Friday, April 27, 2012

Setiap manusia dijadikan berpasangan.

Segan nak berkata, tetapi inilah kenyataannya.

Soal Jodoh.

Jodoh ini perkara yang ghaib.
Kita tertanya - tanya, 
tercari - cari, 
tidak kurang juga setia menanti.
Siapakah yang akan menguntum hati ini ?
Bilakah pula aku dapat berpakaian segak,
bermuka ceria,
manis senyuman, 
lalu melafazkan " aku terima nikahnya. . . " 
dihadapan dia dan walinya ? 

Walaupun sebelum kita dilahirkan di muka Bumi ini
telah tertulis akan siapa jodoh kita,
lumrah manusia rakus mencari siapa dia,
lebih awal dari apa yang telah ditetapkan Dia.

Lebih awal ?
Couple sebelum kahwin.
Mula semua nampak indah,
tak jumpa sehari,
mandi tak basah,
tidur tak lena,
makan tak lalu.
Balas text lambat 5 minit pun dah kata rindu ?
Owh gembiranya hati ;
kerana " inilah jodohku "
dan bila berpisah / putus di tengah jalan, 
" bukan jodohku " pula ? 
Hairan bila di penghujung hubungan 
baru kenal erti pasrah 
atau redha dengan ketentuan ilahi.
Apa sebelum ini tak terfikir langsung akan redha Allah akan segala perlakuanmu ? 

Ingat, hati ini bukan boleh test drive.
Bukan boleh jadi bahan experiment,
trial and error sekalipun.
Kalau dikumpul pahala segunung,
once buat dosa, terpalit juga bintik hitam dihati.
Kita bertaubat, memohon keampunanNya.
Bintik hitam itu hilang, tapi jangan lupa,
BEKAS bintik hitam itu tetap ada.
Kerana bekas itulah, kita kembali payah mencari kemanisan iman.
Ingat, kemanisan iman mencarinya tidak semudah menyebut ABC. 


Again, 
jodoh ini perkara yang ghaib.
Tiada siapa tahu.
Tiada siapa dapat mengawalnya. 
Baik aku,
kau,
mereka,
mahupun kita semua.
Siapa kita jika nak dibandingkan ilmuNya ?

Jadi berbaliklah kepada Allah,
kerana soal jodoh ini soal ghaib.
Bila sampai kepada perkara ghaib,
kekuataan segala 5 pancaindera tidak mampu berhadapan perkara ghaib.
Hanya doa dan sabar sahaja senjata kita.
Senjata yang diperlukan untuk menangkis segala perbuatan
yang halal dilakukan hanya selepas kahwin, 
BUKANNYA SEBELUM KAHWIN.



" Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah "

Couple sebelum kahwin bukanlah cara untuk mengingati kebesaran Allah,
malah, mengundang kemurkaan Allah. 



Teruskan berdoa,
kerana kita berharap kepada perkara yang ghaib,
perkara yang Allah sahaja tahu, bukan manusia ciptaanNya.

Teruskan berusaha,
dalam soleh / solehahkan diri kamu,
kerana Allah ada berfirman ;


" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, 
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), 
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik 
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). "

Surah An-Nurr ayat 26 [ 24:26 ] 


Dan bertawakallah,
agar kesudahan doa kita berakhir dengan anugerah Allah,
iaitu pasangan yang akan membimbing kita,
dalam membina sebuah taman syurga. 
InsyaAllah. 


Akhir kata ;


Allah suka kepada sesiapa yang 
bersangka baik terhadapNya. 



P/s : 

Untuk bakal isteriku, maaf andai aku lambat jemputmu. Aku cuma sedang berusaha untuk jadi soleh sebelum nikah denganmu, dan diharapkan engkau pun begitu jua. 



Yang ikhlas : 

Bakal suamimu.


4 comments:

  1. Untunglaa kat future wife, sebelum kahwin pun dah ada dedication.

    Goodluck, kahwin nanti jemput ;'D

    *terharu pulak baca. haha.

    ReplyDelete
  2. haha..*terasa nk gelak je..


    p/s: hmm.. bdk laki mmg suka fikir psl kawen eh pd umur2 camnie ??

    ReplyDelete
  3. @anon : tarak hal lah, just tinggalkan alamat aku posto. sonang

    @IS : merci bro

    @I.Suraya : kahwin = perkara baik. Jadi salah ke kalau nak fikir pasal perkara baik ? Usia tidak membataskan kebebasan untuk berfikir pun~~

    ReplyDelete