solat Jumaat aku sampai lambat gara-gara jalan di kotaraya jammed. Dengan keadaan cuaca panas, udara kering, aku hampir sahaja pitam ketika solat Jumaat. Yang sangat sangat sangat menyiksakan aku, running nose. Baru teringat bertapa horrible-nya diri aku semalam. Adoi, sedang penat-panas-tak sihat macam itu, ada lagi tenaga 'spare' pergi cari raket. Aku drive, yea... penat penat pun nak jugak drive. Jemput Pak Cho yang sedia berpengalaman dalam sukan badminton, ajak cari raket di Pekan Ipoh. Adalah dalam 3 - 4 jam cari yang berkenan ( Malas cakap banyak, aku dah spent +-RM400, sakit otak aku bila fikir balik angka tuh -.- ) Itu belum termasuk jejak kaki ke Yik Fong. Jumpa pulak Acer Iconia, adooiiiii. Baru parkir kereta, datang. . abang aku. . dan kawan - kawan ? Sudah, kalau tak silap, mak baru sahaja balik kowt waktu petang - petang macam ini. Mak dapatkan aku, mintak tolong belikan makanan kat luar. Ikutkan sahaja, nak jea aku tolak permintaan mak aku. Aku dah penat. . penat sangat. Tapi, comes hell or high water, request mak aku senantiasa cuba penuhi sebaik mungkin. Aku nak mak aku tak susah payah masak. Aku tahu, dia pun penat tue. Lagipun, tetamu datang kan ? 

 Dari abu Hurairah r.a katanya:

”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”


Dan aku drive lagi . . cari makanan yang sesuai ikut timing dan perut diorang. Aku balik, jalan pun dah macam tak betul. Sedang tetamu naik atas pergi bilik tetamu, aku mendapatkan katil aku. Tidur tanpa sedar sehingga jam 0415. Aku belum solat lagi dan rumah pun tak habis aku kemas. Kaki berat macam mana pun. . fardhu ain tu wajib, kemas rumah...harap sempat buat sebelum balik Notts. Salam.

4 comments: