Tuesday, November 8, 2011

Aku dah pilih jalan aku.


 السلام عليكم

 



Fikiran aku terpanggil akan email tempoh hari. Saat mula baca email tersebut, aku terdiam. Tak sampai seminggu, aku  dah submit aliran pilihan aku untuk Sem 2 nanti. Aku tak nak berfikir panjang, dan terpaksa aku akur akan perkara yang sebenar benarnya. Aku pilih Combination A, which is RECOMMENDED for 

  • Electrical & Electronic Engineering, 
  • Electronic Engineering, 
  • Electronic & Communications Engineering,
  • Electronic & Computer Engineering.
Aku perasan. . . pilihan aku ini bawa aku jauh daripada school of mechanical engineering ! Aku tanya mak. Aku tanya abah. Tebal muka aku dok korek cerita pasal E&E Eng daripada lecturers dan seniors. Malam pulak tak putus aku solat Istikharah, senantiasa mencari pilihan yang tepat agar aku tak menyesal sesudah aku memasuki alam pekerjaan suatu hari nanti. Dah fikir semua benda, aku tanya diri aku sendiri, " Takpe ke D-SIM ? " *mengeluh. Aku kena matang, benar aku minat Mechanical, tapi result Mechanic A Sem 0 menunjukkan sebaliknya. Dr.Toh ajar aku cepat jea faham, tapi dalam test kenapa blurr ? Kenapa dalam exam both Mechanic A & Termal Sc A aku hentam keromo ? Kenapa selalu spend banyak masa kat tutorial subjek Dr.Toh ajar ? ( subjek Dr.Toh ajar merupakan subjek yang menjerumus ke arah Mechi.Eng ). Ikutkan hati, aku nak jea membuta tuli submit Combination C. Tapi, aku harus sadar. . . aku bukannya budak kecil lagi. Aku kena matang, dan berfikiran matang. Childish act may causes me to regret for the entire lifetime. Sedih, sebab kena terima kenyataan. Dunia realiti tidak sama dengan dunia yang kita impikan. Bukan semua nak, kita dapat. Kalau dapat sekalipun, belum tentu yang betul-betul sempurna. Haih, dengan keputusan yang aku submit, cukuplah seminggu pilihan ini bermain dalam mindaku. Just, follow the flow. Terima kasih Homer Hickam, kerana menjadi penaik semangat aku tatkala aku hampir putus asa sewaktu di bangku sekolah dahulu. Kita tidak sehala, namun, kedatangan kau dalam hidup aku memang sangat bermakna. Aku hargai itu, sungguh. ISAE bukan tempatku, selamat tinggal Aerospace Eng :'(


P/s : sabar D-SIM, husnuzon lah dengan penciptamu, YA HAKIM.

6 comments:

  1. hi i love you. muah muah
    sincerely, H_____ ( unmc mate , hehe )

    ReplyDelete
  2. ha.moga - moga dengan istikharah tu,ada sesuatu yang akan di hikmahkan untukmu.:)

    ReplyDelete
  3. entahlah sim,hidup ini bukan buat keputusan berdasarkan keputusan peperiksaan,tapi atas minat kita,tak kisahlah berapa kali kita jatuh,tapi kalau kita nak benda tu,insyaallah Allah permudahkan.

    tapi memandangkan kau dah pilih jalan tu,buatlah yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  4. Ibnu `Umar radhiallahu’anhuma berkata: Seseorang benar-benar beristikharah kepada Allah Ta'ala, lalu Dia menjadikan baik pilihannya itu, kemudian dia kesal kepada Rabb-nya, Namun tidak berapa lama kemudian dia melihat bahawa kesudahan yang baik telah dipilihkan untuknya (oleh Allah).'

    Ikhlaskan hati wahai hamba, hidup ini pilihan. segalanya ALLAH yang tentukan, cuma kita sebagai sandaran. Mudah-mudahan itulah yang terbaik dlm kehidupan. :)

    ReplyDelete
  5. @anon : H.... Hasif = iddin hasif =='

    @ekin&effa : insyaAllah, doakan aku !

    @boy : act, EMA tu sng faham, waktu exam pun xblurr~ insyaAllah aq buktikan aq boleh, yeah !

    @anon : thanks anon :) 1st tyme dgr hadis psal istikharah

    ReplyDelete