Friday, December 23, 2011

Comel ke ?

Comel ke pakai macam ini ?






TIDAK,

bila penat lelah baru sampai Nottingham, 
bila peluh belum kering,
bila buka pintu rumah tengok habuk sana sini,
bila tengok rumah tunggang langgang bagai tongkang pecah,
bila lihat lantai macam dipijak bot ranger hutan,
bila memijak lantai seperti mahu tak mahu sahaja, 
bila tengok kertas bertaburan gaya final dah habis pula, 
bila lihat susunan perabot hura-hara,
bila mini-kitchen bagai tempat cuci pinggan - minyak bagai, 
bila buka tudung kedua-dua periuk nasi ada kulat menghijau busuk,
bila masuk bilik air pula bau air hanyir dari baju yang dah berendam hampir sebulan !
bila fikir dalam-dalam. . . 


. . . .daripada aku mengeluh sorang-sorang, baik aku mula kerja. Kerja mengemas satu rumah. Ralat. . boleh jadi. Ingat boleh solat selesa bila sampai, terus tidur menanti hari esok, lain pula jadinya. Rasa sampai dalam 11 malam tadi. . kulihat jam, sudah menjenguk angka 1 pagi, baru boleh duduk selesa atas katil. Haih, sabar D-SIM. Sabar.

 ” ...Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.” 
[ Al-Muddassir 74: 7]

Readers sekalian. Hidup nak senang boleh, tapi jangan dengan cara menyusahkan orang lain pula. Seronok sangat nak balik halaman kampung sekalipun, sekurang-kurangnya bersihkan dahulu rumah. Islam mengutamakan kebersihan, jangan lupa, kita sendiri menjadi rujukan agama lain. Buruk kita, ertinya kita jadi cermin kepada agama Islam, maka buruklah agama pegangan kita pada pandangan mereka.


Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqos dari Rasulullah SAW, Beliau bersabda: 

“Sesungguhnya Allah baik, menyukai kebaikan. Dia Maha Bersih, menyukai kebersihan. Maha Mulia, menyukai kemuliaan. Maha Indah, menyukai keindahan. Karena itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.” (HR. Tirmidzi)



P/s :  Aku lapar, jom makan ?

2 comments:

  1. boleh tahan kecomelannye.. heheh.. :D

    ReplyDelete
  2. hihi.. kreatif sungguh.. hmm.. kalo duk hostel mcm intan mmg kena clearance dulu sblm blk.. tp x tau la camne keadaannya nnti sbb dh sebulan tggl..

    ReplyDelete