Thursday, December 22, 2011

Syukran !



السلام عليكم 


Alhamdulillah, alhamdulillah, dan alhamdulillah ! Seorang demi seorang rakan kukenali mula berubah. . mula mencari identiti yang hilang, identiti sebagai seorang Islam di muka Bumi ini. Mengetahui akan perkara itu, membuatkan hati aku tersentuh kerna mengimbas kembali saat dunia jahilliah aku dahulu, dunia Islam hanya pada nama, tahu itu ini - hanya pada mulut. Syukur, syukur, aku dah ramai 'teman' sekarang ini. Mulanya, aku pun 'sunyi', tiada sokongan, dipandang pelik ahhh..typical malay, buat itu salah, buat ini salah. Bila nak berubah, katanya kubur dah panggil ! Biarkan apa orang kata, ketepikan semua hasutan atau pandangan serong orang lain terhadap kita yang 'baru', kerana akhirat sana dunia yang nyata ternyata selama-lamanya dan di sana juga kita akan ditanya segala amalan kita - sejak mata mula melihat dunia, telinga mendengar azan pertama hingga mata tekatup dengan lidah melafazkan dua kalimah syahadah. Mahukah anda korbankan afterlife demi kehidupan di muka Bumi temporary ? Mahukah anda biarkan diri diheret malaikat Malik ke NERAKA, melihat manusia lain dibawa baik malaikat Ridwan masuk ke SYURGA ? Paling utama, di syurga nanti kita dapat melihat Allah selama mana kita mahu, tidakkah anda impikan itu ? 
  

" Hell or well you choose. "


Tujuan tuhan 'gelapkan' kita dahulu bukan kerana DIA tidak sayangkan kita. Bukan. Bahkan, DIA sayangkan kita, setiap saat kita bernafas. Bagaimana ? DIA nak kita lihat sendiri bagaimana dunia kegelapan, biar kita alaminya hingga sampai masanya DIA titiskan sedikit hidayah, ke hati, biar diri sendiri mencari kesedaran, biar diri sendiri mula berfikir. Pada saat itu, kita dapat melihat. . dan membuat perbandingan, apa yang buruk apa yang baik. Apa pengajaran yang boleh diambil kesan atas segala perbuatan lampau. Mungkin saat itu, kita mula sedar. . bertapa jahilnya saat kita waktu lampau. Bertapa banyaknya masa kita habiskan mengejar markah tinggi dalam test, exam, final, siapkan assignment, perhabiskan banyak masa study hingga terasa masa itu sempit untukNya sedangkan segala-galanya hilang bila ditarik salah satu nikmat terbesar Allah terhadap manusia, AKAL ! Sibuk mengejar client, memajukan bisnes, ikut fesyen, nak besarkan rumah, pandu kereta mewah, sedangkan suatu masa nanti kain putih juga kita pakai, kereta mayat jadi kenderaan kita, kubur yang gelap lagi sempit jadi rumah kita. Itu belum tentu client yang kita kejar tadi mampu nak hadiahkan ayat Al-Fatihah buat kita. Dipendekkan cerita, apa yang kita miliki tidak terikut saat kita menghembus nafas terakhir ! 




Menyesal ? Jangan, sebaliknya bertaubat atas segala ketelanjuran lampau. . terlanjur menafikan amar maaruf nahi mungkar, terlanjur mengurangkan 5 solat fardhu sehari semalam, terlanjur melupakan harapan ibu bapa, terlanjur kata-kata yang menguris hati ibu-bapa, rakan sekalian, terlanjur...terlupa siapa diri kita di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang :




Susah nak berubah ? Ibarat kita waktu bayi yang baru celik melihat dunia, mulanya duduk diam dan mula belajar merangkak, dan berdiri. Selepas itu berjalan setapak demi setapak dan terjatuh tanpa dipinta. Mata  bulat tergamam, beberapa saat selepas itu, kita mula menangis. Bertahun-tahun kita 'berlatih' sehingga waktu kita mampu berdiri gagah. Tanpa itu semua, mana mungkin kita mampu berlari bebas sehingga sekarang ? Begitu juga dengan kita kini, memang susah nak jernihkan hati yang sedia hitam. Malah sepanjang dunia baru kita ini, kita mungkin di uji dengan pelbagai dugaan sehingga buatkan kita 'give up' untuk terus berubah, kembali berpaling kepadaNya. Sabar teman, sabar itu separuh daripada iman. Biar kita beristiqamah mencari redhaNya sambil kesedaran demi kesedaran datang menerpa diri kita. Kejayaan besar tidak mudah dikecapi semudah kata.


Pernah dengar pepatah orang Cina ?

 " The Man Who Removes a Mountain Begins By Carrying Away Small Stones "


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, begitulah. Mula dengan kesedaran, belajar kembali cara ambil wudhuk dengan betul, biar pada awal bersila terlebih dahulu di atas tikar sejadah. Curi 10 minit untuk tenangkan diri di atas tikar sejadah, untuk berfikir, " dahulu aku di sekolah ugama rakyat, aku di ajar baca lafaz solat fardhu, diikuti niat di hati, sambil badan lurus berdiri tegak sebelum mengangkat takbir ". Kecil dahulu, itu semua dipandang enteng, tapi bila refleksi diri, kenapa tidak kita lakukan sekarang ? Kenapa terasa berat untuk mendirikan solat itu 5 kali sehari semalam ? Biar persoalan seperti itu muncul satu demi satu sehingga timbul rasa ingin kembali. . ingin kembali jadi zaman kita kecil, zaman rasa solat itu seronok, kerana waktu itu 'roh' akhirnya sudah jumpa 'makanannya' yang dicari sejak dilahirkan ke dunia. Fikir kembali, bukankan kita tergolong orang yang jahil bila tidak meletakkan hak di tempat yang sepatutnya - tidak solat, yakini makanan kepada tempatnya, roh kita sendiri ?




Sabda Rasulullah SAW: 

 "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". [Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]





Again, biar satu satu kita ubah. Dari ambil wudhuk sehingga solat yang khusyuk, mula libatkan diri hadir ke solat jemaah,solat-solat sunat buat iringan solat fardhu. Matlamat kita, addin, kehidupan Islam yang menyeluruh, menjaga setiap perkara disekeliling kita di samping diri sendiri, demi masa diperbetulkan agar bisa betulkan yang biasa, moga biasa lakukan yang betul. Ingat, Allah tidak menilai harta wang atau kedudukan kita di dunia ini, cuma 'status' iman kita dicariNya.  



Apa yang aku katakan ini, cuma sekadar pesanan buat diri. Harapan aku, moga entry ini juga mendorong rakan untuk terus berubah ke arah kebaikan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sungguh pintu taubat Allah senantiasa terbuka buat hambaNya. Moga kita terus dirahmati Allah, dan beristiqamah dalam segala ibadah di muka Bumi ini. Mudah-mudahan, segala amalan kita diterima ilahi. InsyaAllah.



P/s : Sudah berbelas tahun kita hidup di muka Bumi Allah ini, waktu mana kita habiskan straight 24 jam sehari hanya  untukNya ? Adilkah kita habiskan masa lebih kepada perkara dunia daripadaNya sedangkan dari Allah kita datang, dan kepada Allah lah juga kita kembali ? Tepuk dada tanya iman.

3 comments:

  1. alhamdulillah..=)
    semoge saling mendoakan agar perubahan berkekalan dan tak kembali kepade yang lame..

    ReplyDelete
  2. hmmm.. prnh dg x psl ghuraba?? mksdnya asing@strangers.. try la search psl nie..
    n nak share...:

    “Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

    ReplyDelete
  3. @liza : insyaAllah

    @intan : yeap..penah dgr

    ReplyDelete