Thursday, December 29, 2011

Bismillah.

Salam.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


semoga. . . aku dapat survive cara hidup bujang ini memandangkan duit bulan Jan 2012 mara kasi hujung bulan Jan 2012 ! #.# Aku ingatkan duit keluar hujung bulan Dis 2011, rupa-rupanya ikut sistem orang makan gaji jugak, huhu. Masa beli barang dapur di Tesco tadi, call mak, mak angkat selepas beberapa saat  kuberi salam terus serbu 1001 soalan pasal bahan dan cara nak memasak pada mak. Mak di hujung talian senyap jea. . 

Mak ?

Kamu tanya pasal masak nie nak memasak ke mie ?

Ha'a. . Mana nak cukup duit makan kedai Pak Arab tu sampai habis final. . 

Serta-merta aku dengar mak gelak ;

Kesiaaaaaan anak mak yea ?

Orang nak masak jadi lelaki mithali..opss.. lelaki berdikari pun tak boleh ke ? -..- Kalau nak survive makan murah boleh jea beli makanan kat kantin, tapi mak aku berkeras tak kasi. Katanya. . . was-was dengan tanda HALAL kedai-kedai di situ, apatah lagi persiapan dan cara memasak. Kedai Arab boleh, cuma nasi dan lauk sahaja sudah RM 7 sekali makan tak termasuk air. Cuba kira at least 2x makan sehari kali dengan 30 hari ? Mana tak kempis poket aku camtu ? Dan-dan pulak aku nie perut tong =='  Mak selalu kasi financial aid sebab sedia maklum pasal makanan, tapi. . . eden nak cuba berjimat dengan cuba bertahan memasak sampai habis sem 1 dan sem 2 berikutnya sebab tahun depan nak cari cincin tunang..weeeehaaa ! 


Jangan ambil serius ayat tadi -,-


Aku dah bajet, bajet aku memang ada lebih RM200. Itu baki yang ada walau dah beribu spent, kira aku  nie berjimat cermat pandai kira-kira, tanda-tanda dah boleh buat rumahtangga nih, muehehe.  Dulu Mara kasi cek sampai cukup-cukup 6 bulan ikut duration check ( Julai-Dis 2011 ), bajet untuk simpan lebih sikit kot-kot sampai masa terdesak. Tapi, betul aku tak sangka duit bulan Jan dapat akhir bulan Jan. Langsung aku isytihar darurat ekonomi -.-'

Haihhhh. . .  Aku makan cerewet jugak pun. Air mineral 12x1.5L wajib beli sebulan sekali, bukan jenis layan air sejuk, air tin bergas bagai. Air buah takpe, kalau boleh air buah suam. NO YOGURT. Sayur nak organic, cari macam-macam jenis pun, telur beli buat breakfast ( orang cakap bagus untuk body, cewaahh tuff laa aku nanti,haha ) Minyak nak masak sayur tak pakai minyak goreng tuu. .  aku cari yang nie ;


Ambil yang murah pun, sebab masak sayur bukan guna banyak + untuk aku sorang pun. Owh yea, jadi ke kalau letak kunyit sikit pada ikan kembung, balut dalam aluminium foil pastu letak dalam microwave biar jadi ala-ala ikan bakar ? Err. . boleh ke ? Aku. . . geli tengok makan berminyak-minyak nih, tu pasal cuba kasi steam, hahaha :P

P/s : Teman budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ! :D 

3 comments:

  1. Untunggla da pandai masak.

    ReplyDelete
  2. woaaa mahal gila. memang sengkek la kalau macam tu. aku rm7 tu bajet utk makan sehari kott.

    ReplyDelete
  3. @anon : eh, xckap pun reti masak.. main campak2 bahan jea dlm pan, haha

    @c.chopu : yeah, mmg mahal sini.. bajet mcm dok uk plak, pdahal hutan hujan tropika jea haaaaa

    ReplyDelete