السلام عليكم
Haaa ! Dengan parent adik beradik semua bangun awal, abah cuti, mak sibuk buat persiapan orang kahwin, adik dengan buku SPM dia, abang dah rajin keluar pepagi cari nasi lemak, tapi aku seorang jea malas-malas atas sofa :P
Aoron sibuk nak sempit-sempit masuk dalam entry nih XD
Yeah, sounds lively here compared to my daily life kat Notts. Sana waktu subuh-subuh camnie senyapppppp jea. Rasa berjaga subuh pulak lagi seram daripada berjaga tengah malam. Yela, sunyinya lain macam --' Sini mak abah pagi kejut subuh, kat sana, hehh, kadang - kadang, sedar-sedar tu dah cerah dek terlupa set jam loceng pagi. Memang Subuh gajah laa jawabnya T.T So, kat rumah nie selamat sikit, hehehe tu yang best :D Tengah makan nasi lemak sambil layan The Smurf, mak dan abah baru jea balik dari Batu Gajah, shopping barang kenduri katanya. Mak cakap sesuatu, bagai angin lalu tepi telinga, buat endah tak endah. Al-maklumlah kalau D-SIM nie ada makanan depan mata, nafsu tu diutamakan ! Muehehehe, tapi telinga aku dapat tangkap ayat terakhir mak aku.. ' kulit dia cantik '.
Tengah dok sedap ngap ngap ngapp tuh, otak aku ligat berfikir, ' Apa yang kulit cantik eh ? ' Macam. . . alih-alih nampak. . .
Anggur ! :D Sebungkus beeesar ! Yey ! Makanan tadi aku letak tepi, terus berlari aku dapatkan benda alah nih sambil jerit kecil, ' Mak nak sikit, nak sikit ! ' Mak dan abah ketawa, tanda geli hati lihat gaya aku, sukee lettewww -,- Fyi, aku hantu buah tembikai & epal. Anggur ? Mak cakap aku makan anggur macam makan kacang, takat 1kg tu memang tak cukup ! ;p Aku mintak sikit nie sebab takut-takut mak beli khusus untuk kenduri nanti, risau bahagian aku takde :( Tapi mak cakap ' kalau untuk kenduri orang mak ingat, takkan anak mak sendiri lupa kan ? ' teeeeenkiu mak ! :D
Eh, mesti ada yang tertanya-tanya kenduri/persiapan apa kan ? Sebenarnya, mak sibuk - sibuk kat dapur tue nak buat masak kenduri akad nikah aku kahwin, eh, sepupu aku kahwin. Tersasul plak. . . teehee. . Dan dari sinilah aku tahu perkara baru, kenduri akad nikah dengan kenduri ramai-ramai datang tu lain rupanya, hoho Aku ingat, akad nikah terus kenduri besar. Eh, ada jea kan orang plan both on the same day rite ? Haih, lantaklah, bukan aku yang kahwin pun, haha
Bersepah sikit bahagian dapur jadinya. Sibuklah katakan, ingat nak tolong, rasa tak perlu kowt. Adik ada ( ayat untuk menyelamatkan diri ) Nampak bekas/tong besi tu ? Ada lagi tong yang lebih besar siap penuh dengan tomyam ! Pergh, ikutkan saiz tong itu, kalau tak silap stok makan separuh batch aku dulu kowt ( teringat lak DM punya tomyam, tak sedap -_- ) Mak cakap nak buat sikit, tengok gaya macam berlawanan jea =='
Adik siang udang, kena ke ayat siang tu? Hehehe Antara bahan resipi tomyam Mak Cik Yati >.<
Wanna know something ? Sementara tunggu adik aku masakkan telur mata buat lauk tambahan nasi lemak, aku pergi laa ngap kek pisang mak buat nih. Slice by slice aku potong, tahu berhenti bila adik dah datang ke meja jepun, bawak apa yang perut aku nak. Dan bila parent balik, ayah aku terkalis kat meja kaca,cakap. . . dah tak bulat dah kek pising untuk kenduri orang nih. Err...err....erk, tak tahu pulak yang itu untuk orang -.-'
Nasib benda ini kecik kan, kalau makan satu dua tak perasan kowt :PPP ( Kuat betul aku makan ) -..-
Haih, diorang sibuk seronok pulak aku tengok, kesian pulak jadinya bila aku busy-body -,- Ikutkan aku nak keluar tengok wayang petang ini dengan kawan, tapi. . .erm, paneh bebenor Ipoh sekarang ini. Keluar rumah, cerahnya hari rasa macam spotlight polis ramai-ramai suluh kat mata aku #.# Hm, One Piece atau Leverage ? NFS:The Run dan Battlefield 3 nak main tunggu RC home theater aku dipulangkan, kalau tak mode 'surround sound' tak boleh buat tanpa RC. Baca Contengan Jalanan waktu panas-panas macam nie tak sesuai kowt. Nak driving lagi laaa. So, I think..I rest my case with these grapes :P
P/s : Dah lebih 2 tahun usia blog nih, dan ini entry ke-300. Dari bahasa 'sms', dah macam menulis esei format SPM aku tengok cuma tatabahasa jea kantoi,haha Sastera belum lagi kowt, masih belajar bahasa puitis/grammatis nih. Melalui blog jugak laa aku mula "kenal" bahasa, bukannya pelajaran BM dari tadika sampai last paper BM SPM tahun lepas. Secara jujur, aku nak jugak tulis bahasa-bahasa indah macam blogger lain, membawa maksud yang mendalam di samping mengajak pembaca blog untuk berfikir dengan bahan yang diberikan. Daripada budaya 'suap info' , aku cuba sedaya upaya untuk ubuh perspeksi ini selain selitkan dakwah agamaNya. InsyaAllah. Sekian sahaja buat entry kali ini =)
haih bila nak cuti nak balik makan anggur.
ReplyDeletealah, asal weekend balik jea,haha
ReplyDeletekalo hg kawen rasenyer satu tong je xckup...hg sorg je mkn...hahhaaha..
ReplyDeletehuih, haperbola gile -..-
ReplyDelete