Tuesday, December 6, 2011

Entry ini sekadar membuang masa.


السلام عليكم



Buang masa ? Aku sedang bercakap dengan cermin sebenarnya. Aku dah baaaaaanyak buang masa sejak kelas tutorial last Khamis lepas. Selepas itu ?




Terbungkam aku kat katil, mostly. The terrifying part at most : sleeping disorder. Tidur aku bukan tak cukup, tapi terlebih cukup. Kalau kelas dah habis ( kecuali kelas math esok hari yang tersesat ada topik baharu ), tutorial hampir - ulang, hampir - habis, cuaca hujan-mendung-redup memanjang. . . Haih, memang katil laa teman sejati ! Rajin berjaga malam, siang tiba jadi kelawar pulak. Dah mata macam panda. Kalau rajin qiamulai takpe jugak =='  Kembang otak tu memang tak laa kalau dah mendap kat Nottingham tak keluar langsung. Ajak turun KLCC, taknak. Ajak berjoget kat Bintang Walk, dah retired. Ajak cium lantai Pavi, dah hitam mulut aku cium. Haih, hiperbola teramat. Pokok alasan aku, nak berjimat sebenarnya hehehe. Aku nak simpan duit untuk sesuatu. . . yang lebih membawa manfaat kepada aku. Okay, tutup cerita.

Hurm, act..aku dah sejam lebih menaip. . .lepas itu padam. . . taip balik dengan idea baru. . .macam tak kena, padam. Haih, okay. . . straight to the point. .





aku nak belajar bahasa ARAB !


Aku. . dah penat membebel, melafazkan, mencarut benda yang aku tak faham ketika solat, berzikir, atau baca qalam - surat cinta buat orang yang beriman. Aku nak belajar bahasa arab, biar faham sepatah-sepatah apa yang aku tuturkan, apa yang aku dengar dari telinga ini dan juga apa yang aku lihat kalimah indah itu. Kenapa tak cari maksud ayat ? Mudah jea hati aku tempiskan... " dan mudah juga kau lupa ". Bagi aku, banyak kali khatam Al-Quran sekalipun kalau sepatah pun tak faham buat apa ? Kalau baca maksud setiap patah kalam dari ayat Bismillah sampai ke ayat terakhir surah ke-114 tu. . apa kau ingat balik apa maksud ayat pertama Surah Al-Fatihah ? Jujur waktu solat, pak imam Palestin sini baca sedap, merdu jelas aku tewas di situ. Tapi. . bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab aku tak faham apa - apa pun !


  • Pertama : Aku envy dia hafal surah banyak-banyak. 

  • Kedua : Suaranya lunak melafazkan ayat-ayat Quran. Mandi bunga aku sekalipun takkan mampu menandingi mereka.

  • Ketiga :  Dia ada basic yang aku nak sangat-sangat, memahami bahasa Arab.



Duhh, D-SIM mengakui jeles yang teramat akan ramai UIA yang berpeluang mempelajari bahasa ARAB secara 'natural' ! Kat Nottingham ? Bahasa German, Jepun ada la ! Baca sahaja sudah mencukupi ? Benar ayat pertama Al-Quran adalah 'Bacalah', tapi maksud batinnya adalah


BACA-lah, FAHAMI-lah dan AMALKAN-lah


Nak melawan musuh adalah dengan mengenal musuh. Pernah dengar ayat ni ? Jadikan Al-Quran adalah 'musuh' untuk ditawan, dengan mengenal musuh. Tapi bagaimana nak kenal musuh jika 'language barrier' tu wujud ? Itulah obstacle terbesar yang aku nampak sekarang.





Semalam, Presiden ILuvIslam.com datang berikan ceramah, dan beliau sendiri akui dahulu dia pelajari agama tanpa sedar apa gunanya ilmu itu. Namun, dia beruntung. Sudahlah 'turn over a new leaf', bahasa arab pun masih dia pegang. Dia tahu bahasa arab dek dari form1 dah SMKA Slim River, seterusnya melanjutkan peringkat menengah atas di KISAS. Wow laa kan ? Untung dia untung. Aku nak kan 'basic' bahasa agama itu. Apa yang aku pelajari di Sekolah Agama Rendah ( SAR ) dulu memang dah lupa, tak cukup pun nak berhadapan dengan bahasa arab sebenar.
 
Yeah, aku merintih sebenarnya. Aku nak tahu jugak apa yang aku 'bualkan' dengan dia pabila aku melafazkan kalimah-kalimah dari surat cintaNya sendiri ( aku hafal, tanpa faham sedikit pun ) ..apa yang aku minta ketika sujud..apa kata-kata terakhir aku sebelum menamatkan solat fardhu. Nak tahu juga apa pak imam wiridkan dihadapan. Sebab aku tahu, ikhlas mana mungkin wujud bila diri sendiri pun tak tahu apa yang kita sebenarnya buat tatkala solat. Yang jelas dan sedar, solat itu wajib, solat itu tiang agama, tinggal solat dosa besar. Itulah 'penolak' terbesar aku untuk solat. . . kalau tak ? Aku risau. . . kalau kepala sujud dahi bersentuhan tanah tapi hati tidak. Subahanallah.



P/s : Kalau dengar ayat indah itu pun mampu menitiskan air mata, kandang kala baca sepatah ayat tiba-tiba hati terasa disentap tanpa diminta, tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku. .  apatah lagi kalau kita faham yang sebenar-benarnya dengan kefahaman bahasa itu sendiri. .  Hurmm. . . i have to make a move real soon. But how ?


13 comments:

  1. kalau nak faham bacaan solat cari terjemahannya.. nak faham al-quran baca terjemahannya.. apa guna penterjemah penat2 terjemahkan dalam bahasa yg boleh kita fahami.. bukan nak kate x payah blaja bahasa arab.. tapi blaja membaca al-quran dgn hati.. semoga anda faham~

    ReplyDelete
  2. bagi aku. . aku perlukan 'dasar' sesuatu benda. contoh, wood = kayu. itu terjemahan bahasa inggeris kepada bahasa melayu. namun, banyak benda yang boleh dianalogikan bila ia lengkap sebagai suatu ayat.

    sama halnya, aku perlukan dasar itu supaya biar aku fikir terlebih dahulu akan apa yang aku lafazkan,lihat atau baca sebelum aku dapatkan terjemahan agar biar bantuan luar itu 'betulkan' fikiran aku.

    Cara aku... buat latihan tutorial bukannya melihat example dalam note lecturer.

    eh, faham x analogi aku nie ?hehe..macam terlebih pulak =='

    ReplyDelete
  3. intan pn kalo blh nk bljr bahasa arab.. kn bahasa syurga tu..moga Allah perkenankan permintaan kita ini.. ameen~~

    p/s:for now, wpun x tau mkna ayat sebijik2, at least tau surah tu psl ape ok la kot..ala2 review gitu..;D

    ReplyDelete
  4. aku belajar bahasa arab komunikasi dan bahasa arab tinggi and i admit that bahasa arab suatu bahasa yg susah untuk mendapat oooOmph-nya kalau ditranslate ke bhs lain... tapi untuk memahami al-quran hanya sekadar dgn mempelajarinya belum tentu menjamin kita untuk merasainya dgn hati...bahasa arab kalau kita belajar sekadar terjemah sje x ckup.. kne tambah dgn ilmu balaghah, ilmu nahu, ilmu saraf ilmu mantiq, skill khat, skill hiwar dan faham budaya orang arab samada zaman itu atau sekarang.. baru boleh faham maksud sebenar al-quran.. but learn it qalil2(sikit2) dan cari guru~

    ReplyDelete
  5. @intan : tulaa..review sikit2 jea..at least ada usahe


    @mirul : sebab tu line akhir aku ' faham sebenar benar dengan kefahaman '. Kefahaman tu merangkumi perkara2 that u just told me and i'm aware of it..aku nk jugak cari oomph tu..huhu, xpelah..kata ilmu itu perlu dicari hingga ke nafas terakhir. pasal guru tu..aku lagi laa tak sedia lagi..huaaaaaa, takut tersalah jumpa guru! :O

    ReplyDelete
  6. saya pun belajar jugak bahasa arab sampai form 5 tapi still tak master lagi dengan bahasa tu. tapi alhamdulillah boleh lagi ingat2 maksud perkataan dan kalau baca Al-Quran pun boleh tahu sikit2 makna dia. rajin2 tengok tafsir pun ok. saya kadang2 belajar dari situ. insya Allah kalau ada kemahuan di situ ada jalan. cari orang yang pandai bahasa tu dan belajar dengan dia. tak rugi pun. saya sekarang dah tak belajar bahasa arab. rasa rindu pulak :)

    ReplyDelete
  7. moga niat ko untuk belajar bahasa arab in order to understand this Deen dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  8. waaa.. bagus nyaaaa.... :) belajar la belajar..
    Insya Allah boleh :) La tahzan... :)

    ReplyDelete
  9. Ya, aku pun nak belajar bahasa arab. Tapi dekat mana salah aku pun tak tahu dapat belajar bahasa jepun - -' Ok ok aku try belajar sendiri dengan al-Quran terjemahan. setiap baris yang aku baca, aku terus baca terjemahannya pula. Haha ini cara aku. Atleast, aku dapat juga sedikit ilmu.

    Bagi aku bacaan dalam solat kena faham bahasanya untuk lebih deep ketika menunaikan :D InsyaAllah lebih khusyuk (;

    ReplyDelete
  10. ni just suggestion la . tak silap dulu my friend ckp ada beberapa websites yg ajar bahasa arab dr basic dia. try2 lah google .

    ReplyDelete
  11. @Teacher J : "...insyaAllah kalau ada kemahuan di situ ada jalan..."

    thanks !

    @Mirul : Amin.

    @Shafiqa : La tahzan..hurm

    @TB : kan ? kena 'faham' dulu..baru seronok sbab tahu ape yg kita komunikasikna

    @shy : insyaAllah

    ReplyDelete
  12. insha - Allah, smoga Allah redha (:
    kemanisan itu lmbt laun akn dirasai..
    all the best simi..

    ReplyDelete