Thursday, March 15, 2012

Fly.

Semalam pagi around 4 am. . . Nampak Min, Azmin online. Kenalan seangkatan groupmate waktu kem YTN di Uniten tahun lepas. Ya, aku masih ingat lagi perjalanan kem 3 hari 2 malam itu. Entah kenapa tergerak nak stalk profile dia. Kalau tak silap dahulu dia 1 sem awal, sepatutnya dah habis foundation dia. Buka profile. . Sydney. Eh ? Ingat masih kat HELP. Sekali dah terlepas ke Sydney ! Mula laa bersembang tanya khabar. Gaya macam seronok jea di bumi Aussie.

  
Haihh, seorang demi seorang fly. Kening Zambry Nazmi pergi France, Nahar Aiman Mine Acap gerak Jordan & Mesir, budak Vanderbilt University gerak lagi awal. Paling latest, budak - budak Korea. Ni dalam beberapa bulan lagi, nak hantar Aizat Ghazali gerak Rusia pula. Tak lama lepas tu budak German pun berangkat pergi. Belum kira budak Intec untuk tahun hadapan, Dublin ada, India ada, Aussie/NZ pun ada. Arman dengar cerita dah nak fly US jugak. Seronoknya hampaaaa, lagi seronok kes Arman, berbagai uni USA terima dia. Haih, kecik jea aku tengok diri aku depan cermin. Tak sehebat korang, tak segempak korang. Bila orang tanya aku study mana, bangga aku jawab Nottingham. Bila orang tanya Nottingham mana, slow slow aku cakap Malaysia Campus. Wohoo. Malu tahu ? Iyela, dah mindset kebanyakan orang Nottingham tu Nottingham dot United Kingdom walhal UK tu main branch, China dan Malaysia pun ada campus dia.

Bila tanya mak, baru aku tahu. Mak setakat ini taknak jauh dengan aku. Risau akan iman aku katanya. Hurrmm, ada betulnya di situ. Tapi deep inside. . . . . . . . aku dah travel jauh. Bezanya, kaki aku masih berpijak di bumi Malaysia. Aku akui, aku envy diorang. Lagi lagi budak yang fly Mesir. Kenapa ? Waktu summer lepas, senang senang jea diorang dapat lakukan ibadah umrah. Umrah wehh, umrah. Dapat lihat Kaabah, dapat solat sunat di Makam baginda. Dapat berdoa di Masjid Nabawi. 

Allah. 

Aku tak boleh blame siapa - siapa. Aku tak boleh nak minta keadilan bila budak SPM 7A dapat fly ke USA. Tak boleh rasa menyesal dapat 10 A. Tak boleh juga marah bila budak speaking merapu bakal fly lagi setahun. Semua ini, takdir. Qada n Qadar. Apa yang jelas depan mata aku, aku kena mantapkan iman yang ada biarpun aku tahu ianya dah tinggal senipis kulit bawang. Buat apa yang patut untuk menjadi seorang pemuda muslim. Silap, bukan pemuda muslim tapi pemuda MUKMIN.


P/s : Mood up&down recently, damn. Kata orang, kalau impian kita tak dapat dicapai. . .cukuplah kalau anak yang tolong capaikan.

Ada masa baca nih : http://azzariyat.com/2012/03/15/menangislah/ 

5 comments:

  1. hmm..blaja kat Malaysia pon ok jugak... mungkin kadang-kadang rasa jeles jugak dgn org laen yg dpt fly mcm2 tmpt...tapi...bersyukur je la.. mgkin kita x cukup kuat kalau berada di bumi orang... ada hikmahnye.

    ReplyDelete
  2. Bitch please, we go overseas for vacation, not education. lol. :D (nak sedapkan hati sebenarnya)..

    ReplyDelete
  3. sometimes, aku pun rasa benda yang sama. takpa simi. i.Allah semua ada hikmahnya. bukan sekarang, tapi nanti.

    ReplyDelete
  4. Azmin in this post, did you mean Azmin Nur? :D

    Hey bro, mungkin untuk peringkat ni takda rezeki nak fly, tapi mungkin rezeki nak fly tu ada kat tempat dan waktu lain. Macam, when you further study, or bila dah kerja, outstation je manjang :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...