Latar : Dalam kereta dengan mak, aku drive, nak ambil Mak Yang yang baru tiba dari Negeri diBawah Bayu, dengan radio Fly Fm terpasang.
Masa : 8.15 malam
Aku :
Mak pernah dengar cerita seorang isteri tidak keluar rumah ingin menjenguk ayahnya yang hendak dikebumikan hanya kerana tidak mendapat kebenaran suami ?
Mak :
Tahu. . ada dalam buku yang mak baca. Dalam buku itu, katanya, Baginda cakap bahawa ayah si isteri itu mendapat tempat di syurga.
Aku :
Eh, apa kaitannya mak ?
Mak :
Sebab berjaya mendidik anak perempuan yang solehah.
Aku tak terfikir langsung pasal ini. Bunyi macam tak logik - tidak melawat orang tuanya walau pada saat pengebumiaannya, tapi dia berjaya memegang sunnah Rasul kecintaan semua. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).”
(Hadis riwayat Thabari)
Besarnya pahala si ayah itu, kerna aset terbesar orang Islam itu berjaya dia memiliknya !
Aset ?
Kenapa ?
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Si ayah itu SEDEKAH ( mendidik ) ILMU yang betul kepada anaknya agar menjadi anak yang solehah ( SOLEH ) ! Ya Allah, aku pun nak jugak amalam sebesar ini ya Allah !
Aku :
Itu zaman dahulu, zaman baginda ada, zaman kuatnya Islam dihati orang-orang yang beriman, zaman kekusutan akhirat paling diutamakan, difikirkan, paling digeruni sehingga kurangnya masa nak fikirkan hal duniawi. Macam dalam kes tadi, ikut zaman sekarang mau ada yang naik court fail kes saman halang hak isteri jumpa orang tuanya. Habis penuh di dada-dada akhbar keesokan harinya pula dengan berita itu. Dalam dunia moden sekarang ini mak dengan macam-macam masalah sosialnya lagi . . macam mana nak cari perempuan macam tu mak ?
Berdoalah. . Mak dulu jenis tak nak berkawan dengan lelaki. Tapi mak pun nak jodoh jugak dulu. Apa yang mak buat dahulu lepas solat magrib dan isya'a mak berdoa agar datangnya orang baik-baik mencari emak ! Lama mak berdoa, tapi Allah makbulkan !
* * *
Teringat kembali cerita cinta mak ayah aku yang pernah parent beritahu dahulu. . . semuanya bermula dari ayah aku datang ke rumah emak aku di Kampung Rambai Tujuh, Kuala Kangsar untuk TERUS melamar ! Gila cool muka tembok pergi SORANG-SORANG cakap nak melamar ! Bapak aku cool weh ! Patutlah aku cool jugak B-) Kata emak aku, ayah begitu asing baginya dahulu, langsung tak kenal ! Lain pula cerita ayah aku, katanya..sebenarnya semuanya bermula di sini :
SMK Sayong, Kuala Kangsar. Dulu mak dan ayah pernah sekelas bersama, and he said she's got attention on my dad's eyes ! Mak aku selalu sebut-sebut bila masing-masing buka cerita;
" sampai sekarang I tak ingat lagi U waktu zaman sekolah,
walaupun usia kita hampir setengah abad ! "
walaupun usia kita hampir setengah abad ! "
Pelik kan orang berkasih sayang selepas kahwin, bercinta walaupun mulanya tak kenal satu sama lain ? Tapi, yang paling aku respek, sedikit pun ayah aku tak pernah sentuh mak aku. . apatah lagi nak sentuh hati mak aku di zaman bangku sekolah. Kalau ikutkan zaman sekarang, laga-laga anak mata antara bukan muhrim pun berleluasa. Dunia kini, macam - macam kes kita dengar, ber'sms', berdating sana-sini, bawa anak dara orang ronda-ronda satu kampung, kissing at public, konon tunjuk body kat kawan-kawan baru laku, katanya bagi 'dara' sebagai tanda cinta si A kepada si B. Puihhh ! Mak aku jenis duduk rumah, tak bercinta, orang siap datang melamar weh ! Tak payah nak melaram sana sini cari jodoh katanya ! Cinta mak bapak aku tak perlu poyo nak tunjuk satu dunia dengan status relationship di laman sosial yang belum tentu halal tuuu. . .
Aku akan hit like pada orang yang single kerana takutkan Allah !
Cinta bapak aku ? Suci ditemani sabar. .sabar dan ikhlas sabar. Kata ayah aku, dia sabar menunggu waktu sesuai..pergh. . Bayangkan terpaksa bersabar akan nafsu cintannya dari zaman sekolah, tunggu lama-lama, takut bunga disambar kumbang lain dah satu hal. Tapi aku percaya konsep sabar ini. Kita utamakan yang keutamaan terlebih dahulu. Nafsu cinta atau nafsukan ilmu ? DIA atau dia ? Melatih erti sabar itu bukanlah perkara satu dua hari, perkara ini berterusan. Sungguh ayah aku hebat. . hebatnya dia tahu erti bersabar dari bangku sekolah. Sabarnya dia mencari cinta yang diredahi Allah iaitu cinta selepas kahwin, walau makan masa hampir satu dekad !
Allah bersama-sama orang yang sabar !
Sambung ayahku lagi, cari pekerjaan sesuai sebagai persiapan. Iyelah jugak, kowt takde kerja nanti, takkan aku nak makan timun jea ? Memang rezeki itu menyusul kemudian bila sudah berkahwin, namun kes ayah aku lain. Kisah hidup ayah aku dahulu sedih. . . aku sendiri dengar pun rasa berat. Dahulu, sebelum turun sekolah, kena masuk kebun, toreh getah dahulu tolong orang tua. Dalam samar-samar pagi itu, hanya bertemankan nyamuk-nyamuk yang tak henti-henti mengacau. Sudahlah badan berbau getah, campur pula asap pelita atas kepala dengan asap nyamuk di sisi pinggang. Kita zaman sekarang ? Nak suruh kemas rumah pun malas ni pulak nak bangun masuk hutan pagi-pagi buta ! Nak pergi sekolah ? Kena mandi dahulu dengan air. Tapi air bukan macam zaman sekarang, pusing sedikit pili air terus berliter-liter air berlari keluar dari mulut paip air. Ayah aku terpaksa ambil air dari Sungai Perak ! Aku first time dengar " biar betul ayah ? "
Jauh, serius jauh gila jarak antara rumah atuk aku dengan tebing Sungai Perak. Inikan pulak nak cedok air berliter-liter jauh-jauh pagi-pagi tu. Buatnya tergolek masuk sungai, siapa tahu ? Buatnya disambar buaya ? Ayah aku buat semua itu sejak kecil sedangkan aku waktu hingusan nak dekat pun tak diberi, terkilan aku dibuatnya -,- Kalau kita menggigil mandi pagi, bapak aku cool cedok air jauh-jauh buat air mandi pastu mandi AIR SUNGAI ! Sekali lagi bapak aku cool ! Nak ke sekolah, lagi macam mustahil aku dengar. . . berkayuh jauh dari Kampung Menora ke SMK Sayong ! Aku dok bawak kereta pun test jarak tu rasa ralat malas dengan bukit turun naik, ayah aku kena berkayuh jea dulu-dulu. Naik kereta pun dah makan masa puluh minit. Di ingatkan, zaman dahulu = basikal tua. Basikal bergear mana wujud masa tue, kalau ada pun aku bet ayah aku tak mampu nak beli. Naik turun bukit dengan fixed gear. . .ya Allah ! Syukur aku dilahirkan pada abad-20 !
Renung balik dengan nikmat yang kita ada sekarang, bersyukurkah kamu ?
Ikutkan syarak, boleh jea kahwin awal bila tidak mendatangkan bahaya buat pasangan serta berhendak, tapi kenapa ayah aku cakap cari pekerjaan terlebih dahulu ? Mudah aku buat kesimpulan, tidak mahu meletakkan beban LAGI di bahu orang tuanya. Kalau mak masuk dalam ahli keluarga ayah aku, sudah tentu bilangan perut bertambah, tapi pekerjaan keluarga tetap sama. Macam mana kalau hidup sedia susah, nak jemput orang lain jadi ahli keluarga pula ? Sudah tentu orang tua tidak berkenan dengan kehendak kita. Kita kena fikir pasal orang lain juga, kesan atas segala tindak tanduk kita jangan hanya lihat pada kemahuan atau keperluan peribadi. Biar kerja itu pula menjadi sumber inspirasi anaknya. Biar up satu stage dari apa yang sedia ada, out ouf comfort zone laa katakan. Ayah selalu cakap,
" Kita kena jadi lebih hebat dari ayah sendiri, tanpa melupakan mereka walau sedikit pun.
Kalau atuk jadi penoreh getah, ayah kerja pegawai ladang.
Ayah nak anak ayah pula jadi orang yang jauh lebih baik daripada ayah ! "
Kalau atuk jadi penoreh getah, ayah kerja pegawai ladang.
Ayah nak anak ayah pula jadi orang yang jauh lebih baik daripada ayah ! "
Biar susah dahulu, biar penat mencari nafkah, asalkan nanti semuanya berhasil untuk perkembangan anak-anak. Kiranya ayah aku sudah mengagak zaman kini, zaman dimana wang itu menjadi keperluan hidup, elektrik, air, kenderaan, paling penting kesedaran dan pelajaran anak-anak itu - again, perlukan duit wang kertas. Bukan bersifat materialistik, tapi lebih kepada persiapan berkeluarga, untuk berumah tangga. Simpan hari ini buat masa hadapan, cukuplah sekadar besederhana asalkan keperluan asas itu ada.
Aku dok dengar-dengar cinta selepas kahwin indah, dah hampir menjenguk 19 tahun usiaku, baru aku perasan contoh terdekat. . . ibu bapa sendiri ! Benar, kuasa Allah, benar apa yang mak aku katakan 'orang baik-baik' Aku pernah kena marah ayah aku, tapi aku sendiri tak pernah dengar ayah aku marah mak aku. Bahasa kasar langsung tak wujud ! Marah senyap-senyap dalam bilik taknak anak dengar ? TAK. Aku dulu kecil-kecil ( budak nakallah katakan~ ) selalu curi-curi dengar ibu bapa aku bersembang dari pintu bilik mereka, sedangkan ikut rumah dahulu, biliknya kecil, katil pula berkedudukan disebelah pintu bilik. Aku dengar mak ayah aku bersembang. . .cara baik, sopan suara mak aku cakap, banyak benda mak aku luahkan aku dengar ( curi dengar to be precise :P ). . lagi-lagi hal anak-anaknya. Nada marah tiada ! Kadang-kadang aku main masuk jea bilik ( waktu kecil, biasalah ). . tengok mak aku elok jea bersembang dengan ayah. Okay jea. Ayah aku baik ? Pernah satu tahun semua bonus berbelas 'K' bagi kat mak aku. Deyy, aku dulu gaji ciput pun fikir banyak kali nak belanja family, ni kan pulak banyak tu ? Okay, bukan nilai jadi ukuran, tapi perkataan SEMUA. Ayah aku kerja di Felda Besout 7, kira out-station, jarang jumpa dengan mak aku di Ipoh ni, sekadar 2 minggu sekali.
Mak pernah cakap kat aku. . .
" Mak pernah cakap kat ayah, carilah seorang isteri di sana. Kesian mak tengok ayah membujang disana, sakit makan tiada siapa tahu, sekadar menelefon buat pengubat rindu "
Guess what ? Balas ayah aku, ayah aku sayang mak aku sorang jea, dan cukuplah dengan itu :') Mana nak cari bini kasi poligami weh senang-senang camtu jea ? Tapi mana nak cari lelaki yang tolak poligami macam tu jea ? ( Aku masih tak matang, oleh sebab itu aku impikan poligami,muehehehe ) Indahnya cinta selepas kahwin ! Tak perlu kejar cinta monyet bagai, kejar cintaNya lebih bernilai. Cara ibu bapa aku ? Kejar cinta Ilahi dengan cinta yang diredhaiNya ! Jelas, ibu bapa aku idola, hero heroin terbaik aku ! SAYANG MAK ABAH !
* * *
Dialog pendek itu, cukup memenuhi fikiran aku sepanjang perjalanan pendek itu. Masing-masing diam seribu bahasa, hanya lagu yang diutarakan radio memecah kesunyian dalam kereta buatan Jepun ini. Ikutkan masa, Mak Yang mungkin sudah tertunggu-tunggu di Stesen Bus Medan Gopeng, tapi aku harus pandu dengan hati-hati, rentak hujan makin rancak membasahi Bumi !
Akhirnya ;
Aku :
InsyaAllah mak, mimi berdoa. . mak pun yeaa....
P/s : Maaf.panjang.aku nak kongsi segala fikiran aku. Aku 'terkejut' sebenarnya, sebab baru sedar pasal cinta selepas kahwin yang ibu bapa aku sendiri lakukan, dan ianya terbukti benar ! Jom cari cinta halal ? :)
Maafkan rambut nerd hambo, mak suruh pakai minyak rambut =/=. Anyway, sayang mak abah :')
Keywords :
Islamic Couple
Bercinta dalam Islam
Couple vs Kahwin
Bercinta
Mak dan abah
Ibu dan bapa
best2:)
ReplyDeletecomel je cerita ibu dan bapa kamu.. :)
ReplyDeleteade button like x?
ReplyDeleteade bce x bku "pemilik cintaku setelah allah dan rasul"? bley jd panduan jgk... =)
XD
ReplyDeletebru perasan jugak my parents is just the same with urs..
ReplyDeletesweet cerita diorang. rajin2 la berdoa untuk dapat yang terbaik. insya Allah :)
ReplyDeleteFuh! Tersentuh hati yang ganas nie.... hurm.. kesabaran itu penting...
ReplyDeleteteringin sangat nak alaminya...
(kisah yg menarik! :)
wahhh.. bagus nya..
ReplyDeletemak ayah aku x de kisah cinta owh...
memang tak kenal langsung
sebab family yg urus.. :)
haha
@effa : ape yg best ? hoho
ReplyDelete@tqaroslan : credit my thanks to them back :D
@yan : xde..aq xreti nk buat button like ==' ehemm..macam ko hado jea buku tu ? meh nk pinjam,hehe
@azil : they are cool rite ? B)
@Tj : insyaAllah :)
@amir : qoute back ur words " kesabaran itu penting " yesss...thanks for the reminder
@aqila : haha, itu lagi bagus ! berkat dari parent terus!
so sweet :) tahniah !
ReplyDeletewoah....untung la...and mmg best untk dibaca n direnungi..like.like.
ReplyDelete@ainishahirrah : err..tahniah utk ape ? eden bkn nk kawen lagi pun, hahaha :P
ReplyDelete@farhana : buat renungan :)