Monday, December 12, 2011

Refleksi diri.




السلام عليكم 


 



Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:



“Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)


Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda:



“Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.”) (HR:Muslim)



Namun ; sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas). Rasulullah bersabda bermaksud:


“Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih)


Bahan semua copy&paste. Buat pesanan untuk diri dan keluargaku, serta kawan sekalian. 

P/s : . . . . . . sekalipun dengan MERANGKAK !

No comments:

Post a Comment