Sunday, November 27, 2011

Penat 'beradab'.

السلام عليكم
Penat, kurang tidur, dah lebih kurang 400KM aku memandu dalam masa dua tiga hari nie ! Tolong itu tolong ini, tengah panas, dalam hujan, berpeluh lagi. Asal singgah kat masjid untuk solat, mesti tertidur lepas tu namun terjaga bila dikejutkan abah dengan ayat " Jom " Ralatnyaaaa dengar -_- Mintak nyaawaaa mintak nyaawaaa D; Haih, tak apalah. Tolong kenduri sepupu sendiri pun. Bak kata abah emak, " nanti mimi nak kahwin, deme pulak datang tolong " Err..err.. Okay. Nescafe Coffee Original tin RM 2.20 serta Red Bull RM 3.00 memang jadi teman setia aku lah ketika memandu, sampai kadang - kadang tu nak celik mata pun dah malas. Ikutkan 'flow' lebuhraya pulak, bengkak hati jadinya. Macam - macam ragam aku jumpa, tapi aku sendiri pun tak nak mengalah -,- Turun bukit dari Terowong Menora tu kalau boleh nak PECUT lebih 120 KM biar sampai rumah cepat ! Ada kereta pulak, dah tahu takut bawa laju masa hujan lebat, degil jugak nak duduk lelama kat line kanan. Arghh ! Tension jadinya ! Entah pelik sekarang nie, bawa lebih 130KM pun ayah dah tak kesah ! Yeah ! Tu yang paling best cuti kali nie ! ^O^/





Adalah singgah sekejap di tepi tebing Sungai Perak kat Kuala Kangsar, saja ambil angin sambil layan laksa dan cendol :D    Tapi, erm. . . Asal aku ambil gambar pemandangan jea kat sini, mesti ada yang tak kena. Apa erk ? Gambar ini aku saja buat miniature effect.




Aku lebih suka ambil gambar landskap, melihat kebesaranNya melalui ciptaan dia, Subahanallah. Sejak akhir-akhir ini banyak gambar 'plain' laaa.. Dah lama tak godek nikon nih. Majalah kamera pun dah lama tak baca, lebihkan akademik sangat -.-'



Okay, tak nak cakap banyak. Aku pun dah malas dan penat nih. Ini gambar semalam. Lokasi, dihadapan rumah pengantin perempuan. Yang kahwin nie namanya Si A dengan Si B. Err.. sumpah aku dah lupa nama diorang berdua ==' Apa - apa pun, keluarga kami dari pihak perempuan. Pihak perempuan ini dari Ketior, Kuala Kangsar, suaminya pula dari Cangkat Ibol, Taiping. Kalau nak ke Ketior, singgah Kuala Kangsar kan ? Tapi yang paling best pergi rombongan perempuan ke Changkat Ibol tu kena lalu Bukit Gantang ! Pernah dengar nama tempat Bukit Gantang, Taiping, Perak ? Tempat ini jadi terkenal bila PM ( PM kowt ) buat acara makan durian kat kawasan ini, SETIAP TAHUN, SECARA PERCUMA. Wal laaa weh ! Masyuk ! Tadi lalu pun, kembang kempis hidung aku bau durian. Hampir setiap 200m mesti ada gerai durian tepi jalan. Tergoda iman I. ( Mr.D-SIM lebih suka makan cekodok durian daripada makan 'kosong' )




Itu atok aku, masih sihat, machoo dan cool dengan tongkat emas beliau B)  Gambar fresh tengah hari tadi. Entah dalam penat hujung minggu ini, hati berkata puas, sebab aku belajar banyak ilmu dari segi agama - dengar ceramah dari radio at most masa driving, selain lecture daripada mulut emak sendiri. Paling banyak aku 'serap' ilmu adalah berkenaan adab/adat orang Melayu ( aku tak dapat membezakan antara adab dengan adat =.= sebab itu SPM aku BM cukup-cukup makan kowt :O ) Adab dan adat orang Melayu, personally, agak menyusahkan laaa tapi still ada keunikan adab itu sendiri sampai diwarisi dari generasi ke generasi. Apa yang aku belajar, adab/adat ini tak boleh belajar secara teori, maksud aku, benda ini kena belajar secara praktikal. Kalau menyepi daripada masyarakat Melayu, takkan dapat ilmu macam itu jea. Silap haribulan, terasa 'dipulau' bila ada occasion yang mengetengahkan adab,adat Melayu macam kenduri perkahwinan orang Melayu. Cara bertegur sapa, cara 'berseloroh', cara bercakap antara saudara - mara, menantu dengan mertua, biras dengan biras, cara melayan tetamu, nak jaga hati lagi dan bla..bla..bla. Apa perlu buat bila merisik, meminang, akad nikah, bersanding semua siap pantang larang lagi. For me, BLOODY HELL. Sumpah banyak benda aku tak tahu ! Antaranya, masa berjumpa antara dua keluarga untuk bicangkan tarikh perkahwinan dan aturan kenduri bagai, setiap keluarga kena ada 'even' ahli keluarga dari adik beradik parent. Nak datang pulak, jangan tangan kosong, buat mertua, dan isteri/suami jugak. Oppsss..bakal mertua dan bakal isteri/suami.


Bila orang tua bersembang, dari pemerhatian mata kasar nampak macam biadap, tapi aku tahu diorang itu sedang berseloroh. Tapi kalau aku buat perkara yang sama, adakah orang tua tu beranggapan perkara yang sama ? Aku jenis menyepi jugak dulu, kalau boleh nak jadi 'atheist' lah adab-adab orang Melayu nih. Tapi. . kita berinteraksi sesama manusia yang mempunyai budaya dan adat yang menjadi amalan sejak turun temurun. Sebagai contoh mudah, ce kalau korang jadi si bakal suami nak jumpa dengan orang tua si bakal isteri. Orang tua pula jenis yang dok kat ceruk kampung, siap dengan loghat pekat, kain pelikat batik sepanjang masa pulak tuh. Hah, salah sebut sikit, salah guna ayat pun silap - silap kau kena reject macam itu jea. Dah melepas bunga sekuntum, hahaha :D

Aku sendiri pun kekok nak bersembang dengan orang kampung. First, 'loghat' barrier, gosh. Kedua, background lain - lain, for sure. Ketiga, nak cakap pasal apa ? Facebook ? Twitter ? Kalau berita pun jarang tengok, suratkhabar pun dah berbulan tak sentuh, apatah lagi nak ambil tahu khabar orang kampung. Kalau dia sebut si itu si ini, beraya rumah itu rumah ini, si A meninggal, si B jadi janda rebutan, puas aku mencongak dalam otak, ' yang mana nih yang mana nih ? ' Diorang bersembang sungguh, muka beria, tak ke aku rasa malu bila dia kasi 'soalan checkmate' macam tu ? Kalau korang di situasi si orang kampung itu, tentu korang pun dah malas nak tanya si budak bandar yang bajet ni kan ? Menyesal pun mungkin ? Dan aku pun beranggapan laa, dia kecik hati sebab tak mampu nak bersembang cara 'deme'. Haih, perkara ini dah lama aku fikirkan, cuma sejak akhir-akhir ini aku rajin pulang ke kampung, demi ilmu ini. Mula lah rajin ikut ke kampung, kenal-kenal orang kampung, berbaik - baik dengan mereka. They are warm, and nice. They wont ask your name, your father's name instead, so dont worry. hahaha. Mak dan abah mungkin perasan apa yang aku buat kowt, sebab bila balik jea, lalu depan rumah orang itu, mereka sebut laa siapa yang menetap kat rumah itu, nama mereka dengan sejarah hidup diorang lagi. Kira nak membantu orang yang baru nak belajar laaa kiranya -_- Bagi aku yang penting, bukan nama penuh penduduk kampung, tapi nama panggilan mereka and basically serba sedikit pasal mereka. Hm, are we facing the same situation guys ? O.o


Ikut kenduri mereka pun, at least, ramai orang aku baru kenal, terutama saudara-mara belah abah ( jarang berjumpa selain masing-masing duduk jauh, tak macam keluarga mak aku. Lagi segan bila orang-baru-kenal itu kenal aku dan aku tak langsung ! #.# ). Well, penat beradab is worth at all and hablumminallah hablumminannas right ? :)



P/s : I used a lot of examples from wedding thingy coz that's the clear picture I observed so far within few days, so, don't over judge me yeah XD  Let me guess, i haven't upload any picture with my mum and dad, so, here it is :) 


  

3 comments:

  1. seronok la berseloroh dgn org kampung. byk benda 'deme' sudi kongsi.

    ReplyDelete
  2. nice post simi, tapi rasenye rata - rata umo mcm kite face the same situation..
    takpe, byk masa lg utk kenal mengenal..
    apa yg pasti, jgn tunggu smpai walimah baru kome nk kenal, susah meh.. hoho..

    btw, photo kat tebing tu ohsem!
    subhanallah..

    ReplyDelete
  3. @chopu : tulaaa.. diorang bersembang mcm xpenah kering isunye, tapi best gak klu dpat ikut 'flow' diorang.

    @farhana : hahaha, tu psal laaa dah get ready sblm walimah :PP

    n thanks :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...