Sunday, November 13, 2011

SPM 2011

السلام عليكم  

 AMARAN KERAS : INI ENTRY KHAS BUAT PELAJAR SPM :D




Esok dah SPM, takutnya ! Hoho, dah lepas SPM, memang boleh laa cakap macam nie kan ? :P Okay-okay, esok 14.11.2011 bermulalah Sijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2011 secara rasminya dengan subjek Bahasa Melayu ( sesungguhnya aku benci subjek Bahasa Melayu taraf SPM. Sikit pun aku tak rindu subjek tuh -.-' ) So, buat junior sekalian, dah siap ke segala persiapan ? Alat tulis kena pastikan senantiasa ada pensil, pen mahupun pemadam lebih satu. Kesihatan, makan pun kena jaga. Ikut pengalaman aku, aku banyak berpuasa bila dah nak dekat SPM. Nak maintain kesihatan lah katakan. Tapi masa SPM aku melantak, hehe. Sarapan jangan lupa ambil, makan biar sederhana. Kurangkan ais dan maggi tu simpan simpan laaa. Dah habis SPM nanti, melantaklah banyak mana korang nak. Sentuh sikit pasal subjek SPM, bila dah mula exam, kurangkan menghafal dan banyakkan latihan. Masa untuk 'all out' balik ilmu yang kita duk belajar sejak form 4 lagi. Bagi aku, takkan masuk punyalah segala fakta baru yang korang terjumpa sehari sebelum exam. 

Sudah terhantuk baru nak mengadah ? Jangan menyesal bro, follow jea flow SPM nih. InsyaAllah, boleh jea buat ! Aku mula sayang ASiS sejak junior form 4 reti nak balik rumah bercuti, tinggalkan form 5 menghadap peperiksaan. Tak best ? Masa masa SPM laa paling best ! Tak tipu ! More privacy bila form 4 takde, kira boleh menggila kat sekolah. Aku yang bajet baik pun bawak handset laptop last-last. Bila masa lagi korang boleh layan movie sampai lewat malam tanpa warden ambil kesah dah ? Okay, kitaorang layan movie bila gap exam panjang yeaaaa. . .  Buatlah apa yang patut, kalau dah jawab sesuatu subjek, simpan jea semua paper tue dalam beg. Kalau tak dapat jawab sekalipun, masa takkan berputar kembali, kan ? Selagi SPM tak habis, focus exam jangan lari. Yang penting, jangan lupa padaNya. Aku semasa bulan peperiksaan dulu, mulakan pagi dengan Surah Yassin dan Ar-Rahman. Solat Dhuha jangan lupa walaupun gap exam seterusnya cuma 30 minit. Kalau ikut cara ASiS, pagi wajib baca al-Quran, mathurat, solat taubat dan hajat waktu lepas magrib dan sebelum tidur ada al-Mulk. Ikutlah cara Islam nih, exam stress jadi kena seimbangkan balik dengan perkara yang tenang bila dilakukan macam recite al-Quran. 

Last but not least, SPM is just a stepping stone towards your ambition. Don't let this crap exam finishes y'll. I know it's hard, no doubt about it. But believin yourself, you can do it ! Let's start with Bismillah and end it with Alhamdulillah, istiqamah in your ibadah and pray to HIM. HE surely loves it, and there's always a reward for everything you do when address it to HIM. Trust HIM instead !


P/s : wahai Cik Nadhirah, moga berjaya !  Role satu family, berpuasa untuk kau sepanjang kau exam. Role kau, do the best masa exam ! Jangan cuak Cik Aqilah, gambateh buat Farina and the geng. Junior kat ASiS, be NO.1 SBP year 2011. Buktikan Batch 8 lagi baik daripada Batch 7 !

No comments:

Post a Comment