Wednesday, February 22, 2012

Frust menonggeng.


السلام عليكم



Frust menonggeng ?


Ribut tiada,
taufan tiada,
tiada aral melintang,

tiba - tiba nak frust menonggeng ?


*Menghirup udara Nottingham dalam-dalam.

Al - kisahnya begini,
menetapnya 6 sekawan hidup bahagia di Level - 3 Right Wing dalam hall nun di bumi University of Notinggham. Tiada huru - hara, tiada penyakit berjangkit walau berbahaya sekalipun, cuma lahirnya di sini sebuah ukhuwah yang rapat bagai tiada apa dapat merenggangkan mereka. Gelak ketawa itu perkara biasa, hanya senda tawa itu mati bila azan berkumandang. Mulalah gelabah masing - masing persiapkan diri menyambut seruan bilal. 




Suatu petang hening beberapa hari lepas, kumpulan awan bergerak bebas mencorak dada langit biru. Sang bayu bertiup menyejukkan suasana petang. Kedengaran burung - burung kecil berkicauan pada pangkal pokok, ada yang sudah terbang, leka bermain di awangan, melihat Bumi permainan manusia dari atas sana. Senang gaya mereka, bagai tiada beban untuk dipikul. Ah, nikmatnya kalau dapat terbang bersama. Namun, dalam kedamaian itu, kelihatan 3 lembaga manusia sedang sibuk di dapur right wing. . . 


" Hah, sikit jea lagi nak siap meal segera Chef D-SIM nih ", desis hatiku melihatkan sayur separuh masak di atas frying pan. Bagi aku, berbanding menu utama ikan atau ayam - sayur itu lagi penting. Besar macam mana sekalipun hidangan terhidang di depan mata , rasa 'pelik' kalau tidak dilengkapi tumbuhan hijau itu. Bukan vegetarian, tetapi lebih kepada pemakanan seimbang. Nak ikut sunnah nabi, makan kena berdiet. Berdiet cara orang melayu adalah kurang pengambilan makanan sampai nasi pun taknak sentuh, tapi istilah sebenar makanan seimbang yea ! :D


Ayam letak ke tepi dahulu. Hari ini ingat nak berbuka dengan french fries dululah, lepas solat baru makan berat. Biar makan like a sir, sambil main cicah - cicah sos cili, hehe Kau jangan D-SIM, orang lain mungkin bunyi handphone menggangu solat fardu magrib di masjid sana, apa kau nak cipta sejarah bunyi peristaltik ( perut berkeroncong ) orang lapar ketika dalam jemaah ? Huh, agak terkesima di situ -,- Yeah, proses penghadaman perut aku tak macam orang lain. Aku kaya metabolisma. Cepat proses, cepat lapar balik. Takat french fries, tak sampai 5 minit mesti dah tercari - cari makanan lain. Banyak korang = sikit aku. Trust me, makan banyak mana sekalipun, dalam 30 - 45 minit lepas itu mulalah terkinja - kinja mencari tandas nak menyetelkan bisnes peribadi. Lepas tu, lapau balik -.-' Untungnya aku, pernah cipta rekod makan 12 pinggan tapi perut maintain tough hokey ! ^o^

Rashid dan Arif sibuk di kiri dan kanan aku. Entah apa yang mereka sibukkan, yang pasti tingkah laku mereka itu tak langsung menggangu kredibiliti aku selaku tukang chef besau hari ini. Padahal masak frech fries je dulu pun -..- Palmar masih gah mengenggam senduk kayu ini, tanpanya mana mungkin ketang goreng itu dapat kuratakan minyaknya. Kata orang, sabar itu penting, walau tika menggoreng sekalipun. Dan pasti, sudah 10 minit aku bersabar dengan ketulan kecil panjang berwarna putih di hadapan aku ini. Bila pulak kau nak masak ni hoi ? Makin lama, makin garing. Makin garing beerti 'bau' sedap kau itu makin menghayalkan aku. Dah jatuh makruh puasa aku nih, tak boleh jadi tak boleh jadi.

 Tanpa sedar, keluar asap hitam halus di hujung dapur elektrik ini.

 I was like . .


Hmmmmm. . . .

Apaan itu ?
Asap jin ?
Asal warna hitam ?
Jin negro kowt. .

Kalau jin. .
Ish, tak senonoh betul keluar dari dapur elektrik. Sejak bila pulak kau bertapak rumah baharu di sini ?

Pelik bin ajaib. Putus fius agaknya aku ni. Cuba ketuk kepala, sadarkan aku untuk berpijak atas bumi yang nyata, kembali mencari alasan. . beralaskan hukum logik. Yeah aku pasti itu bukan jin. Sebab tu dapur elektrik, bukan teko Alladin tu. Riak muka bangga terhasil selepas berjaya menyelesaikan kes misteri abad zaman moden kini. Cayalah D-SIM B)

Tapi. . makin menebal pula asap itu, diikuti bau sedikit hangit.

Kembali bermuka kelat, apa kejadahnya lagi dapur nih ? Terlintas kembali pengalaman aku makan di The Gardens bersama Rashid sabtu lepas. . . nampak chef bermain api dalam menyediakan tenderlion steak.



Aku rasa. . .
aku dah sampai tahap moksha bidang memasak, macam chef bawah ni !




Bermula api hitam sikit, pastu jadi api besau camni la kan ? Wehooo ! Hebat seh haku XD Tangan terus menggoreng french fries tanpa menghiraukan bunyi bising dibelakang. Frying like a boss ! Aku tahu, saat ini Rashid dan Arif mula bingit kagum dengan kemahiran aku. Terima kasih kawan, terima kasih kerana bersama aku dalam bidang masakan ini. Tanpa kalian, mana mungkin api supersaya akan menyala sebentar sahaja lagi. Terharu I. .  ;)

Tengah syok sendiri . .


Qhassimi !


Haih, nyah sorang nih. Sakit telinga aku kau jerit. Bukan ke mulut kau tu tepi telinga aku jea ? Kagum sekalipun, jangan lah terjerit - jerit petang macam ni. Segan aku dibuatnya -..-


Terbakar weh ! 
Api !


Ha ?


Muka berkerut kembali berpaling ke dapur elektrik. Ya ada api. Bukan ke awesome masak makanan dengan api besar ala chef tu ? Eh. . wait seminit. Api tu memang ada. . tapi bukan dari atas frying pan. Tetapi , api sedang marak 'memamah' dapur elektrik !

Tarik nafas dalam - dalam, aku cuba berlagak cool. Alah, small matter jea ni.
I can handle this. . .




 . . . . like a boss.


Langkah # 1 :


Hasilkan senyuman sambil berkata : Rileks laa weh ~ 


Hasilnya ? Gagal. Riak muka kelam yang terhasil sambil terjerit " Api ! Api ! " 

Langkah # 2 :


 Alihkan frying pan perlahan - lahan. 
Kowt meletup minyak kena muka dah kena suntik botox


Hasilnya ? Gagal. Tangan laju - laju alihkan frying pan, hingga impak inertia terhasil. Lalu momentum laju gila babi itu menyebabkan minyak kuning panas mencium lantai dapur. Syukur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Langkah # 3 :


Capai tong CO2 luar dapur, trolling dengan api biar dia mati !


Hasilnya : Gagal. Rashid troll aku dulu dengan menutup suis dapur elektrik, terus keadaan dapat dikawal. Fineee -,- 


Ya Allah, sikit jea lagi nak siap kentang goreng haku dan boleh masak ayam pula. Dengan perut bergetar lapar sehingga lemak berguguran jatuh, perih penat menyediakan bahan memasak tadi seakan tidak berbaloi, buang masa semata - mata. Kuusap dada, beristighfar. Kembali bertapaklah iman, agar tidak mudahku lempiaskan amarah dengan perkara kecil sebegini. Ikatlah hatiku dengan perkataan sabar. Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati orang mukmin.

Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

“Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa.”


Frust menonggeng ?


Hmm, sejak kejadian 'hitam' tempoh hari, kadang - kadang tertonggeng jugaklah bila bab masak memasak nih. Kena cari 'tapak' site baru,  dapur mid - wing. Tertonggengnya bila rasa semua bahan dah angkut semua. Bila tengah masak kat mid - wing, mesti ada tertinggal satu dua. Barang kalau oregano dengan kicap tak pe lagi, kalau campur minyak masak minyak jagung, sayur itu ini, ayam berketul - ketul, tak ke haru jadinya ? Nasib ada teman. Boleh 'borong' terus. Cuma, ralat tu tetap ada kalau tertinggal satu barang sekalipun. Jauuuuhhhh T.T

Dan, ini hasil petang tadi :




Ayam masak tomato ? Entah, main taram jea, hehe. Kurang pekat sebab, well you know nak kasi pekat entah berapa jam nak tunggu kalau haba panas tu merely from the rice cooker. InsyaAllah, cukup untuk aku dan Rashid buat sahur nanti rasanya.


P/s : Kadang - kadang segan juga merantau ke mid - wing, guna sebentar dapur mereka. Secara total, jadual hidup terus berubah berikutan kena prepare awal, masak awal, supaya tak kacau timing orang mid - wing masak or at least tak kacau sangat.

6 comments:

  1. Tu lah, asal lah tak tutup je suis tu, qhassim qhassim -.- HAHA !

    ReplyDelete
  2. suka entry ni , terbaikkk.

    ReplyDelete
  3. -.-' tak apa pengalaman Hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. ohhh. inilah kisah sebenarnya. baru tahu. haha.

    ReplyDelete
  5. @thanks fara !

    @TB : yeah, pengalaman utk lelaki mithali

    @fatin : oleh sebab itu..kalau korang rajin masak, hulur - hulur laa sikit kat budak tingkat atas yea :P

    ReplyDelete