Salam.
Lokasi : Jalan Ampang Hilir 2, Ampang.
Ahad lepas, aku dan rakan dijemput bagi memeriahkan walimatur urus kakak hidayat nun di Ampang. Syukur tak jauh, tak sesat sebab rumah mak long aku dekat area situ jea. Kebetulan masa pergi rumah Mak Long weekend sebelumnya ada lalu kawasan rumah Hidayat. Tahu jalan, hah ! Terus boleh agak lokasinya ! Bajet nak konvoi, sekali trip aku yang last -_- Aizat. . bawa 100 - 110km/h jea even lalu SILK highway T.T Takpe lah, janji orang bawakan, janji selamat sampai !
Malas cakap banyak, tengoklah sendiri gambar di bawah ( maaf, gambar kualiti rendah, ada AF/M lari dan bukan di ambil pakai potrait lens. Idea kurang menarik. Best view at maximum desktop brightness. ) :
Satu jea rugi masa pergi majlis ni, rugi tak makan banyak. Yelah, sampai dalam 1 petang, makan gelak - gelak, sembang - sembang duniawi dah dalam 2 petang. Ingat boleh balik lihat semua dah pakat tepuk perut kenyang. Sekali . . . . . kena tunggu. Geng hawa nak bergambar dengan pengantin. Haduiii. . sejam tunggu ! Nak duduk balik pergi makan semua dah segan -_____- Redup memang redup, cuma haba bandar tu tetap terasa. Berpeluh gaya jogging makcik - makcik jugalah aku. Tambah demam aku, serius kepala tambah berat.
Lantaklah, perempuan memang suka benda cantik kowt. I mean, pengantin kan pakai baju lawa - lawa, solek muka cun melecun, dengan pelamin tip -top, semua itu jadi unsur attractive buat perempuan untuk mendekati sesiapa yang jadi "cantik". Namun, tanpa di sedari, perkara itu adalah unsur repulsive buat kaum adam yang gagah perkasa. Lagipun, kami gagal mendefiniskan "cantik" itu dengan lebih mendalam berbanding perempuan. Haih, nasib bangku kerusi banyak, boleh jugaklaa duduk. Cuma gaya dah macam kutu bandar datang menyemak majlis orang, dah la yang si lelaki duduk dekat dengan pagar orang masuk keluar. Ada yang pandang slack beb ! :O Apa nak buat. . kaum lelaki kena setia dengan kaum hawa. Dah itu kehendak diorang, dengor jeleeee yoep~
Owh, gambar aku ?
Gambar baby ada la :P
Berikut merupakan gambar yang bertempat di TBS :
Eh, tadi datang naik kereta sekarang ni public transport pula ? Yea, itu keadaan aku dan mereka. Setahu aku yang selalu lepak - ing KL zaman muda mudi dahulu, bukan Ampang tu dekat nak mampos dengan KLCC ? Kenapa kena patah balik TBS then KLCC balik ? Tanya rakan, bayar parking mahal ( NOKTAH ). Aku diam. Teringat pesanan Ustz Zahazan sebenarnya, bahawa pandangan orang lain benar atau salah tidak boleh ditolak bulat - bulat. Jadi respons aku cuma " Ooooooooo. . . . " sambil kepala ligat fikir apa guna system car pooling ? Money pooling pun boleh kan ? Itu belum kira sesak ke tak tren. . ribuan manusia lagi di KLCC, dan. . . sah balik lewat malam nanti. Mak aku sering kali pesan, Jangan keluar malam ! Aku mula setuju ikut dengan cadangan mereka nak singgah ke butik Uniqlo, memandangkan entah berapa bulan aku tak beli baju baru terus cancel. Aku demam. Tadi tunggu diorang ambil gambar, aku hampir pitam. Nak aku berjalan lagi 3 - 4 jam lagi ?
Sorry kengkawan, perjuangan kita bersama terhenti di TBS sahaja. Kita berpisah di sini ;(
Nyah ni jela setia dengan aku sepanjang masa, hahaha. JustKidding. Rashid, Din dengan Harith ikut aku balik sekali. Guess what, aku sampai rumah, ambil wudhuk, solat asar, berdoa, betulkan cadar katil, landing, duniaku gelap. . sehingga azan mengejutkanku. Aku pun. . . ada pandangan aku sendiri berdasarkan kondisi badan dan buah fikiranku sendiri.
Anyway, thanks to Hidayat Ismail kerana sudi jemput daku dan tahniah buat kakak mu ! :D
P/s : Tunggu sejam tu. . boleh tolak dalam 20 minit sembang pasal kahwin dengan Rayyan / Pokhek / Danial / Din. Dah macam mini usrah =/=
No comments:
Post a Comment