Tuesday, November 15, 2011

Kepayahan mengajarku erti kesabaran

Dah berjam - jam aku buat soalan topik yang sama, namun kefahaman aku terhadap topik tersebut masih kurang memuaskan hatiku. Mintak tolong pada rakan, kesian pulak 'paksa' dia bersengkang mata demi membantuku dan akhirnya dia mengundurkan diri. Aku ? Erti menyerah kalah itu jarang sekali muncul dalam hidup aku, biar bersusah susah dahulu asalkan senang kemudian ! Namun. . . kesabaranku terus diuji dan diuji dengan soalan yang semakin rumit. Ya Allah. . siapa lagi yang harus aku minta tolong ? Rakan sebiliku telah lama melelapkan mata, begitu juga dengan rakan serumah yang lain. Haih, padahal subjek ini menjadi kegemaranku sejak dibangku sekolah lagi. Sedang merehatkan minda, terbaca post Hilal Asyraf ( betul - betul membuatkan ku terasa ) :
 
 Ubat kepada masalah,

adalah mendekat dengan Tuan Punya Masalah.
"Allah, bagilah ringan sikit."
Kalau tak kamcing, memang tak boleh diskaun berat masalah tu dengan Dia.
Kalau tak rapat, sah-sah tak boleh minta harga kowtim dengan Dia.

Saya dah agak dah. Allah bila bagi saya masalah, first Dia nak tegur+tunjuk ajar saya. Biar saya jadi lebih baik lagi, lebih hebat lagi, lebih bagus lagi dari sebelum Dia bagi saya masalah. Second Dia nak kuatkan saya. Ujian buat saya belajar, buat saya faham, buat saya lebih bersedia. Third, Dia saje je nak bagi air mata saya yang saya simpan lama-lama ni keluar, lembutkan hati.

Allah memang baik.
Siapa tak baik dengan Dia, rugi. 

Ya Allah, apakah mungkin aku bersangka buruk pabila kutemui kebuntuan ? Ampuni aku Ya Allah, ampuni aku.
 
 
Sabda Rasulullah s.a.w: "...Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata, sekiranya (kalau) aku lakukan begini, maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah, " Itu merupakan takdir ALLAH dan DIA melakukan apa yang dikehendakiNYA. Sesungguhnya "kalau" akan membuka pintu amalan syaitan." 


[Hadis Riwayat Muslim]
 
Haih, tamparan tepat mengena hatiku ! Teringat kata-kata lecturer, jangan pernah sangka soalan akan keluar 'sebijik' seperti soalan yang pernah kita belajar. Kalau nak maju kehadapan dan betul - betul menguasai ilmu, kita mesti bersedia dengan segala kemungkinan, kan ? Aku hampir - hampir lupa pesanan bermakna. Memandangkan test yang semakin hampir, aku tak boleh berputus asa. Semangat aku tak boleh mati. Bantulah hambamu ini Ya Allah !
 
 
P/s : hati pun risau kat adik yang sedang menduduki SPM. Semoga berjayalah kehendakNya~ 

2 comments:

  1. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Q.S. Al Baqarah [2] : 286).

    =mabruk 'alaika, nice entry=

    ReplyDelete