Saturday, November 19, 2011

Macro Outing ;)

 السلام عليكم

Apa kabo yoep ? Sehat ? Teman camghine jea laaa rhope, asyik dok mangkorr jea atas katil. Udoh le sejuk taim hujan-hujan nih, haish, kesior teman nak kluor. Lagi sedap nak mengolek atas katil ade leee. Tapi, sebabkan perut udoh mengulas kebulor, teman gagohkan juge membedek ape yang ade kat dapo. Dengan muke berselemuihnye, kalau kat rumah mau kene hambat dikojekan mak. Hujan kat luor lebat kemain, dapat bantei ayor nyangat sedap nih.


 Hehe, tiba-tiba nak cakap loghat Perak pulak *simpton rindukan Ipoh lettewww. Penat sebenarnya. Malam semalam baru dapat game MW3, BF3 dan Bulletstorm ( melayang duit hijau metallic aku~ ) Layan MW3 sampai 5 pagi, tidur sekejap, bangun lewat 6 pagi pastu terus keluar pergi FRIM. FRIM ? Forest Research Institute Malaysia. Kalau orang sebut atau ajak pergi FRIM, maknanya nak pergi ke Hutan FRIM, yang terletak di Kepong, Selangor. Tak jauh dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan ke sana tidak mengambil masa yang lama kalau Jalan Kuching dan Ipoh tak sesak. Tapi, aku dan senior batch 6, Hafiz Idris bertolak dari Notts, kena ambil masa dalam sejam, termasuklah singgah ke Stesen LRT Bandar Tun Razak sebab nak ambil Nadly Aizat, batch ke-3 rasanya ( baru jea sampai Malaysia, kat New Zealand sekarang  tengah cuti summer ) and yes, perjumpaan aku sebagai junior dengan si senior Hafiz dan kami si junior dengan si senior Nadly Aizat, muehehe. Dah bergenerasi-generasi ASiS nih ! Lalu depan Sains Alam Shah, Stadium Bola Sepak Cheras di mana dulu budak ASiS jakun dengan outlet KFC kat situ, Taman Tasik Permaisuri, sedikit sebanyak terimbas kembali kenangan yang terkumpul selama 2 tahun sebagai seorang pelajar ASiS. Bangga jadi ASiSian ! Yeah ! * Tu jea point aku sebenarnya, haha




Nie peta dia, insyaAllah bagi sesiapa nak pergi ke sana tak sesat kerana banyak papan tanda FRIM. Kami pun bergantung kepada papan tanda yang dok tercangak kat tepi jalan jugak. Tiba dalam pukul 9 lebih. Fee nak masuk ? Bergantung dari mana anda datang. Kami dari Semenyih, bayaran sebanyak RM7 dikenakan. * macam pelik kan ? Aku pun tak tahu kenapa, tapi ikut pandangan aku, carbonfootprint punya kerja kowt. Dari jauh datang dengan kenderaan, lagi banyak carbonfootprint kan ? So, maybe... MAYBE... relationship with carbonfootprint - green thingy - forest - save the Earth cost the fee system ? Crap talk. Move on,

Ramai juga pengunjung di sini, ada yang berjogging, berbasikal dari park rider kepada mountain-biker ( gila semua basikal jenis mahal gila buat aku jadi jakun gila gila kayalah diorang gila betul.). Ada kelihatan anak kecil bermandi manda dengan sungai yang jernih ( that's impressed me, susah nak jumpa air jernih sekarang nie. Tahniah FRIM ! ), jungle trekking serta sekadar datang mengambil udara segar dengan oksigen padat khas dari hutan hujan tropika FRIM sambil ber-picnic , cewah. 



Kami ? 




Macro-shoot outing ;)




Ralat bebenor teman rase sebab tak terpikior pulok nak bergambo lepas Raye Haji~ Yes, it means, aku tak bawak DSLR aku, jadi aku pinjam dslr senior jea huhuhu. Kalau aku bawak dslr pun, lens macro mau cekau manaaaa ? Dahla body aku takde motor, nasib camera murah D; Tapi, kagum aku tengok D700 Nadly punya, sekali dengan lens macro + diffuser. Aku nak highlight balik, LENS MACRO. Lens macro masih lagi dalam to-do-list aku yang entah keberapa wajib dilaksanakan T.T Tak apalah, dengan adanya senior dua orang nih, aku boleh laa belajar sedikit sebanyak pasal nak ambil gambar macro. Dengan setting  and kit semua, aku pun baru first time dengar pasal the rule of thumb O.o




Apa yang aku belajar hari ini, banyak perkara yang perlu dititik beratkan kalau nak ambil gambar macro. Exposure triangle macam biasa, nak in-deep focus lagi, nak tahan nafas bagi kurang gegar supaya gambar tak blurr lain cerita pulak. Cari focal length lagi, nak gambar sharp jea pun. Tapi, paling utama, pencahayaan * Hafiz cakap dah bosan dengar ayat ini. Aku jua, muahaha. Apakan daya aku ni hanya si amatur bakal merangkap pro yang dinobat oleh diri sendiri. Efek pencahayaan flash tanpa diffuser lain, dan antara jenis diffuser pun lain efek light distribution nya. Nadly ada ring diffuser, memang terbaik laa efek cahaya gua cakap, reflection pun aku tengok pun mininum *300dolarNZ kowt untuk diffuser sahaja yea -___- 

Macro on insect, menurut senior, diorang nie jenis mengamalkan sunnah Rasulullah. Rajin 'berjaga' lepas subuh. Dah kalau datang hampir tengah hari, jenuh bebenor nak mencarinyeee. Labah-labah pulak, pun begitu cuma lepas hujan pun aktif jugak. Ambil gambar serangga jea ? Hah, benar berjalan kaki dalam hutan tu membuatkan kami penat, tapi berhenti nak ambil gambar macro dua tiga minit cukup membuatkan kami berpeluh ! FAKTA YANG BENAR SEBENARNYA. Tapi Nadly awal-awal dah berpeluh :PP aku terfikir jugak, kenapa aku tak try ambil gambar macro on the small fern eh ? Hmmm... 


 klik untuk tumbesaran~


Aku kurang ambil gambar berikutan aku. . . risau nak pegang guna barang orang, lagi-lagi yang ribuan MYR. Kira, bagi aku, gambar labah-labah ini yang terbaik aku ambil pagi tadi ! :D 




Gambar nie. . sebenarnya nak duduk membuang lelah jea, hehe.. Sekian sahaja dari aku. Thanks Hafiz angkut aku, to Nadly, nak belajar long exposure yea bila ada masa :D 





P/s : Dapat peta free, dan aku compare kan dengan peta yang aku dapat dari pakcik Google *sorry  peta yang aku dapat tu hilang, bahan hilang = tak syok nak ulas  =='




Baru aku perasan, jalan ada bahagi kepada  dua ; pejalan kaki dengan berbasikal ( means, trek dia sesuai untuk berbasikal daripada berjalan kaki ). Aku yang tak pernah fail Geografi bagi dua dunia nyata dan realiti, fail kat hutan FRIM nih ! Argghh ! Penat tak penat hampir 4 jam 'tersesat' dalam ikutkan peta tuh. I ponder for a displacement distance walking through the thick forest, but we were far walking at a complete circle distance instead ! -,- Sila perbetulkan peta FREE anda yea encik dok jaga hutan FRIM oleh sebab aku okay boleh jalan 4 jam camgitu, kalau nenek tua sensorang terpisah dengan rombongan warga emas jogging gimana ? Silap silap merangkak keluar lepas 4 jam 'tersesat'. Anyway, my bad jugak -.-''

5 comments:

  1. http://www.flickr.com/photos/nadlyaizat/sets/72157628048142273/detail/


    gambar macro daripada Nadly :)
    tak tahu laa kalau hafiz dah upload ke belum gambar dia.

    ReplyDelete
  2. Wah best!!!!!!!!! Gambar nature LOVE IT.. nk beli jugak micro lens, tp kena kmpul duit dulu,,huhuhuh

    ReplyDelete
  3. spider itu sgt ossem!
    subhanallah..

    ReplyDelete
  4. @nadly : erk ? hoho, tersilap kire lak

    @farhana : thanks :)

    ReplyDelete