Sunday, April 29, 2012

Ah, memori.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Malam ini, malam ganjil. 
Tiba-tiba muncul niat nak geledah suatu tempat rahsia. 
Tempat rahsia ? 
Ya, top secret !  

Jangan beritahu orang lain, rahsia ini antara kau dan aku sahaja. 

Di tempat itu...tersembunyi pelbagai kisah. Tempat itu aku jaga dengan baik kerana di situlah aku yang dulu. Majalah sekolah, album gambar, berkotak - kotak hadiah, surat berlainan alamat, sijil segala peringkat dan. . diari pun ada berbuku - buku. Orang mungkin kenal aku dari rupa luar, tapi the other side of me ada tercatat dalam diari-diari usang ini. Jujur diari itu takku catat segala aktiviti harianku. Namun zaman 7-8 tahun dahulu, mana lagi nak curah isi hati kalau bukan diari kan ? Blog aku ni pun tak sampai 3 tahun umarnya. Even, zaman myspace pun belum wujud lagi waktu itu ! Kiranya, diari jugalah teman setia saat itu. Aku bukan tidak berkawan, tapi kurang berkawan. Aku tak pandai nak cerita itu ini dengan kawan, apatah lagi nak cerita masalah pada orang lain. Kalau buka balik, ada kesan basahan pada atas kertas nipis murah beralaskan dakwat hitam, atau biru. Benar pernah aku menulis dengan air mata. Bukan mudah budak kampung tak tahu apa-apa kena belajar di pinggir bandar Ipoh ini, berseorangan masa awal pindah sini. Mak masih di Pahang, ayah abang dan adik nun 101 KM dari sini. Ada kala mereka jenguk aku di sini dalam 2 minggu sekali. Pernah sebulan tak jenguk. Saat itu, terasa dunia beeeesar sangat. Mata terkebil - kebil lihat dunia yang hectic. Culture shock ? Tak usah cerita. Itu belum sentuh kehidupan sosial kat sini. Kalau dulu mentaliti kampung strict , kat sini " alah...biasalaa tu ". Adab sopan santun ini bagai dibuat main, bukan semua tapi kebanyakan. 

Bulat mata aku belajar satu - satu. Gaya bergaul sini lain, cara berguru pun sama. Peraturan sekolah pula macam hell. Senior junior things lagi. Kalau tempat dahulu orangnya merangkak, sini bagaikan semuanya berlari ! Semuanya tak masuk akal ! Mana mak nak mengadu ? Mana abah buat peneman ? Mana abang adik teman sepermainan seperti dulu ? Mengapa aku kena berseorang di sini ? Bergantung pada Allah ?  Allah itu ada, benar. Allah Maha Mendengar, benar. Tapi waktu dulu, 

" Beribadat itu atas sejadah.
Allah itu ada dan perlu ada bila aku perlukan sesuatu". 

Aku tak kenal siapa DIA sebenarnya. 

*mengeluh.

Jahilnya aku waktu itu. 


Dimulakan dengan. . majalah sekolah tahun 2006, 
tahun si budak hutan Bera masuk bandar Ipoh. 

Pfuuff ! Kuhembus lembut, berterbangan habuk di udara sekeliling membuatkan aku hampir bersin. Tangan lekas membuang habuk degil yang tinggal, sehingga kembali bersinar cover page majalah itu bagai dapat yang baru. Ah, tahun 2006 waktu aku hingusan di SMKP. Mula selak satu per satu helaian majalah itu, tercari - cari juga muka budak comel pakai spek bulat nerdy tuh. Seingat aku, ehem, wajah aku mula femes dalam majalah sejak form 2. Sejak. . aku jadi atlet sekolah ? Lari 200m 4X100m 4x400m. Menang, dua emas, 200m dapat perak. Alah, nasib je tu menang lari. Sekali pergi peringkat Zon Kampar dapat tempat no.4 - kalah 0.01 saat. Pftttt. Gelap habis dunia trek lepas tu. 


Bahagian : Kelas.


Aha ! Section yang kunantikan ! Kalau noob mana pun seseorang itu, femes ke tak femes, at least mestilah ada muka serius dan free style dalam gambar kelas kan ? Hati mula riang, kerana aku tahu, sekurang kurangnya ada muka aku di bahagian ini ! 

Tingkatan 1A1. Belum sempat menerjah keseluruhan gambar. .  




Hah ! Tu aku ! 

Tapi. . . err. . betul ke itu aku ? Asal. . . lain gila ? -____- Wow, tangan aku bersilang ? Baik gila 'budak' tu kan ? -,- 


Mana aku ?




Itu, dalam bulatan merah. Psss, aku jarang upload gambar aku sendiri. Jadi ingat, rahsia ini antara kau dan aku sahaja. 1A1, rindu betul zaman itu. Rindu zaman subjek senang nak score sebenarnya, hewhewhew.. Paling best, aku kenal beberapa kerat je perempuan. Dah macam masuk ASiS pulak. Tu sebelah aku adalah Hidaayah Azmi, classmate sampai 3A1, juga jiran aku. Guess what, akhir form 1 baru aku kenal siapa empunya nama Hidaayah Azmi tu. Itu pun sebab jealous markah English dia tinggi melangit -.-' Mula melihat wajah noob rakan dulu kala satu per satu. 

Woah
Haha
 Eeeee
Pergh
Eh ?  

. . sepontan keluar dari mulut. Iyelah, cuba menerima kenyataan mereka yang dahulu nak dibandingkan sekarang. Cepat benar masa berlalu kan ? Jika dulu banyak main, bergelak ketawa dalam kelas, kena denda sama-sama, buat gila-gila, satu kelas kena hukum guru, belajar sama - sama, sekarang masing-masing mengejar cita-cita menggunung di merata tempat. Reunion ? Like it will take forever kalau nak kumpul semua balik. Ahh, biarlah. Bagi aku memori tetap memori. Reunion nak hidupkan suasana dulu kala itu mustahil, walau pelbagai cara sekalipun. Bukankah kita sedang dimamah usia ? Senyuman waktu dulu beza benar dengan sekarang. Cerianya waktu dulu takkan sama dengan cerianya waktu sekarang. Akhirnya perlu kembali kepada memori yang  dapat 'menghidupkan' kembali segalanya. Pada masa yang sama, kita dapat tahu, dekatnya mereka dengan kita sebagaimana susahnya untuk mereka dilupakan :)

Masih belum luak aku memerhatikan setiap bentuk tubuh dalam gambar ini, sehingga jatuh anak mata pada satu wajah. . . 

dia.


Mencari bungkusan ungu itu. Mana dia ? Tercari - cari dalam 'semak' bungkusan hadiah yang ku terima sepanjang hidupku. Mana nih ? Mana nih ? Pelik. Kenapa timbul perasaan ini ? Helpless ? Takut ? Berharap ? Hah, apa nih ? Rentak pencarianku mula berhenti perlahan bila kelihatan ribbon ungu terikat kemas. Aku tahu, itu ribbon fake yang 'mengikat' kotak ungu yang kucari.

Dah jumpa.


Perlahan - lahan aku keluarkan kotak itu dari perut perabut ini, mendaratkan pada atas karpet besar meliputi hampir keseluruhan lantai bilik ini. Lama aku termenung pada kotak itu, seolah mata boleh lihat isi kandungannya. Hakikatnya tidak. Apa yang kau nak buat ni D-SIM ? Entah, apa yang aku nak buat ? Akhirnya, tangan mula mengalihkan penutup kotak itu. Mata menangkap rupa bentuk sebotol minyak wangi, kelihatan cecair yang berwarna merah jambu cair melalui kaca jernih.

" Kenapa U kasi minyak wangi perempuan ? "

Teringat perbualan tenang antara aku dengan dia.

"  Ni kan perfume yang selalu kite pakai. Nanti kalau U rindu kat kite,
semburlah sikit. . . "

Tersenyum manis wajah seorang gadis dihadapan aku. Berkulit putih, berpipi gebu serta memiliki sepasang anak mata jernih disebalik kaca mata. Bagai tersusun cantik setiap ruang pada raut wajahnya, tanpa ada sedikit cela pun. Indahnya ciptaan Allah ini. Dia baik, peramah orangnya. Masakkan tidak emak aku kenal dia terlebih dahulu sebelumku. Hatiku tertawan dengan sikap lemah lembutnya. Jarang lihat dia marah, dia lebih banyak mendiamkan diri, tanda orang penyabar. Kalau marah sekalipun, riak wajahnya kelihatan lebih comel, nak jea aku cubit pipi dia ! Dia memiliki ramai teman perempuan. Kalau disebut namanya di sekolah ini, baik perempuan, mahupun lelaki kenal akan dirinya. Al-maklumlah, orang cantik, siapa yang tidak tertarik ? Haih, kontranya engkau dengan aku. Setahu aku, seingat aku, kawan aku masa itu cuma Hazmi, Hafiz, Saufi, Fariz, Aizad Bahu, Hanif, Min, Syed, Syakir dan Idzhar. Kawan yang sudi menerima aku dengan keadaan diri serba kekurangan,huhu ! Yang lain tak berapa nak kenal.

" Gila, buat segan jea kalau kantoi dengan roomate bawa minyak wangi perempuan -.- "

Heh, cakap tak serupa bikin. Aku pernah bawa senyap - senyap ke Dorm 1D3 dahulu pastu buat serupa dengan apa yang dia pesan. Lihat kiri kanan, agak tiada lembaga solid berupa manusia, barulah berani sembur sedikit minyak wangi itu ke atas tapak tangan. Bau. Wangi. Terus senyum itu datang tanpa dipinta macam orang gila. Kalau dulu fikir it works, sekarang ? Aduh, apa yang aku dah buat dulu ? Benarlah IQ orang bercinta rendah.




Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Lain orang lain ragam, lain hati lain pandangan, berbeza buah fikiran. Bagi aku waktu itu cinta adalah hubungan istimewa antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Cinta ibu bapa ? Aku gelarkan kasih sayang. Aku ikut cakap mereka. Aku penuhi permintaan mereka. Cukup. Sukar manapun situasi diri mahupun rationaliti permintaan mereka, perkataan " TIDAK ", atau " NO " tidak akan keluar dari mulut ini. Aku tak sanggup nak melukankan hati mereka. Bukan aku kalau membiarkan mereka merembes keluar air mata kerana anak dia seorang ini. Comes hell or well, abah and mak are my top priority. Rakan - rakan ? Aku definisikan sebagai persahabatan. Allah ? Again, atas sejadah. . waktu itu. Konsep ketuhanan itu kabur - kabur aku lihat dahulu, lalu ibadahku cuma atas sejadah, berpuasa pada bulan Ramadhan dan membaca surat cintaNya - Al-Quran yang tiada cacat cela.

Jadi aku dan dia bercinta, macam rakan - rakan lain. ( Cinta monyet to be precise, but well, if ages is believed influenced the state of Cinta-Monyet-relationship between a man and a women or even a boy with a girl, maturity itself makes differences. And, if we are matured enough, we shall know which one is halal or haram way isn't ? Does it make all the relationship before marriage as cinta monyet too ?  ). Sangkaan aku, 'cinta' akanku kenal selepas SPM, tetapi baru 2 - 3 minggu tamat kertas terakhir peperiksaan PMR aku dah menggatal nak bercinta !


Kupegang kemas botol kaca itu, lalu kugoncangkan isi dalamnya. Kelihatan ribuan buih kecil menari dalam air, sebelum lambat bergerak ke permukaan cecair itu bagi melepaskan udara yang terkandung. Kata orang, kalau nak tahu minyak wangi itu ori atau tidak, itulah caranya kan ? Entahlaa, aku bukan jenis peminat minyak wangi. Dah bertahun tinggalkan zaman sembur minyak wangi sana sini disegenap tubuh badan. Bagi aku, kebersihan itu lebih penting. Kalau itu dapat dijaga dengan baik, bukankah bau busuk badan itu dapat dihindarkan selain menikmati kondisi badan segar bugar ?


Oh, baju itu.

Kualihkan botol kaca tersebut bagi mendapatkan baju yang dilipat kemas dibawahnya. Kubelek baju tersebut sebelum mendapatkannya. Teringat saat kali pertama aku memakai baju ini.




Gambar dari resort mana entah. Gambar ini diambil pada petang hari, sebelum aku berbaju batik pada malamnya untuk anugerah PMR. Family day punya event. Big event I'm talking about from a big company in Malaysia ( need not to mention it here ). Iyelah, kalau berjalan jauh pakai mesti smart- smart. Aku pun taknak mengalah~ Sanggup aku PB ( pulang bermalam ) bagi mendapatkan baju ini walhal ayah aku boleh ambil aku di KL sahaja sebelum bergerak ke Selatan. Haih, sebenarnya. . . rindukan Ipoh, rindukan dia juga. Niat aku, nak tampil dihadapan dia dengan baju yang dia beri ini. Terkenang kembali waktu dia lihat aku atas bawah saat sebelum aku bertolak ke resort itu.

" Handsomenya. 
Jangan mengada-ngada nanti ! "

Mau tak bergegar hati mendengar suara lembut menyapa telinga ? Lagi - lagi bila diri dipuji ? Fuhh, nasib macho itu ada, kalau tidak, mungkin senyuman aku tarik sampai ke telinga dengan line terakhirnya. Betullah bila sampai pada kenyataan, iaitu perempuan = lemah. Kalah kudrat mereka kepada lelaki. Namun, dalam gah seorang lelaki, kentalnya hati mereka dalam mencapai okjektif diri, " beralah " juga lelaki kepada perempuan. Perlikuan seorang perempuan itu sebernanya melembutkan hati seorang lelaki. Haih, lelaki atau perempuan, dua - dua punyai kelemahan sendiri. Ikatan antara kaum Adam dan Hawa inilah saling menutupi kelamahan satu sama lain. Ikatan inilah menjadikan mereka kuat. Tidak hairanlah demi cinta lautan api sanggup direnangi. Peduli hapa kata orang bila kita ada seorang yang sedia mendengar, bersama - sama saat susah senang ?

" Kau tak risau kau berzina ke ? "

Gila apa Aizat Zulkarnian ni ? Tahu lah Ketua ASiS Islamic Council ( AIC ). Tahulah tua setahun aku, senior aku, tahulah baru seminggu dua aku jejak kaki ke Bumi ASiS ini. Tapi jangan sampai kesitu pula kau label aku. Lihat sekeliling aku, tiada orang. Cuma tinggal aku dah Aizat, rakan dari Manjoi. Budak - budak lain sudah naik katil agaknya. Lampu surau sudah lama dimatikan, begitu juga lampu dorm. Waktu sudah lama melewati zon "light off". Takut - takut aku bersila bersembang dengan Aizat disini, silap haribulan, mau datang terjah warden dengan rotan di tangan ! Tak senang duduk aku dalam gelap ini, tambah risau dengan peraturan asrama, dan kata - kata Aizat pula. . buat aku seram sejuk !

" Kau ada bertentang mata dengan dia ? 
Itulah zina, zina mata. "

Huh ? Ada pula zina mata ? Tak pernah tahu pun sebelum ini ?

" Berkata - kata mesra dengan bukan muhrim, 
dikira sebagai zina lisan, zina percakapan. "

Err. . .okay. Sumpah aku tak tahu.

" Tapi Zat, aku kalau keluar berjumpa, aku cuba tidak bertentang mata. 
Even duduk pun tak pernah sebelah menyebelahi. 
Nak sentuh tangan dia lagilah. 
Masing - masing tahu batas - batas yang perlu dijaga. "

Apa yang aku perasan, dia bukan perempuan murahan nak beri tangan aku menjalar disegenap tubuhnya. Jari jemarinya pun tak pernah kusentuh. Aku pula bukan jenis suka buat perkara sebegitu kepada perempuan. Perempuan bukan untuk disakiti, tapi untuk disayangi. Cara aku sayang dia, dengan menjaga maruah dia, bukannya merosakkan dia. Nauzubillah.

" Keluar berjumpa ? "

Aizat ketawa kecil sehingga nampak barisan giginya yang tersusun. Kenapa pula ni ? Jangan tambah perasa seram sejuk boleh ?

" Itu bukankah tergolong dalam zina tangan dan kaki, 
berjalan buat maksiat. I mean, keluar berjumpa. . 
the right term is berdating kan ? 
Tengok wayang lagi. . macam mana ? "

Tersenyum sinis dia memandang aku. Dalam gelap - gelap ini, berjaya juga dia mencari anak mata aku. Damn, terasa aku ! Aku diam buntu tanpa kata. Mustahil nak berlawan kata bila ilmu agama itu senipis sehelai kertas A4. Bahkan perincian zina pun baruku tahu hari ini !  

" Lagipun, kan aku dah ada kat asrama ni ? 
Mana ada masa nak jumpa dia dah macam dulu.
Takat call jea sekarang. .  "

Dia tersenyum dengan jawapan aku. Riak gayanya tenang setenang malam ini, padahal hati aku dah keluh kesah dengan penjelasan dia. Semakin aku mendalihkan hujahnya, semakin rasa bersalah itu bertambah. Jawapan dia jauh lebih logik dari jawapanku. Aku bukan jenis keras kepala, tapi. . bila datang seseorang menegur kita, di sudut hati kecil ini pun terasa juga kan ?

" Call. . dah zina telinga. 
Mendengarkan kata - kata rindu, zina telinga. "

Dia mengela nafas dalam. Aku pun begitu. Bila ilmu sesuatu bidang itu tiada, mana mungkin aku 'menang' melawan katanya. Cukuplah aku berdiam diri, mendengarkan penjelasannya. Lagi banyak aku berbicara, satu demi satu salah aku jumpa. Aku sendiri yang jumpa, bukan dia. Saat ini, biarlah pintu hati terbuka sedikit dengan kata - katanya yang mula masuk akal. . mula masuk akalku.

" Kalau benar semua zina kau tolak, paling kurang kau akan merindui dia. Zina hati namanya. Mungkin zina lain orang boleh nilai dengan pancaindera yang ada, tapi pasal hati tiada siapa pun dapat mengagak. Jangan lupa, bila mulut kata tidak, hati kata berlawanan, 
ingatlah Allah mengetahui  isi hatimu. 

Segala - galanya "

Allah, kali ini aku betul betul mati kutu. Nak lawan kata dengan manusia boleh, tapi dengan Allah ?  Sedikit demi sedikit aku kutip ilmu agama di sini, memperbaiki apa yang ada, menambah bagi apa yang tiada. Tapi bagiku, sampai meminta break - up dengan hubungan kami itu tindakan yang keterlaluan. Memang jelas sekarang aku dilandasan yang salah, tapi humanity aku ada lagi. Aku tahu aku salah, tapi mana nak datang pula kekuatan itu ? Bila dah subur mekar berkembang bunga cinta kami berdua, tiba - tiba nak dicantas begitu sahaja ?

Di Bumi ASiS bukan sekadar melahirkan pelajar yang hebat dipersada dunia, namun dalam masa yang sama, menghasilkan pelajar yang namanya disebut - sebut oleh penduduk langit. Masakan tidak jam 5.30 pagi sahaja sudah kedengaran merdu Saad Al-Ghamidi melaungkan surah dicorong pembesar suara. Solat pula semua wajib berjemaah, jarang - jarang dapat tahu siapa yang kantoi sodorm ( SOlat dalam DORM ) . Usai sahaja solat subuh, ada pula pembacaan al-quran yang diketuai ahli AIC. Petang pula dengan takzirah, dan ada malam dialunkan Al-Mulk. Hari Jumaat special, ada public tazkirah. Mula rasa ralat, mula rasa berat, tapi lama kelamaan dah sedar kesilapan diri. Mula sedar diri serba kekurangan, mula sedar jiwa aku kurus dengan makanan iman. Penangan zaman perpisahan, memang pedih menghadapinya. Mak aku yang guru kaunseling pun buntu nak bantu. Abah siap datang bersila dihadapan, risaukan anak dia seorang ini. Hehs, dahulu diri pernah berkata pada kawan, " Kalau pandai memulakan pertemuan, pandailah kau terima kenyataan akan perpisahan. " Senangnya aku berkata, bila dah kena, baru padan muka ! Menyesal bercinta ? Mungkin. Tapi sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kerana dia aku dapat berkenalan dengan Dia. Kerana dia aku dapat mendekati Dia. Dan akhirnya aku sedar, cinta Dia lagi bermakna daripada cinta dia. Siapa sangka dari bab zaman gelap dahulu, mula kenal Dia biasa - biasa sahaja terus rasa ingin rapat dengannya Dia selepas diri sedar dari kesilapan ? Yeah. Mula tahu, bercinta denganNya.

Again . . . 

Cinta?

Cinta itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.
Dan itulah yang saya syorkan kepada para polis cinta. Janganlah terus dihukum penzina kepada orang yang bercinta, sebaliknya pandulah mereka ke arah memanifestasikan cinta di jalan yang betul dan halal.
Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama
Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa
Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa
Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa
Tauqul Hamamah (The Ring of the Dove), kitab oleh Ibnu Hazm al-Andalusii. Penterjemah asal tidak diketahui.
Credit : Leokid

Ah, memori. Mula dari sekeping gambar, ceritanya sampai ke zaman SPM. Kita mungkin mengambil masa seminit untuk menilai seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tapi mengambil sepanjang hanyat untuk melupakan seseorang. Tidak menyesal tidak pula mahu menyalahkan dia, yang ada cuma rasa bersyukur. Bersyukur kerana dibuka pintu hati untuk mengenal Dia lebih mendalam. Bersyukur dibawa keluar dari zaman bercinta itu. Bukan nak kata bercinta itu salah, cuma nak sampaikan keburukan bercinta sebelum berkahwin itu lagi banyak daripada kebaikan bercinta. Lagipun, kebaikan itu belum kira lagi halal atau tidak pada pandanganNya. Aku bercakap melalui pengalaman. Aku bercakap agar dapat sedarkan kalian. Aku taknak kalian rugi masa muda dengan perkara yang merugikan diri. Aku taknak kalian melakukan kesilapan yang sama pernah aku lakukan. Kalau rasa sedang bercouple, berdoalah kepada Allah akan jalan penyelesaiannya kerana apa - apa hubungan sebelum kahwin ini semuanya mendatangkan fitnah. Waktu bertunang pun ada batasan tahu ? Ada jodoh, tali ikatan sah menanti kamu. Paling mudah, nikah khitbah. Kalau perpisahan itu terjadi, usah khuatir, Allah ada untuk mengadu. Allah dah tempah lelaki yang baik untuk kamu, perempuan yang baik untuk kamu. Buat lelaki, bidadari mengintai kita dari langit kowt bila kita mensolehkan diri !


Kata mak, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

Usik ayah aku, kat IPT nanti bunga mengembang mekar satu taman. Pilih jea mana mana yang berkenan ! Haha 


Yang penting, cinta DIA perlu melebihi segala galanya :)


P/s : Konsep input & output. Ini output aku bila baca novel Lukisan Untuk E-ah. Entry sebelum ini pun terhasil bila tengah baca novel yang sama sambil diselang selikan slide nota Islamic Studies untuk test semalamnya. Itu yang ada unsur emosi selain penekanan agama. Haih, rasa sikit sangat bahan bacaan yang habis bulan April ini. 2 buku dari Ustaz Zahazan tak habis lagi. Buku beli 2 bulan lepas cuma novel ini jea yang sempat habis. ( LINK : MID.GARDEN ) Solusi dan Discovery Channel pun tak sampai lagi ke tangan aku ! Reader's Digest baca separuh jea kat library haritu. Ini semua gara - gara nak final D;


Owh, komen aku pasal novel ini ? Bosan dan meleret - leret. Dalam puluhan novel aku baca sejak dua tahun lepas, ini. . paling noob. Aku perasan, jalan ceritanya macam curi idea sedikit daripada novel Aa+Ba nukilan Hlovate. Jalan ceritanya ada disulam dengan penerangan agama, namun masih kurang penekanan sebagaiman karya Bintang - bintang Ke Syurga nukilan Xarine berjaya menghasilkan novel terbaik, jiwang karat + penerangan agama yang mendalam. Hmm, banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Mungkin novel nukilan Aryusz ini novel permulaan dunia penulisan dia kowt. Entahlaa. Kalau rasa nak beli, baik tak payah. Rasa nak juga, bak sini alamat. Aku posto.


Dah, nak bersiap hantar abang aku ke kolej dia. Dia. . nak tunjuk kertas di papan kenyataan kolej dia, pasal senarai nama pencalonan pelajar ke UK ?  Belum sempat aku memanaskan punggung waktu aku baru sampai ke rumah semalam,

abang aku buka mulut. . . . 

" See you in UK "


InsyaAllah Hanif, insyaAllah.









Lama tak main piano 
*muladahjiwasentimental*

2 comments:

  1. salam.

    i have read sebarkan cinta-MU by fatimah syarha. She quoted that "sesungguhnya mendekati jalan-jalan zina seperti texting, chatting and etc membina asas cinta yang rapuh untuk alam perkahwinan yang diredhai.

    i suggest you to read that book. it really nice book with deep meaning and explanation.

    salam.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    I never know that Fatimah Syarha is also a book writer. InsyaAllah, I'll find one soon

    ReplyDelete