السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Ahad.
22 April 2012
Tengah hari.
Nak tahu cerita Hanif mimi ?
Hanif, abang aku. Sistem keluarga aku, adik beradik dipanggil mengikut nama, kecuali si anak bongsu. Aku dan abang aku panggil dia adik. Orang lain mungkin panggil abang, abang sulung, sulung, abang long, balong tapi nama Hanif itu sendiri sangat istimewa dihatiku. Thru thick and thin, we've been together like a true friend. Kau ada abang yang bawa kau masuk hutan tebal lepas tu buat gila dalam sana macam Indiana Jones ? Kau ada abang bila mana kau lost, dia guide kau walaupun kau sombong tak minta ? Kau ada abang yang sanggup terima salah kau, walaupun sebenarnya salah kau sendiri ? Kau ada abang yang sanggup di 'humiliate' asalkan adik adik dia okay tak kena kacau ? Aku ada, Mohd Hanif Bin Mohd Nor Hamizi namanya :')
Kenapa mak ?
Ada apa ni ? Joke apa pula yang dibawanya ? Siapa yang tak kenal abang aku. Kalau hari raya, habis semua sanak saudara kecil mengelilinginya dek jenaka dia. Lawak gila - gila dia mampu mengeluarkan gelak tawa orang sekeliling, baik tua mahupun muda. Paling kurang pun, senyuman ditarik sehingga menampakkan gusi. Pernah sekali dia lupa letak file suara azan dalam presentation dia. Kata ustaz, markah kena potong disebabkan itu. Guess what ? " Err. . ustaz. Kalau saya azan boleh ? Sekarang juga ! " I was like. . abang aku azan depan orang ? OMG. Sambungnya, tengah sedap duk alun azan, dia perasan sesuatu. Ustaz tersengih sengih, rakam video dia tengah azan ! Hahaha, mau tak pecah perut aku sekeluarga dengar ? Tambah pula masa otw dia nak balik ke bilik lepas habis kelas tu, kawan ( si orang surau kolej dia ) tanya, " Kau ada dengar azan tak ? Aku rasa ada orang azan la tadi. Aku bergegas siap, rupanya baru dalam 12 tengah hari ! Ingatkan dah masuk Zuhur ! " KAHKAHKAH ! Adehh, abang aku kalau berceloteh, ada jea cerita yang dibawanya !
Dia dicalonkan untuk fly.
Hah ?
Dalam 15 calon,
Hanif nama orang yang pertama sekali disebut.
InsyaAllah, kalau semua ok. . .
UK lah dia.
InsyaAllah, kalau semua ok. . .
UK lah dia.
Fly ke UK ?
S p e e c h l e s s.
Kepala pusing, hati berbaur perasaan. Gembira ? Sedih ? Jealous ? Geram ? Aku tak tahu bagaimana nak huraikan keadaan aku sekarang. Yang bermain dalam fikiran sekarang cuma satu, kata - katanya mak dalam 2 - 3 tahun lepas.
S p e e c h l e s s.
Kepala pusing, hati berbaur perasaan. Gembira ? Sedih ? Jealous ? Geram ? Aku tak tahu bagaimana nak huraikan keadaan aku sekarang. Yang bermain dalam fikiran sekarang cuma satu, kata - katanya mak dalam 2 - 3 tahun lepas.
Mimi nak tahu, Hanif ada cakap kat mak.
Dia nak belajar sungguh - sungguh di KMP,
supaya dia dapat ikut Mimi fly sekali.
Berlegar - legar ayat ringkas ini dalam fikiran aku tanpa mengendahkan suara mak dihujung talian. Mata sudah berkocak tanpa dipinta. Sejak bila aku jadi sensitif ? Aku cuba tahan. Cuba aku kawal diri. Keliling aku ada Harith dan Mino; bermain game dihadapan, Firdaus dengan C-Programing nya, Haziq bila - bila masa boleh terjah dari belakang. Namun, ayat itu kembali menghantui fikiranku. " Mimi nak tahu, Hanif ada cakap kat mak. Dia nak belajar sungguh - sungguh di KMP, supaya dia dapat ikut Mimi fly sekali. " Ya Allah, ku sangkakan gurauan, tak sangka dia serious ! Tidak semena - mena, empangan kelopak mata kananku sudah tidak mampu menahan isi kandungan, lalu mengalirlah air mata jernih membasahi pipi kananku. Kali terakhir air mata ini mengalir dihadapan kawan, 8 tahun lepas ? Yeah, waktu aku darjah 6. Tapi, biarlah. Biarlah ego tercabar kerana air mata bodoh ini, biarlah aku diperlekehkan rakanku waktu ini, apa yang aku tahu. . .aku amat memerlukan air mata saat ini. Air mata ini perlu untuk kembali mendamaikan hati yang sedang berkecamuk. Aku sudah selesa dalam keadaan aku, di mana aku sedia terima nasib aku, si-budak-mengidam-belajar-oversea-tak-lepas. Malah, perkataan " fly " itu sudah lali bagiku. Kalau dulu envy, sekarang dah tawar. Bagiku sudah tiada beza kawan di oversea sana, dengan aku di sini. Masing - masing punya rezeki, masing - masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tambah pula jadual hidup yang makin hectic, sedikit demi sedikit melupakan aku akan niatku dahulu. Dan tiba - tiba pula mak call, bawa berita abang aku sendiri bakal fly ? Abang aku sendiri ? Ya Allah. Ya Allah.
Lemah aku melangkah pulang ke bilik nun dihujung Langkawi Hall. Kalau biasa rasa pavilion hall dengan bilik aku tidak jauh mana, tengah hari ini rasa berbeza sekali. Kepala pula rasa berat bagai Bumi menghempap kepala kecilku. Inilah jadinya kalau layan perasaan sangat. Nasib kau lah D-SIM. Kubuka malas pintu, katil bercadar kemas samar - samar kelihatan oleh cahaya nipis yang masuk dari celah - celah langsir. Kipas kupasang full speed, baju dibuang tepi. Panasnya hari ini. Terasa bahang haba Bumi yang kian meningkat tahun demi tahun. Selimut dikaki katil kuambil, lalu kuuraikan lipatan sehingga separuh lebar saiznya daripada saiz asal. Mendarat perlahanku di atas katil, selimut ditarik lembut sehingga ke paras pinggang.
Lemah aku melangkah pulang ke bilik nun dihujung Langkawi Hall. Kalau biasa rasa pavilion hall dengan bilik aku tidak jauh mana, tengah hari ini rasa berbeza sekali. Kepala pula rasa berat bagai Bumi menghempap kepala kecilku. Inilah jadinya kalau layan perasaan sangat. Nasib kau lah D-SIM. Kubuka malas pintu, katil bercadar kemas samar - samar kelihatan oleh cahaya nipis yang masuk dari celah - celah langsir. Kipas kupasang full speed, baju dibuang tepi. Panasnya hari ini. Terasa bahang haba Bumi yang kian meningkat tahun demi tahun. Selimut dikaki katil kuambil, lalu kuuraikan lipatan sehingga separuh lebar saiznya daripada saiz asal. Mendarat perlahanku di atas katil, selimut ditarik lembut sehingga ke paras pinggang.
Oh, Hanif.
Masih ingatkah kau akan perangaiku dahulu ? Waktu aku kecil bertadika dahulu ? Dalam pukul 5 petang, aku selalu menanti kepulangan kau dari sekolah ugama. Sabar aku menunggu kau di sisi jalan, biarpun situ tiada tempat berteduh. Kadang - kadang aku merungut bila bas sekolah lambat pulang 5 ke 10 minit dari hari kebiasaan. Pernah beberapa kali lewat sehingga 30 minit ! Berpeluh aku dibawah terik matahari gah di atas sana. Namun, sakit hati itu hilang bila bunyi deruman bas sekolah dari jauh kedengaran. Senyuman mudah kuukir bila aku melihat kau melambai lambai dari jauh. Kau jejak keluar sahaja dari bas sekolah, aku terjerit - jerit,
" Yeah ! Hanif dah balik ! Hanif dah balik ! "
Nampak En.Mokhtar, dari tempat duduk pemandu bas tersenyum melihat gelagat aku. Engkau hanya mampu tersengih, segan agaknya, sebelum menggelengkan kepala. Perlahan engkau menyeluk poket, lalu mengeluarkan beberapa bungkus cekelat.
" Yey ! Cekelat ! Cekelat ! Terima kasih Hanif ! "
Apa tu Hanif ?
Pelik binatang ini. Berkaki empat dan berbulu diseluruh tubuh badannya. Bertompok hitam putih pula. Nampak satu gigi taringnya di sebelah kanan, eh ! Kiri pun ada ! Kuku kakinya nampak tajam ! Apa ni Hanif ? Mimi takut !
Ini kucing. Sentuhlah dia. Dia suka dibelai.
Takut - takut aku melihat binatang itu, kau suruh aku belai pula ? Melihatkan dia belai lembut binatang itu, aku pun mula terikut sama. Sentuh satu jari. Tiada respon. Dua jari tiada respon. Letak seluruh tapak tangan kecilku pada badannya. Tiada respon. Okay, kubelai perlahan - lahan. Eh, gayanya seperti sukakan aku ! Tersenyum panjang aku petang weekend itu sebab aku belajar sesuatu dari abang aku bahawasanya kucing adalah haiwan yang tidak berbahaya :)
Oh, Hanif.
Rasanya baru semalam kita bina rumah kucing sama - sama dengan kayu lebihan bahan binaan yang entah dari mana kita kutip. Rasanya baru semalam kita bakar kebun pokok pisang abah, habis dua - dua kena marah. Rasanya baru semalam kita main panjat pokok besar belimbing belakang rumah, end-up menyesal kena sengat ulat bulu. Rasanya baru semalam kita. . . budak kecil, saat dunia bebas dari segala masalah. Sekarang kau dan aku dah besar, dah mula melihat erti dunia sebenar. Dan sekarang kau nak tinggalkan aku pula ? Kata nak fly sama - sama ?
Terasa berat kubuka mata.
Ya Allah !
Dah 5.30 petang !
Hey D-SIM ! Abang kau dapat berita gembira tu. Takkan nak envy sampai tak gembira langsung ? Tak. Abang aku cakap nak fly sama - sama. Macam mana aku nak fly kalau aku stuck kat this sucks place ? Dah tu dia fly seorang lah macam tu, macam kawan-kawan aku yang lain.
Butang heater ditekan. Rasa lega dapat ambil wudhuk dengan air suam suam kuku. Semoga wudhuk ini dapat membantu aku khusyu' dalam solat ya Allah. Usai sahaja solat, aku diam membisu di atas tikar sejadah. Jiwa terasa kosong, buntu tak tahu nak buat apa. Fikiran masih kusut, kepala sedikit pening. Ya Allah. Ya Allah. Tidur berendam sisa air mata pun mampu melemahkan aku ! Kucapai al-mathurat. Sabda Rasulullah, biar usaha itu sedikit, asalkan berterusan / istiqamah. Kucium lembut kulitnya. Syahdu kualun setiap isi kandungannya petang ini. Hujan diluar makin lebat, seolah mengerti perasaan kerdil kuini. Sampai satu ayat, hati melonjak - lonjak ingin tahu maksud ayat yang sedang lidahku basah membacanya.
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْمًا وَلَا هَضْمًا
Surah Tahaa ayat 112 [20:112]
Maksudnya : Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya.
Paaappppp ! Imanku ditampar keras oleh ayat ini ! Muhasabah diri, ya Allah ! Orang yang mengerjakan amal - amal soleh, dan beriman langsung tidak risaukan ketidak adilan atau pengurangan hak keatasnya, sedangkan aku berlawanan ! Ya Allah, aku mempertikaikan rezeki orang lain ! Ya Allah, aku mempertikaikan rezeki aku yang kurasakan tidak seberapa ! Ya Allah, berdosanya aku ! Ya Allah, ampuni aku !
Hanif, maafkan aku saat aku tak beberapa gembira bila terima berita pasal kau ada peluang cerah untuk fly. Maafkan aku kerana terlupa akan kata-kata kau yang dibawakan mak dahulu. Sungguh aku lupa. Maafkan aku kerana terlupa kau sudah 3 tahun bertungkus lumus dalam bidang yang kau ambil tanpa merungut panjang walhal aku yang baru setahun jagung yang cakap lebih. Maafkan sikap adikmu yang tidak matang ini. Dia masih muda, masih perlukan tunjuk ajar, masih perlu belajar asam garam kehidupan. Dia masih mentah untuk melangkah dalam dunia yang serba mencabar. Dia masih perlukan orang macam kau untuk membimbing dia. Kalau aku tak dapat ikut serta nanti, adikmu memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Maafkan adikmu, wahai abangku.
P/s : Aku tahu aku tiada harapan lain, helpless. Yang ada cuma jutaan harapan dan doa aku kepada Allah ,
" Murahkanlah rezeki abangku Ya Allah. Kalau aku diberi peluang, dan ini yang terbaik, biarlah aku dan abangku sama - sama belajar di bumi United Kingdom. "
aminn
ReplyDelete:')
La tahzan.
ReplyDeletethnx..tuk entry nih :)
ReplyDeletesome flowers grows best in sun
ReplyDeleteothers do well in the shade
Allah's always know what best for us,
So He puts on where we grow the best.
Allah knows the best :))
:')
ReplyDeletebe strong. bersyukurlah! pasti Allah temukan kamu dengan rezeki - Nya yang jauh lebih hebat. yakin :)
saya juga jealous dgn hanif :P