Monday, December 12, 2011

Jazakallah Khair umi !



السلام عليكم
  



Masih ingat post ini ?





Dalam diam sebulan ini, aku ada merintih kepadaNya "... Nak belajar bahasa arab, dan ingin terus mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mendalam..." Begitu juga doaku pada waktu asar tadi. Selesai berdoa, terus aku berangkat pulang ke rumah dari masjid, terus masuk bilik dan online. Apa lagi nak buat kan waktu cuti-cuti nie, kena pulak musim hujan. Buka facebook sambil golek-golek atas katil best jugak, hehehe . .Eh, ada notification daripada group UNMC's Malay Students Batch 2011.






Aku habis baca terus tekan ' like ' !  Nak join ! ! ! Serius hati aku girang gila, dah mula bayangkan aku pandai cakap bahasa arab. Lagi penting, kalau dapat faham isi al-Quran yang dilafazkan tok Iman dihadapan kepada makmumnya. Mesti syok bila tiap kali menunaikan solat, tiap kali juga kita diingatkan dengan pelbagai pesanan tu. Semua itu berlaku kalau aku faham bahasa arab. Dan dan, kompom kurang kekok bila berbicara dengan pak arab :D 



Namun, bila aku scroll down sikit nak tengok komen post tu . . . ( teknik suspen ditekankan )




MYR 300 ? #.#  Okay, mula-mula ingatkan FREE kerna Islamic Society selalu jea buat event tanpa bayaran, fisabilillah laa katakan. Aku ingat terbuka pada semua, terbuka jugak buat yang 'hidup cukup-cukup makan kat Nott'. Sekali MYR 300 daaaa. . . Mana nak cekau ? Duit MARA ? Yes, memang MARA ada bagi peruntukan duit poket satu sem terus dalam MYR2480 ( teringat waktu kaya sebentar saat terima cek dulu, wuuuhuuuu ). Tapi, TAPI, untuk satu sem. . Dari bulan Julai sampai ke bulan Disember. Sekarang bukan bulan Disember ? Memang padanlaa dah 'kering', seluk keluar kocet poket pun layuuuuu jea. Baca perkataan 'MYR300' tu memang aku pun turut layu -.-' Adoi. . sekali Rashid ( kawan best kat Notts ! ) komen ; 




Abaikan ayat " beli basikal baru ", itu mak aku belanja sebenarnya. Den tak mampu beli mahal-mahal nih -_-


Korbankan duit untuk ilmu


Aku berhenti seminit kat situ, baca bagai nak tembus laptop aku renung sebelum aku bising kat rashid -,-  ' Demi ilmu. . . demi ilmu... ' Aku... dah set bajet bagi tahun 2012 ( ayat macam aku sedang mengurus kewangan negara --' ) awal-awal, entah macam mana mula minat nak belajar bahasa arab 2-3 bulan lepas. Dah kacau bajet. Solusinya hanya satu. . . daripada aku spend RM100 untuk makan seminggu, aku terpaksa 'ikat perut' kepada RM20 jea seminggu. Alaihai. . .sadisnya statistic nih T.T Nak cukup RM300 pulak, kepada consistent 'ikat perut' selama sebulan. Itu kalau benda lain tak kacau ( eg benda lain : yuran itu ini, kawan ajak jalan secara tiba-tiba, harap basikal tak rosak mana-mana, top-up tak habis cepat, game baru macam best, makan luar, event luar dan etc.. ). Kalau terkacau sikit... fail ! D; Tapi pasal ni kena beritahu mak dulu. . nanti balik dari Notts tengok anak dia cengkung melidi mau kena buang rumah,hehehe


Err. . .


Macam mana nak mengayat awek sorang nie ? Kelihatan mak sedang bersenang -senang di atas sofa menanti waktu berbuka tiba.


Mak. . . Err. . Sem depan Islamic Society nak buat kelas bahasa arab. Ingat nak join laa mak..

Baguslaa macam tu.


Pendek jea mak aku balas. Fokus kat tv agaknya.


Tapi.. kena bayar laa. Tapi takpe rasanya.. mimi boleh bayar..


 Berat gila aku sebut ayat last tue -_- 


Berapa ?


300 jea.. 


Asal aku cakap jea ? Padahal, pelan ikat perut menanti ==' 


300 takpelaa.. kira murah kalau nak belajar bahasa 


Eh, yeke murah ? Asal aku rasa macam mahal jea ? Eh. . rasanya dulu aku nak belajar bahasa Inggeris kat Kumon pun fee dia lebih kurang macam tu jea, dan rasanya disebabkan harga fee itu menjadi penolak terbesar aku tak jadi belajar di Kumon.


Join laaa.. Mak boleh bayarkan.


Mak bayarkan ? Sumpah lega gila aku dengar ! No more pelan ikat perut ! :D 


 Kalau bahasa arab mak tak kesah sangat pun, bahasa al-Quran. Belajarlah..Ilmu jugak tu..


Hmm.. betul jugak eh.. Lagipun, aku kena rebut peluang keemasan ini. Esok lusa pun aku tak tahu apa nak jadi dengan aku, apa pulak bila suruh fikir pasal masa hadapan. Baik, aku cari ilmu dengan apa yang ada di depan mata. Tuntutlah ilmu sampai ke Negeri Cina ? Kebetulan pula aku ada jumpa ayat ni ( tapi tidak ketahuan hadis serta sahihnya.. can someone help me ? )



"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."  

  

Pernah dengar pasal hadis ini ?


"...Dalam hadith riwayat Muslim, baginda ada menyebut bahawa di akhirat kelak, Allah akan bawa manusia yang paling derita di atas muka bumi ini dan celupkannya di dalam syurga buat sekelip mata, kemudian dia dikeluarkan, lalu Allah bertanya:

Ya fulan, pernahkah engkau merasa derita ketika hidup (di dunia dahulu)? 

Jawab manusia itu: Tidak! Aku tidak pernah merasa derita. 

Kemudian Allah ambil manusia yang paling banyak mendapat nikmat dalam dunia ini, kemudian mencelupkannya sekelip mata ke dalam neraka, kemudian dikeluarkan, lalu ditanya kepadanya:

Ya Fulan, pernahkah engkau merasa nikmat ketika hidup di dunia?

Jawabnya: Tidak! Aku tidak pernah merasai nikmat ketika hidup dahulu..."



Kembalilah entry ini kepada komen Rashid tadi, Korbankan duit untuk ilmu. Keluarkan duit macam seksa kan ? Lagi-lagi duit hasil titik peluh kita ( dulu dapat gaji kerja jadi waiter pun rasa sayang nak guna seringgit pun ! ) Tapi, demi ilmu kan.. biar bersusah payah sikit, biar 'segan' sikit dibantu ibu bapa, janji fisabilillah. Harap niat aku betul, harap aku manfaatkan sepenuhnya peluang ini, harap aku 'gunakan' betul-betul duit parent aku bakal habiskan nanti ini, harap aku dapat dekat denganNya dengan ilmu ini nanti ! Amin ! Jazakallah Khair umi !



P/s : Bila fikir-fikir balik, rasa nak menangis weh ! Baru mintak tak sampai sebulan, dah Allah berikan, siap tak perlu rungsing nak keluarkan duit, cuma aku kena rajinkan diri jea ! Allah Maha Besar !

6 comments:

  1. wahh..seronoknye..dah lame x blaja bhsa arab..dah lame tggl...

    ReplyDelete
  2. "tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim.."
    nas ni adalah matan dari hadis dhoif tapi diriwayatkan melalui banyak sanad.. then, dhoif nye dah naik ke level hadis hasan lighoirihi..
    means, ini adalah hadis yg bnar tnpa kraguan, insha - Allah :D
    skadar b'kongsi pgthuan.. wallahu a'alam..
    btw, ap2 pun, smoga usaha anda m'dpt kbkatanNya, insha - Allah!

    ReplyDelete
  3. Dream comes true. Belajarlah betul-betul bila dah dapat peluang macam ni. (jeles) Hahaha

    ReplyDelete
  4. dekat sini budak international especially budak yaman volunteer nk mengaja arab. bagus la blaja arab. aku pun teringin. insyaAllah, xlama lagi.

    ReplyDelete
  5. Wuuu baca entry kau ni buat aku nak tarik keluar buku Bahasa Arab aku. Terima kasih bagi kesedaran ! :')

    ReplyDelete
  6. @farhana : untunglaa dah blaja arab, tp tinggalkan plak =/=

    @farhana jugak : oh, asal hadis dhoif ye ? orite, insyaAllah :)

    @TB : insyaAllah ! kau pun..kuar laa sains bgn dato ksygn ko tu..pastu masuk KISAS,hahaha

    @cchopu : notts pun, tp..well..tu bljr xformal yg campur aduk informal n formal..rseny kick start ngan formal lagi ok kowt..then, baru cari org utk 'informal' lesson

    @syai: welcome :)

    ReplyDelete